Posts

Showing posts from January, 2011

Dunia yang lebih indah

Diri terasa amat lemah, Walau jauh namun aku rasa amat dekat, Jangan biarkan diri ini berputus asa dengan rahmatMu, Aku benci pada pelakuan, Bukan pada insan, Yang telah menabur budi dan kasih sayang tanpa mengharapkan balasan. Bertimpa-timpa Ya Allah,Engkau uji kami dengan ujian ini. Dan aku rasakan setiap kali jua aku terjatuh dan terduduk. Maafkan aku di atas kelemahan, insyaAllah kali ini aku bangun segera dengan lebih kuat dan akan sujud bermunajat bermohon bantuan. Hanya kepadaMu aku serahkan seluruh hidupku dan keluargaku. Kuatkan kami untuk berdepan ujian ini. Demi nyawaku di dalam tangan Mu La hawlawala quwwata illa billah.... Demam ...

Kecewa ,sedih

Aku kecewa mengapa kita masih berbalah? Bukan hal harta atau kereta, Tetapi hal agama, Asas kehidupan dan matlamat penciptaan! Nasib baik DIA telah menceritakan, Tiada guna Islam jika tidak mengerti dan berilmu, Seperti wahyu pertamaNya kepada baginda, Iqra'- bacalah , Dan membaca perlu dengan nama Tuhan mu! Bukan pembacaan melulu tiada terarah, Kerana itu mampu menjadi racun dalam darah, Mengaburi hati yang lemah jika tiada hidayah. Dan kerana kita masih lagi lemah, Beramal dengan ilmu yang masih goyah, Yang berilmu pula tidak mengamalkan, Maka kita menjadi bahan ketawa masyarakat, Bertegang lidah mengenai soalan yang telah ada jawapannya! Sungguh kecewa, Selagi mana umat ini membelakangkan agamaNya, Selagi itu masyarakat lain akan memandang hina, Dan semuanya disebabkan fitnah yang kita sendiri bawa! Sungguh sedih :( ya Allah, Engkau bukakan jalan-jalan kebaikan kepada kami,moga kami dapat menyumbang dengan seluruh kudrat yang ada,memberi kefahaman yang sahih mengenai agamaMu yan

Manusia yang lemah

'Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.' (An-Nisa':28) 'Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.' (Al-Anfal:46) 'Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.'(Ibrahim:34) 'Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Dia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Dia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya dan Dialah jua yang

Surat padanya

Adakah jiwa yang bakal menerima, Isterinya keluar malam berjuang di hospital? Anak-anak bakal ditinggalkan, Untuk menjaga anak-anak mereka yang lebih memerlukan? Adakah jiwa yang bakal menerima, Tegas diri dan tegar berprinsip, Yang tidak gentar cemuhan dan cacian, Hanya demi mencari redha Tuhan. Adakah jiwa yang bakal memberi, Memberi tanpa mengharapkan balasan, Bersengkang mata menanti isterinya kembali Dan tetap setia melindungi. Keluarga yang diamanahkan oleh Ilahi. Adakah jiwa yang bakal memberi, Agar istiqamah di landasan perjuangan, Yang penuh liku dan cabaran, Yang setia memberi dorongan dan saling melengkapi. Wujudkah jiwa itu, Yang aku dambakan, Yang mampu menerima segala kekurangan, Dan menjadi pemimpin kehidupan, Bermatlamatkan hanya demi untuk redha Tuhan. -Hasil muhasabah setelah usai night shift yang memenatkan namun berbaloi. Alhamdulillah,terima kasih ya Allah! Dan aku masih tertanya, wujudkah jiwa yang sanggup berkorban demi cita-cita aku yang hanya picisan, untuk ber

