Posts

Showing posts from April, 2009

Emosi dan syaitan

Aku tahu musuh utama itu takkan pernah berhenti dari mencuba menjahanamkan diri seorang hamba ke lembah hina, Aku tahu apa jua yang tidak dirasai dan tindakan yang tidak keranaNYA hanya sia-sia, Aku tahu hakikat seorang hamba itu lemah dan sentiasa masuk ke lembah durjana, Akibat sesatnya nafsu dan lemahnya iman menerusuk di jiwa. Ya Allah, Jangan biarkan aku lemas dalam emosi ini, Aku marah, aku sedih, aku kecewa dan aku bahagia, Jadikanlah segalanya hanya kerana Engkau Sang Pemilik Jiwa, Tiada kekuatan melainkan dariMU, Maka kuatkan aku untuk menempuhi ranjau berliku, Agar tidak tersungkut aku di pertengahan jalanMU. Ya Allah, ikhlaskan, ikhlaskan, ikhlaskan kuatkan,kuatkan,kuatkan, Jangan dibuang masa lagi Tolaklah rasa perasaan ini jauh dari diri kerana ia hanya permainan duniawi hidup ini tujuannya pasti hanya untuk bertemu ilahi hanya mencari redha ilahi maka jangan berlengah lagi!

Cita-cita dan pengorbanan

'Sudahkah anda bersedia sekiranya anda belajar di luar negara dan ayah/ibu anda ditakdirkan meninggal dunia?' soalan yang tidak mungkin saya lupakan ketika kem persediaan kolej,MOC 3tahun lepas. Ustaz Hasrizal menanyakan persoalan yang sehingga kini saya masih ragu dengan keputusan diri, hanya Allah yang memberi kekuatan. 'E tak sihat, sakit perut lagi, mak pun baru baik.Adik di kolej tidur di rumah kawan sebab minggu depan nak exam final dah.' ... Ya Allah, Engkaulah yang Maha Melindungi lagi Maha Lembut. Engkau peliharalah mereka ya Allah. Sungguh, banyak sudah ditempuhi mereka, kesusahan membesarkan dan mendidik diri ini. Kami bukan dari keluarga yang senang, mak sentias berkorban dan bersabar dengan kerenah kami yang mengecewakan. E tidak pernah mengeluh,tak pernah jemu menghantar dan mengambil dari sekolah hingga ke kolej... dan akhirnya saya ke UK, meninggalkan mereka berdua. Kali ini memang hanya mereka berdua di rumah... tanpa ada menjaga makan dan minum mereka,

Tersenyumlah

Walau betapa berat beban yang dipikul namun hidup akan terus berjalan, masa akan terus berlalu dan jantung takkan berhenti berdenyut. Itulah hakikat kehidupan. Maka seorang hamba perlu sentiasa mengukuhkan keimanan sejajar dengan tuntutan kehidupan Sepertimana seorang pendaki gunung, setelah mendaki gunung ledang pasti berazam untuk mendaki gunung everest pula.Persediaan rapi dan teliti, kekuatan mental,fizikal dan emosi dibentuk untuk menjadi bekalan dalam pendakian nanti kerana pelbagai rintangan bakal ditempuhi. Mungkin juga dia jatuh namun akan bangun semula kerana tiada siapa yang dapat membantu melainkan dirnya jua. (kecuali pergi ramai2,but then it is still up to that person to decide whether should I continue or stop in the middle of the hike) Aku akan terus melangkah, biarpun payah kerana jalan dakwah memang susah penuh onak dan duri terpenjara, dipulau atau terkorban diri itu pasti. Senyumlah, walau badai melanda kerana Allah itu Maha Adil. Oleh itu, adillah diri!jagalah hak

Jalan ini

Lemah rasa jiwa Mengenang nasib diri Beserta dosa lepas yang sentiasa menghantui Namun akan aku gagahkan jua kerna Allah Maha Memahami Dan aku yakin dengan ketentuan Ilahi Bahawa sinar cahayanya menyinari hati hamba-hambaNYA yang mengimpikan pertemuan yang abadi bersama kekasih sejati. Ya Allah, sungguh aku merasakan beban dakwah ini. Ya Allah,aku sedar hidayah adalah hak milik mutlak MU. Namun, keluhan ini keluhan hambaMU yang lemah dan penuh cacat dan cela, yang mengharapkan kekuatan dariMU. Sungguh, tiada pengharapan yang haq melainkan hanya kepadaNYA. Semuanya bakal hilang, luput dari diri melainkan DIA yang sentiasa di sisi walau diri sering melupai hakikat ini. Ya Allah, kuatkan hati ini, moga thabat dan istiqamah pada jalanMU. Hanya redhaMU aku ingini buat peneman kehidupan sementara ini. Engkau lembutkanlah hati-hati mereka, yang amat aku sayangi sebagaimana baginda berkata 'tidak sempurna iman seseorang melainkan mencintai saudaranya sepertimana mencintai diri sendiri.'

