Muhasabah di Matruh
Aku keliru,
Mengapa dunia terus alpa?
Lantas aku berkelana ke merata benua,
Untuk mencari erti hidup dalam pelayaran seorang hamba.
Dan kini aku semakin mengerti,
KalamNya dalam AL-Furqaan,
'Bahawa tidak Aku berpaling dari suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang berpaling dari agamaNya'. (Al-Maidah:54-56)
Telah aku merantau ke benua Eropah,
Dan kini aku menjejakkan kaki ke bumi para anbiya',
Untuk mencari kekuatan dan bekalan buat baki perjalanan yang masih tersisa,
Dan di situ juga aku temui kebenaran dalam kata-kata pujangga,
'Aku ke negara barat dan aku temui Islam, namun bila aku kembali(di Mesir) tidak aku temuinya'. (ibn Tamiyyah)
Dan natijahnya,
DIA membiarkan kita terus dalam kenikmatan dunia yang hanya sementara cuma,
Akibat perbuatan tangan kita sendiri,
Dek kealpaan diri!
Wahai ar-rijal!
Ayuhlah kita bangkit,
Menyusun kembali saff yang terlalu banyak lompangnya,
Mari kita kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah yang telah lama kita tinggalkan,
Demi dunia yang lebih indah dan akhirat yang kekal selamanya.
Comments
Post a Comment