Posts

Showing posts from May, 2011

Ujian

'Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar. ' (Al-Anfal:28) 'Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.' (Al-Ankabut:3) 'Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga). ' (Al-Imran:14) 'Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi

Sang Pencerah

Image
Alhamdulillah,segala puji-pujian hanyalah kepada Allah swt. Alhamdulillah, insyaAllah hari ini genap 18 hari lagi untuk berdepan medan jihad mata pena,moga aku diberi kekuatan dan kemudahan untuk berdepannya,insyaAllah. Sang Murabbi kini Sang Pencerah Allahu Allah, semangat semakin membara setiap kali melihat kisah tokoh-tokoh hebat pejuang Islam lebih-lebih lagi jika ia dekat dengan hati ie serumpun dan waqi' yang sama. Filem Sang Pencerah berlatar belakangkan ketika Islam dan adat sukar untuk dibezakan dan menyebabkan pertembungan antara golongan tua dan muda. Berlainan dengan kini, amat jelas pertembungan atau tentangan yang dihadapi adalah antara golongan yang jelas sekali matlamatnya berbeza dan pemisahan antara haq dan batil itu tidak terlalu samar. Namun satu titik persamaan adalah kepentingan ILMU yang BENAR yakni bersumberkan AL-QURAN dan AS-SUNNAH yang akan membuahkan AKIDAH yang SAHIH dan IMAN dan AKHLAQ yang benar jua. Dan itu jualah permasalahan umat Islam waktu ini, t

Hidayah

Aku ingin sangat untuk dia melihat dunia dalam kaca mata yang baharu, Kaca mata seorang hambaNya yang lemah dan banyak kelemahan, Namun aku tahu aku tidak mampu, Aku jua masih banyak kelemahan dan amat lemah, Aku sendiri tersadung dalam ujian ini, Hatiku rapuh dan imanku turun dan naik, Kerana aku insan yang bernama hamba, Dan aku memerlukanNya untuk mampu berdepan dengan dunia. Antara rasa bersalah dan sedih, aku hanya menunding jari atas kelemahan diri. Sesungguhnya ini ujian bagi aku,kami dan dia. Jika DIA ingin, kun faya kun namun, DIA ingin mendidik kami dengan seribu satu makna kehidupan yakni erti kehambaan. 5 tahun aku mengembara dengan hanya DIA di sisi, Dan tiada satu pun aku dizalimi, Malah aku semakin mengerti hakikat kehidupan ini, Yang selayaknya membuatkan aku lebih yakin dengan ketentuanNya, Bahawa tiada satu pun yang terjadi dalam hidup ini buruk untuk ku, Bahkan ianya adalah peluang untuk menjadi hambaNya yang lebih baik, Dari 'zero' ke 'hero', Maka me

Jangan berharap pada manusia II

Image
Betapa lemahnya hambaMu ini ya Allah, Baru sahaja aku menguatkan diri, Ingin berdepan dengan dunia, Mengimpikan yang terbaik untuknya, Namun dibalas sebegini rupa, Dan aku mula berkira-kira, Perlukah aku berusaha atau berputus asa sahaja? Sedihnya hati ini hanya Allah yang tahu, walaupun aku tahu betapa 'childish' nya diri ini, kerana aku seorang insan bernama anak, yang hanya mempunyai satu niat, untuk menjadi yang terbaik untuk mereka, pedih sungguh bila ia dipandang hina.... ya Allah, apa lagi perlu aku perbuat? Aku sendiri buntu,hanya kepadaMu aku mengadu dan bermohon. Ubatilah kesedihan hambaMu ini, hanya kepadaMu aku serahkan segalanya. Di kala waktu semakin menghampir kepada peperiksaan akhir ku, itulah tika Allah akan menguji ku lebih kuat lagi. Maka persiapkanlah diri mu Lailatulema Abbas, tingkatkan amalan dan munajatMu, kenalilah erti kehambaan hakikat kehidupan...

Mak

Image
Hari ini hari kelahiran mak! 6 mei 1950. Terima kasih ya Allah kerana memanjangkan umur dan kudrat ibuku. Moga Engkau berikan mak kebahagiaan di dunia dan akhirat. Moga dimurahkan rezeki dan kesihatan. Moga Engkau tempatkan ibuku di kalangan orang-orang yang beriman kelak. Moga setiap pengorbanan dan kasih sayang yang diberikan dibalas dengan lebih baik oleh Mu.ameen ya Rabb. Satu je Apa yang satu je? Kami bukan dari keluarga yang kaya, biasa sahaja, lauk pun selalunya hanyalah ikan dan sayur goreng. Cukup. Alhamdulillah. Bila ada sotong dan udang goreng memang seronok. Tapi setiap kali mak mesti makan akhir sekali... sebab nak bagi anak die berdua makan sepuasnya dulu baru mak makan. Kadang-kadang bila lauk-lauk biasa je pun mak buat macam tu sebab nak bagi kami makan kenyang-kenyang dulu. Mak kata dulu masa mula-mula kahwin,kadang-kadang beras pun takde nak makan... Jadi kena selalu bersyukur dengan rezeki yang ada pada anak-anaknya yang selalu merungut lauk yang sama (maafkan ema ma

Skil Masak

Alhamdulillah baru lepas masak dan tiba-tiba muncul idea nak kongsikan mengenai bukti 'practice makes better' ;) menurut pengalaman diri. Memasak 'Tak payah la potong bawang tu,tembe la ema, biar mak buat,tinggal je...' 'Baik!' diri pun berlalu dengan suka hati, daput rumah dah la amat panas di siang hari ditambah mata bercucuran dengan air mata kerana kepedihan, tak campur lagi nak sambung tengok cerita ntah apa-apa di siaran tv yang langsung tak membina minda. Namun bila sahaja tiba ke UK rasa menyesal menyelimuti diri kerana dahulu aku tidak belajar memasak! Masih ingat lagi masa kali pertama memasak, ayam goreng keras seperti batu!!! Periuk menjadi perisai diri dari percikan minyak dan macam-macam lagi al-kisah di dapur,hehe. Paling koman-koman pun akan ambil masa 2 jam setengah untuk memasak nasi,lauk dan sayur, mantop ke tidak tu? haha. Namun alhamdulillah Allah berikan kekuatan untuk tidak berputus asa! Dan akhirnya setelah 5 tahun berusaha, berlatih dan