Cobaan (seperti kata tiga bujang lapuk)

Bak kata pendekar bujang lapok, Cobaan. cobaan yang diperkatakan oleh tok guru nya untuk menaikkan 'tingkat' mereka dalam pembelajaran silatnya. (bukan nak tekankan isu menurun ye,sama2 jauhkan diri dari segala sifat syirik,besar mahu pun kecil). Dalam filem ini, P.Ramlee ingin mengajar kita supaya setiap kali diuji, tetapkanlah pendirian mu. walau petir,guruh mahupun ribut tetaplah pada yang Satu. Namun usaha perlu ada untuk mengatasinya, jika tidak berjaya buat kali pertama, cuba lagi hingga berjaya.Hupfully dapat teka apa yang ingin saya perkatakanlah :) nak cakap pasal ... bukan mambang... tapi.. cobaan! Dugaan datang dan pergi, Membina dan membentuk diri, Mengukuh iman di hati. Usah bimbang atau diragui, Kerana janjinya itu pasti, Setiap kesusahan sesuai dengan kesanggupan dan upaya diri. Jika sabar dan redha dengan ujian dari Ilahi, Pasti beroleh kemanisan di akhirat nanti, Dan bertemu dengan cinta yang sejati. Saya amat suka anything that rhymes maka anda semua akan bori

Jaulah ke Andalusia,suatu pencarian mencari diri serta Pencipta

Image
Assalamualaikum wbt Alhamdulillah, setelah pelbagai dugaan ditempuhi semenjak dari tahun lepas akhirnya dapat jua kaki ini menjejakkan kaki ke negeri sepanyol,pelik pulak,spain la yek. Ceritanya bermula dari tahun lepas, bermula dengan berlima,menjadi empat kemudian menjadi tiga :) hanya mereka yang tahu. Setelah perancangan tahun lepas(dan tahun sebelumnya) tidak menjadi atas kelemahan diri sedangkan diri telah berada di hadapan pintu berlepas,sungguh mengajar diri erti bersabar dan redha dengan ketentuanNYA,alhamdulillah. Boleh ke pautan ini untuk cerita tahun lepas http://oreo86.blog.friendster.com/2008/04/alhamdulillah-3/ Dan kami berempat,termasuk saya lima orang; Sheeda,Hazirah,Nazue (adik-adik usrah yang disayangi,1st year,muda2 lagi dah g spain tau,bertuah2 nasib baik tak jadi macam akak.hehe) dan khaiirunnisa makmon,sahabat yang dirindui didatangkan khas dari India :) Dalam gambar ada enam,macam mana ya? yang sebelah khairunnisa namanya Zaynab(betul ke korang,akak lupa),kami

Alhamdulillah,akhirnya

Assalamualaikum wbt Alhamdulillah,segala puji-pujian hanyalah bagi Allah swt yang senantiasa memelihara hamba-hambaNYA, akhirnya dapat juga saya,Lailatulema Abbas membuka blog yang official ini.Sebelum ni memang ada blog dekat friendster tapi macam sedikit sukar,banyak kali tulis pastu tak dapat upload and hilang. Moga-moga ini lebih baik dari yang sebelum ini,insyaAllah. Dengan niat untuk buat blog selepas pulang dari Spain sebelum habis cuti, terlaksanalah sudah niat tersebut kerana betul-betul tepat sebelum mulanya hari sekolah ku esok blog ini telah disiapkan walaupun banyak lagi perlu dilakukan tapi takpe,hehe,yang penting telah ada usaha dan tapak untuk membina ye dak? InsyaAllah,esok hari sekolah bermula,mari ke sekolah! Rasanya sekejap sangat cuti yang diberikan selama dua minggu. Alhamdulillah diberi peluang untuk ke spain selama 10hari yang insyaAllah akan dikongsikan kemudian then hari yang berbaki diberi peluang untuk memberi. Jadinya,dah mula sekolah ni memang kena pulun b