Tegakkanlah agamamu

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanyalah kepadaMu, Yang Maha Mendengar lagi Mengetahui, setiap suara hati,keluhan dan pujian makhluqMu. Alhamdulillah Allah berikan keberkatan masa untuk membuka kembali lembaran-lembaran buku karangan Said Hawwa dan kali ini aku berjanji untuk mencoretkan isi-isi penting dari siri buku beliau iaitu Thaqafah Jundullah. Bukan bermaksud menulis setiap satu isi kerana saya merasakan ini merupakan bahan bacaan wajib setiap dari kita yang menggelarkan diri sebagai seorang jundullah/hizbullah/ansarollah agamaNya. InsyaAllah tujuan artikel ini ditulis adalah sebagai bahan muhasabah dan hasil fikir dan zikir untuk membangunkan diri dari tidur yang terlalu lena ini. Maka, wahai saudara seagamaku, selamilah bahawanya aku menulis bukan untuk tujuan propaganda namun untuk menyeru kepada kebenaran demi redha Yang Maha Esa. Pendahuluan: Apakah di dunia Islam ada pemurtadan? Musuh-musuh Islam dari dahulu hingga kini senantiasa merancang untuk menghancurkan umat Islam

Demi nyawaku dalam tanganMu

Ku rasa bagai ingin untuk tunduk sujud di saat itu jua, Aku sedar dalam beberapa minggu ini ujian yang datang dariNya adalah ujian nikmat, Moga aku tidak lupa untuk bersyukur dan terus menambah amal soleh sebagai bukti kesyukuranku, Ingin ke Mesir, DIA sampaikan, Ingin belajar dalam bidang perubatan, kini telah tercapai, Ingin ke negera omputih pun telah menjadi realiti! Dan tadi aku terdetik semasa menuggu bus untuk ke bandar; 'Bestnya jika ada orang yang nak tumpangkan, duit dah kering badan pun penat,esok nak on call lagi.' keluhan itu aku ketepikan, namun... sungguh DIA Maha Pengasih lagi Penyayang, 'Ema, I thought I saw you, where are you going? I'll give you a lifft!' :) Ingin aku tunduk bersujud padaMu. Terima kasih ya Allah. Moga aku tidak lalai dalam ujian nikmat ini, Kejutkan aku jika aku tertidur lena, Jangan Engkau biarkan aku sendiri, Walau hanya sesaat. Genap 6 bulan sahaja lagi sebelum aku melangkah pulang, Kembali ke medan juang, Telah 4 tahun 3 bula

Jaulah Ala-tul PART II

Image
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Segala puji-pujian hanyalah kepada Allah swt pemilik seluruh alam semesta. Tiada satu makhluq pun yang tidak bertasbih kepadaNya malah tiada satu daun pun yang gugur di luar pengetahuanNya. SubhanaAllah. Anak-anak ibu ingat lagi kisah Nabi Ayyub? Alhamdulillah kita berkesempatan ke perkampungan baginda, tetapi tak sempat nak diskusi ibrah dari kisah Nabi Ayyub kan? Sama-sama fikirkan ok dan pada masa yang sama, semua ingat lagi kehidupan di Mesir? Betapa mencabarnya hidup di sana, nak ke sekolah pun ada kemungkinan untuk dilanggar oleh kereta jika tak cekap nak melintas jalan (ibu la tu kan,hehe) atau ketika ingin menaiki tramco/bus, belum lagi buka cerita pasal ketabahan graduan azhar dan pelajar2 Malaysia di sana. Dan ibu pasti semua pulang dengan semangat akhawat-akhawat di bumi ardhul kinanah yang mujahadah dalam medan jihad menuntut ilmu mereka kan kan??? Bagaimana semangat itu kini? Di kala kita semua bakal bertempur di medan jihad itu

