Posts

Hari ini bank holiday

Alhamdulillah, niat di hati ingin merasa sakit ditunaikan olehNYA setelah berbulan lamanya hidup sihat ceria sentiasa. Moga menjadi kifarah diri.Ameen. Tempat: Dalam perjalanan pulang ke Sunderland drp Newcastle menggunakan metro Watak: 2 budak perempuan,adik beradik dan seorang ibu Cerita: Metro penuh hari ini kerana cuti umum di seluruh UK atau 'Bank Holiday' kenapa digelar begitu saya tidak begitu pasti kerana banyak versi cerita yang didengari tapi itu tidak penting. Fokus kita kepada keluarga ini. Hanya ada dua tempat duduk, satu diberikan kepada ibunya dan satu lagi adiknya. Kemudian... 'Kakak marilah duduk dengan adik' si adik bergerak ke tepi,meribakan kotak patung yang dibelikan ibunya, masing-masing mendapat satu. Si kakak duduk di sebelah adiknya, saling mengecilkan diri untuk keselesaan masing-masing. 'Siapa nak makan coklat?' tanya si ibu. 'Saya!' Saya!' Jawab dua anaknya, si ibu membuka plastik yang membaluti coklat tersebut dan memberi...
PUISI DAKWAH* ( Suatu inspirasi dari Arkanul Bai`ah ) Katakanlah, “Inilah jalanku, aku mengajak kalian kepada Allah dengan bashiroh, aku dan pengikut-pengikutku – maha suci Allah, dan aku bukan termasuk orang-orang yang musyrik”. Ikhwah wal Akhawat, Para Da`ie !! Jalan dakwah panjang terbentang jauh ke depan Duri dan batu terjal selalu mengganjal lurah dan bukit menghadang Ujungnya bukan di usia , bukan pula di dunia Tetapi Cahaya Maha Cahaya , Syurga dan Redha Allah Cinta adalah sumbernya , hati dan jiwa adalah rumahnya Pergilah ke hati-hati manusia ajaklah ke jalan Rabbmu Nikmati perjalanannya , berdiskusilah dengan bahasa bijaksana Dan jika seseorang mendapat hidayah keranamu Itu lebih baik dari dunia dan segala isinya… Ikhwah wal Akhawat, Para Junudud Dakwah !! Pergilah ke hati-hati manusia ajaklah ke jalan Rabbmu Jika engkau cinta maka dakwah adalah FAHAM Mengerti tentang Islam, Risalah Anbiya dan warisan ulama Hendaknya engkau fanatik dan bangga dengannya Seperti Mughirah bin Syu...

Emosi dan syaitan

Aku tahu musuh utama itu takkan pernah berhenti dari mencuba menjahanamkan diri seorang hamba ke lembah hina, Aku tahu apa jua yang tidak dirasai dan tindakan yang tidak keranaNYA hanya sia-sia, Aku tahu hakikat seorang hamba itu lemah dan sentiasa masuk ke lembah durjana, Akibat sesatnya nafsu dan lemahnya iman menerusuk di jiwa. Ya Allah, Jangan biarkan aku lemas dalam emosi ini, Aku marah, aku sedih, aku kecewa dan aku bahagia, Jadikanlah segalanya hanya kerana Engkau Sang Pemilik Jiwa, Tiada kekuatan melainkan dariMU, Maka kuatkan aku untuk menempuhi ranjau berliku, Agar tidak tersungkut aku di pertengahan jalanMU. Ya Allah, ikhlaskan, ikhlaskan, ikhlaskan kuatkan,kuatkan,kuatkan, Jangan dibuang masa lagi Tolaklah rasa perasaan ini jauh dari diri kerana ia hanya permainan duniawi hidup ini tujuannya pasti hanya untuk bertemu ilahi hanya mencari redha ilahi maka jangan berlengah lagi!

