Cobaan (seperti kata tiga bujang lapuk)
Bak kata pendekar bujang lapok, Cobaan. cobaan yang diperkatakan oleh tok guru nya untuk menaikkan 'tingkat' mereka dalam pembelajaran silatnya. (bukan nak tekankan isu menurun ye,sama2 jauhkan diri dari segala sifat syirik,besar mahu pun kecil). Dalam filem ini, P.Ramlee ingin mengajar kita supaya setiap kali diuji, tetapkanlah pendirian mu. walau petir,guruh mahupun ribut tetaplah pada yang Satu. Namun usaha perlu ada untuk mengatasinya, jika tidak berjaya buat kali pertama, cuba lagi hingga berjaya.Hupfully dapat teka apa yang ingin saya perkatakanlah :) nak cakap pasal ... bukan mambang... tapi.. cobaan! Dugaan datang dan pergi, Membina dan membentuk diri, Mengukuh iman di hati. Usah bimbang atau diragui, Kerana janjinya itu pasti, Setiap kesusahan sesuai dengan kesanggupan dan upaya diri. Jika sabar dan redha dengan ujian dari Ilahi, Pasti beroleh kemanisan di akhirat nanti, Dan bertemu dengan cinta yang sejati. Saya amat suka anything that rhymes maka anda semua akan bori...