Posts

Showing posts from February, 2011

Hampir ke situ

Alhamdulillah, ku panjatkan sebanyak-banyak kesyukuran kepada Allah swt, yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Attention seeker I think I am an attention seeker and I do not like to share...when learning that is. hehe, I think that is how I learn best if I have my own personal teacher who focuses only to me! but that is not happening any time or any where hence I need to over come this. I need to stay strong, the best teacher is myself and every problem has its solution.... bismillah... InsyaAllah esok ada assessment untuk surgery, mohon doa semua sahabat. Ya Allah, tiada kekuatan melainkan dariMu. Berikan aku kelancaran untuk berbicara dan ilmu yang bermanfaat. Ameen ya Rabb. Libya Ya tiba masanya untuk Libya pula bangkit. Wahai saudara ku, sama2 kita panjatkan doa untuk saudara kita di sana. Perjuangan mereka perjuangan mulia, kita tidak mampu bersama mereka sepertimana rakyat Palestin dari dahulu hingga kini sengsara dan kita hanya mampu melihat, hinanya hambaMu ini ya Allah. Maka,apa

Penyuluh jalan

Image
Alhamdulillah segala puji-pujian bagi Allah swt yang membangunkan dan mengembalikan jasad diri kembali pada setiap pagi. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah di atas segala nikmat dan ujian kurniaan mu. 'Life is about choices' Sungguh tahun ini tahun paling mencabar, sungguh banyak sekali perlu difikirkan kadang-kadang rasa penat untuk berfikir tetapi bukankah erti hidup itu untuk membuat pilihan? Bila sahaja kita bangun dari tidur, malah untuk bangun tidur juga merupakan pilihan yang dipilih oleh diri. Apatah lagi mengenai arah tuju hidup kita, pilihan di tangan kita, mahu yang baik atau yang buruk, kita sahaja yang mampu memilihnya. Allah telah berfirman yang bermaksud: 'Tiada paksaan dalam agama (Islam) kerana telah jelas kebenaran dan kekufuran...' (Al-Baqarah:256) SubhanaAllah, telah Allah khabarkan kepada hamba-hambaNya telah jelas kebenaran dan kebatilan itu, maka mengapakah masih ramai antara kita yang membuat pilihan yang salah? Allah sendiri telah menjawab: &#

Semangat perjuangan

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanyalah kepada Allah swt Yang Maha Memberi Kekuatan dan Ketenangan. Alhamdulillah. Jalan pulang Alhamdulillah,hati ini semakin tenang dan semangat dapat diarahkan dan dikawal mengikut yang sepatutnya. Aku kira hati ini gelisah kerana memikirkan pelbagai benda yang berlaku di sekelilingku, darah muda ku ini ku kira bergolak-golak untuk turut sama turun ke padang melihat saudaraku bangkit menegakkan keadilan menumbangkan keadilan membuatkan aku amat iri hati. Aku masih di sini, tidak mampu untuk berlari menggapai cita-cita besarku. Terbang bebas, berlari menegakkan keadilan, mezahirkan fitrah yang telah dititipkan oleh Nya dalam hati ini. Semangat ku Tumpuan ku Tertumpu seluruhnya kepada saudara saudara ku Ya Allah Namun aku sedar Posisi ku di sini! Aku perlu menghabiskan perjuangan ku ini yang telah hampir sampai ke penghujungnya Dan kemudian pergilah diri Berlarilah engkau ke dunia yang ingin engkau kecapi Sunggu aku menantikan hari itu Hari di mana a

Penonton atau Pemain?

Image
Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah. Hanya lafaz tahmid dan takbir yang mampu aku lafazkan bila mana Husni Mobarak meletakkan jawatan petang tadi. Dan aku hanya mampu tunduk bersujud pada Mu yang Maha Merancang dan Maha Menentukan. Bukan sahaja di Mesir, malah gelombang perubahan itu telah bermula di kebanyakan negara Islam seperti di Turki,Tunisia, Sudan dan Palestin semestinya. Mengapa ianya amat penting? Aku bukanlah insan yang gemar kepada politik,jauh sekali. Namun aku mengerti bahawa bila setiap diri ingin kembali kepada fitrah yang telah Allah titipkan maka ianya suatu kebaikan yakni bila mana setiap hati benci kepada kezaliman dan ingin menegakkan keadilan. Dan keadilan itu adalah hak milik mutlak Allah swt. Dan aku sedar ia adalah satu pandemik! yang mampu menjangkiti sesiapa yang 'dekat' padanya. Sepertimana berjangkitnya Malaysia dan seluruh komuniti Islam dengan tertubuhnya jemaah yang pertama oleh Imam Hassan Al-Banna selepas jatuhnya khilafah Islamiyyah, aku

Northallerton, kota no 6

Alhamdulillah, hari ini masuk hari ke tiga aku di bumi Northallerton ini. Bumi asing bagi diriku yang mana terasa berat kaki untuk melangkah ke pekan kecil ini. Namun sepertimana diri sibuk mengingatkan manusia lain mengenai kata-kataNya dalam At-taubah:41 yang bermaksud, ‘Berangkatlah kamu dengan rasa ringat atau berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan jiwamu di jalan Allah…’ maka aku kuatkan semangat dan pahatkan tekad moga permusafiran ini menguntungkan jiwa.ameen ya Rabb. Jika hendak dikira ini mungkin kali ke 6 aku berpindah randah. Hampir aku lupa sakitnya otot-otot tangan dan kaki mengangkat beg yang beratnya lebih dari 30kg. Dan Alhamdulillah aku yakin ya Allah, tidak akan Engkau uji hamba-hambaMu melainkan sesuai dengan kesanggupannya dan Engkau campakkan aku di sini untuk aku sebarkan benih-benih dakwah dan agar dapat Engkau tarbiyyah hambaMu yang lemah ini. Terkenang kembali kali pertama aku melangkahkan kaki ke bumi UK ini, rasa sayu dan keseorangan itu hadir kem

Alhamdulillah

Alhamdulillah ujian ini datang menimpa, ini bukan untuk merendahkan hambaNya namun untuk menyedarkan diri bahawa hak-hak yang diamanahkan perlu dilaksanakan dengan seadilnya. Sedih sangat, hari ada feedback dari consultant, which was not good.... and I deserved it. I know for a fact I did not put much effort in anaesthetic.... ya Allah,tanggungjawab ku lebih dari masa ku ya Allah. sungguh aku rasa amat lemah kini, hanya kepadaMu aku bermohon kekuatan. Walaupun dah final year medic, work load di luar akademik masih sama, dan kelemahan diri pula tidak mampu membahagi masa sebaiknya. Ya Allah, aku sendiri keliru. Bantulah hambaMu ini ya Allah. Manusia di sekeliling ku juga ramai yang mengguris hati ini,melemahkan lagi semangat dalam diri. Dan aku pasti aku telah berada di persimpangan ini sebelum ini dan jawapannya hanya satu, TAWAKAL setelah usaha dan doa. ya Allah leraikan kekusutan dalam hati dan akal fikiran ku ini,hanya padaMu aku mengadu. La hawlawala quwwata illah billah.... yakin