Cita-cita dan pengorbanan

'Sudahkah anda bersedia sekiranya anda belajar di luar negara dan ayah/ibu anda ditakdirkan meninggal dunia?' soalan yang tidak mungkin saya lupakan ketika kem persediaan kolej,MOC 3tahun lepas. Ustaz Hasrizal menanyakan persoalan yang sehingga kini saya masih ragu dengan keputusan diri, hanya Allah yang memberi kekuatan. 'E tak sihat, sakit perut lagi, mak pun baru baik.Adik di kolej tidur di rumah kawan sebab minggu depan nak exam final dah.' ... Ya Allah, Engkaulah yang Maha Melindungi lagi Maha Lembut. Engkau peliharalah mereka ya Allah. Sungguh, banyak sudah ditempuhi mereka, kesusahan membesarkan dan mendidik diri ini. Kami bukan dari keluarga yang senang, mak sentias berkorban dan bersabar dengan kerenah kami yang mengecewakan. E tidak pernah mengeluh,tak pernah jemu menghantar dan mengambil dari sekolah hingga ke kolej... dan akhirnya saya ke UK, meninggalkan mereka berdua. Kali ini memang hanya mereka berdua di rumah... tanpa ada menjaga makan dan minum mereka,...

Tersenyumlah

Walau betapa berat beban yang dipikul namun hidup akan terus berjalan, masa akan terus berlalu dan jantung takkan berhenti berdenyut. Itulah hakikat kehidupan. Maka seorang hamba perlu sentiasa mengukuhkan keimanan sejajar dengan tuntutan kehidupan Sepertimana seorang pendaki gunung, setelah mendaki gunung ledang pasti berazam untuk mendaki gunung everest pula.Persediaan rapi dan teliti, kekuatan mental,fizikal dan emosi dibentuk untuk menjadi bekalan dalam pendakian nanti kerana pelbagai rintangan bakal ditempuhi. Mungkin juga dia jatuh namun akan bangun semula kerana tiada siapa yang dapat membantu melainkan dirnya jua. (kecuali pergi ramai2,but then it is still up to that person to decide whether should I continue or stop in the middle of the hike) Aku akan terus melangkah, biarpun payah kerana jalan dakwah memang susah penuh onak dan duri terpenjara, dipulau atau terkorban diri itu pasti. Senyumlah, walau badai melanda kerana Allah itu Maha Adil. Oleh itu, adillah diri!jagalah hak ...

Jalan ini

Lemah rasa jiwa Mengenang nasib diri Beserta dosa lepas yang sentiasa menghantui Namun akan aku gagahkan jua kerna Allah Maha Memahami Dan aku yakin dengan ketentuan Ilahi Bahawa sinar cahayanya menyinari hati hamba-hambaNYA yang mengimpikan pertemuan yang abadi bersama kekasih sejati. Ya Allah, sungguh aku merasakan beban dakwah ini. Ya Allah,aku sedar hidayah adalah hak milik mutlak MU. Namun, keluhan ini keluhan hambaMU yang lemah dan penuh cacat dan cela, yang mengharapkan kekuatan dariMU. Sungguh, tiada pengharapan yang haq melainkan hanya kepadaNYA. Semuanya bakal hilang, luput dari diri melainkan DIA yang sentiasa di sisi walau diri sering melupai hakikat ini. Ya Allah, kuatkan hati ini, moga thabat dan istiqamah pada jalanMU. Hanya redhaMU aku ingini buat peneman kehidupan sementara ini. Engkau lembutkanlah hati-hati mereka, yang amat aku sayangi sebagaimana baginda berkata 'tidak sempurna iman seseorang melainkan mencintai saudaranya sepertimana mencintai diri sendiri....

Cobaan (seperti kata tiga bujang lapuk)

Bak kata pendekar bujang lapok, Cobaan. cobaan yang diperkatakan oleh tok guru nya untuk menaikkan 'tingkat' mereka dalam pembelajaran silatnya. (bukan nak tekankan isu menurun ye,sama2 jauhkan diri dari segala sifat syirik,besar mahu pun kecil). Dalam filem ini, P.Ramlee ingin mengajar kita supaya setiap kali diuji, tetapkanlah pendirian mu. walau petir,guruh mahupun ribut tetaplah pada yang Satu. Namun usaha perlu ada untuk mengatasinya, jika tidak berjaya buat kali pertama, cuba lagi hingga berjaya.Hupfully dapat teka apa yang ingin saya perkatakanlah :) nak cakap pasal ... bukan mambang... tapi.. cobaan! Dugaan datang dan pergi, Membina dan membentuk diri, Mengukuh iman di hati. Usah bimbang atau diragui, Kerana janjinya itu pasti, Setiap kesusahan sesuai dengan kesanggupan dan upaya diri. Jika sabar dan redha dengan ujian dari Ilahi, Pasti beroleh kemanisan di akhirat nanti, Dan bertemu dengan cinta yang sejati. Saya amat suka anything that rhymes maka anda semua akan bori...