Posts

Showing posts from December, 2010

Mengapa aku tekad untuk pulang

Coretan ini khas buat ayahanda, jauh di perantauan, agar ayahanda lebih mengerti isi hati anakmu ini. Bismillah... 'tak payahlah amik biasiswa tu, ema duduk je dekat UM tu, kan elok, dekat dengan rumah. tiap-tiap minggu E amik.' Hatiku mendengus kecewa. 'Nanti siapa nak jaga kalau ada apa-apa, negara omputih tu bukan dekat. Nad, jami tak ambil pun.' 'Mak lagi suka ema ambil peluang ni, dulu masa kecik-kecik mak nak sangat ke Al-Azhar sambung belajar agama,tapi bila atuk meninggal, takde duit mak kena berhenti sekolah. tak dapat pergi azhar, apatah lagi sambung belajar.' Mak, maka keputusan yang ema ambil ini sebagai hadiah kepada mak, walau hati amat gusar,takut, kecut perut dan seantero dengannya. Walau waktu itu E puas menegah, namun anakmu yang degil ini masih tekad dengan keputusan untuk datang ke UK. Masih segar di ingatan aku, aku paksa E untuk mengambil dan memindahkan semua barang-barangku keluar dari PASUM. Ayahku tidak mampu berkata apa, anaknya degil

Alhamdulillah 24 at last :)

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanyalah kepada Allah swt yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya Dialah yang Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu dan demi zat yang di dalam tanganNya, Engkau memberi hambaMu yang hina ini peluang untuk menyambut ulang tahun kelahiran kali ke-24. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Lain dari yang lain Walau tahun ini tiada ucapan, hadiah mahupun kad dari sesiapa jua kerana keberadaanku di bumi boro ini, namun aku bersyukur. Bersyukur kerana diberi peluang untuk menyambut ulang tahun ku seorang diri untuk bermuhasabah sedalamnya kehidupan aku selama 24 tahun ini. Terima kasih buat mak, Jumaah binti Othman dan E,Abbas bin Sulbi yang telah melahirkan, menjaga dan mendidik diri ku sehingga menjadi insan yang bernama Lailatulema Abbas. Tidak akan mampu anak mu ini membalas semunya namun moga jika tidak banyak sedikit pun diharapkan ema dapat menyenangkan hati mak dan E. InsyaAllah, moga kepulangan ema pada tahun hadapan menjadi suatu

Poksu coma

Alhamdulillah segala puji-pujian hanyalah milikNya. Semalam aku mendapat berita bahawa poksu berada dalam keadaan koma setelah mengalami 'haemorrhagic stroke' , innalillah. Ya Allah, Engkau yang mengetahui apa yang terbaik bagi kami, kuatkan kami, ampunkan dosa poksu ku, Saidan Khadri, kuatkan keluarganya terutamanya isteri,anak2 dan keluarganya.ameen. Selangkah kaki melangkah, sedetik dekat kepada kematian, Itulah peringatan diri yang terbaik untuk tidak lalai dengan kehidupan, Moga ia menjadi muhasabah diri ku dan seluruh keluarga kami, Moga apa jua yang berlaku kelak, Kami pasrah dan redha dengan ketentuan Mu, Ameen. All of this that happened, make me wondered about going home :( unfortunately, the cost is just unaffordable. but still miracle do happens and pray is all I can do.