Muhasabah di Matruh

Aku keliru, Mengapa dunia terus alpa? Lantas aku berkelana ke merata benua, Untuk mencari erti hidup dalam pelayaran seorang hamba. Dan kini aku semakin mengerti, KalamNya dalam AL-Furqaan, 'Bahawa tidak Aku berpaling dari suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang berpaling dari agamaNya'. (Al-Maidah:54-56) Telah aku merantau ke benua Eropah, Dan kini aku menjejakkan kaki ke bumi para anbiya', Untuk mencari kekuatan dan bekalan buat baki perjalanan yang masih tersisa, Dan di situ juga aku temui kebenaran dalam kata-kata pujangga, 'Aku ke negara barat dan aku temui Islam, namun bila aku kembali(di Mesir) tidak aku temuinya'. (ibn Tamiyyah) Dan natijahnya, DIA membiarkan kita terus dalam kenikmatan dunia yang hanya sementara cuma, Akibat perbuatan tangan kita sendiri, Dek kealpaan diri! Wahai ar-rijal! Ayuhlah kita bangkit, Menyusun kembali saff yang terlalu banyak lompangnya, Mari kita kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah yang telah lama kita tinggalkan, Demi dunia

Tahniah MPSJ!

Image
Alhamdulillah, akhirnya wujud juga undang-undang ini. Moga kerajaan juga mendidik dan menyediakan 'bantuan' kepada mereka yang terjebak dalam kancah maksiat ini. Islam tidak pernah menghukum si pelaku dosa, tetapi tidak bertolak ansur dengan dosa-dosa. Maka perlunya untuk kerajaan Selangor memberi kefahaman kepada golongan ini (sedih tetapi benar , mungkin ada antara mereka yang tidak tahu hadis yang melaknat peminum arak dan sesiapa jua yang terlibat dalam pembuatannya). Saya bangga jadi anak Selangor! Moga Islam terus diletakkan di tempat yang selayaknya. Takbir! MPSJ larang umat Islam kerja di tempat jual arak Leven Woon Zheng Yang Jan 13, 11 8:56am Kongsi 685 Garis panduan terbaru Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang melarang orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyediakan minuman keras menimbulkan pelbagai reaksi. Syarat baru itu disertakan sebelum lesen perniagaan dikeluarkan kerana pengambilan pekerja beragama Islam di premis-premis berkenaan dikatakan berte

Belief and Man, Bediuzzaman Said Nursi

Assalamualaikum wbt Never know that his book is so inspiring. Alhamdulillah adik2 bagi pinjam buku ni. As I have just started on few of the pages, my heart fall in love with his writings, hence I am going to write this as I go through so I shall not forget, plus lepas ni kena bagi balik buku ni.hehe. First chapter 1st point: Analogi yang digunakan amat menarik untuk menerangkan ayat al-quran berikut yang bermaksud: ' Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (4) Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, (5) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus. (6)' (At-tin) Mari kita lihat hasil seni paling cantik di dunia, kita ambil lukisan Leornado da vinci, adalah lukisan paling diiktiraf di dunia walaupun ia hanyalah lukisan seora

Jaulah Ala-tul PART I

Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah. Hanya ucapan hamdalah yang mampu dituturkan hasil jaulah dari 18-29 disember 2010 ke bumi ardhul kinanah. Walau banyak perkara ditimbang dan dikorbankan sebelum melangkahkan kaki ke bumi anbiya' namun perancanganNya jualah yang terbaik dan mewarnai lagi kehidupan hambaMu yang hina ini. Terima kasih ya Allah. InsyaAllah akan cuba dikongsikan apa yang termampu dan bermanfaat. Kenapa Sharm El-Sheik? Kerana kos ke sana paling murah :) terkejut Muslihah mendengar kami akan mendarat ke bumi mesir di sharm el sheik kerana amat jarang yang terbang ke sana namun kerana semangat ingin ke Mesir walau apa juga untuk cuti musim sejuk kali ini kami tekad, walaupun sharm di 'haram' kan kepada pelajar Al-Azhar kerana keliaran kotanya. Tiba sahaja di Sharm kami diberi peluang mengenali perilaku 'pak arab' di sana, nyaris kami ditipu menaiki teksi untuk ke stesyen bus dengan kos 150genih sedangkan kos menaikinya hanyalah 20genih(dalam tenet)