Posts

Showing posts from 2010

Mengapa aku tekad untuk pulang

Coretan ini khas buat ayahanda, jauh di perantauan, agar ayahanda lebih mengerti isi hati anakmu ini.
Bismillah...
'tak payahlah amik biasiswa tu, ema duduk je dekat UM tu, kan elok, dekat dengan rumah. tiap-tiap minggu E amik.'
Hatiku mendengus kecewa.
'Nanti siapa nak jaga kalau ada apa-apa, negara omputih tu bukan dekat. Nad, jami tak ambil pun.'
'Mak lagi suka ema ambil peluang ni, dulu masa kecik-kecik mak nak sangat ke Al-Azhar sambung belajar agama,tapi bila atuk meninggal, takde duit mak kena berhenti sekolah. tak dapat pergi azhar, apatah lagi sambung belajar.'
Mak, maka keputusan yang ema ambil ini sebagai hadiah kepada mak, walau hati amat gusar,takut, kecut perut dan seantero dengannya. Walau waktu itu E puas menegah, namun anakmu yang degil ini masih tekad dengan keputusan untuk datang ke UK. Masih segar di ingatan aku, aku paksa E untuk mengambil dan memindahkan semua barang-barangku keluar dari PASUM. Ayahku tidak mampu berkata apa, anaknya degil sepe…

Alhamdulillah 24 at last :)

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanyalah kepada Allah swt yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Sesungguhnya Dialah yang Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu dan demi zat yang di dalam tanganNya, Engkau memberi hambaMu yang hina ini peluang untuk menyambut ulang tahun kelahiran kali ke-24. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
Lain dari yang lain
Walau tahun ini tiada ucapan, hadiah mahupun kad dari sesiapa jua kerana keberadaanku di bumi boro ini, namun aku bersyukur. Bersyukur kerana diberi peluang untuk menyambut ulang tahun ku seorang diri untuk bermuhasabah sedalamnya kehidupan aku selama 24 tahun ini.
Terima kasih buat mak, Jumaah binti Othman dan E,Abbas bin Sulbi yang telah melahirkan, menjaga dan mendidik diri ku sehingga menjadi insan yang bernama Lailatulema Abbas. Tidak akan mampu anak mu ini membalas semunya namun moga jika tidak banyak sedikit pun diharapkan ema dapat menyenangkan hati mak dan E. InsyaAllah, moga kepulangan ema pada tahun hadapan menjadi suatu n…

Poksu coma

Alhamdulillah segala puji-pujian hanyalah milikNya.
Semalam aku mendapat berita bahawa poksu berada dalam keadaan koma setelah mengalami 'haemorrhagic stroke' , innalillah.
Ya Allah, Engkau yang mengetahui apa yang terbaik bagi kami, kuatkan kami, ampunkan dosa poksu ku, Saidan Khadri, kuatkan keluarganya terutamanya isteri,anak2 dan keluarganya.ameen.
Selangkah kaki melangkah, sedetik dekat kepada kematian, Itulah peringatan diri yang terbaik untuk tidak lalai dengan kehidupan, Moga ia menjadi muhasabah diri ku dan seluruh keluarga kami, Moga apa jua yang berlaku kelak, Kami pasrah dan redha dengan ketentuan Mu, Ameen.
All of this that happened, make me wondered about going home :( unfortunately, the cost is just unaffordable. but still miracle do happens and pray is all I can do.

Swine flu?

Apa pun infection yang sedang aku alami, ianya mengajar aku seribu satu erti kehidupan, hakikat kehambaaan, alhamdulillah,alhamdulillah, alhamdulillah di atas segalanya. Aku mohon diberi kekuatan mendepani hari-hari yang mendatang.Ameen.
Tidak tergambar derita Nabi Ayyub as pabila diuji ujian kesakitan dalam jangka masa yang lama sehingga semua sahabat dan ahli keluarganya meninggalkan dirinya kecuali isterinya. Namun akhirnya isterinya juga turut berasa lelah. Kisah lanjut boleh dilihat dalam surah Al-Anbiya'.
Aku hanya jatuh sakit sejak khamis, namun terasa bagai seluruh tenaga direntap dari diriku,tidak mampu berbuat apa dari jumaat hingga sabtu. Bermula dengan rasa mual dan demam sehingga mengginggil,tidak mampu untuk tidur malam khamis itu.Pagi itu aku muntah dengan teruknya. Tiada langsung selera makan.
Tapi sungguh Allah tidak akan menzalimi hambaNya, DIA berikan aku kekuatan untuk berdepan dengan assessment dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar.Aku sendiri keliru bagaim…

Bila mak geram

Alhamdulillah, insyaAllah esok dah assessment untuk final rotation before ke hospital practice until may nanti. Cepat sungguh masa berlalu dah nak masuk bulan disember.
Badan rasa tak sihat, sebab otak penat berfikir macam-macam. Bila mak kata mak geram, ema rasa lagi geram, terus sakit.
artikel kali ini memang berunsur emosi, jadi hanya baca jika anda bersedia muhasabah dan menjawab persoalan-persoalan yang diberikan, jika tidak ia akan membuang masa anda sahaja. Ia ditulis kerana saya perlu study tapi selagi beban ini di dada, ia akan mengganggu konsentrasi diri, jadi blog inilah peneman dan pendengar setia ku.
Apa yang dicari manusia di dunia ini? sungguh sukar untuk dipuaskan dan untuk bersyukur! Diri sendiri contoh terbaik, ujian ini tidaklah sebesar ujian saudaramu di Palestin namun masih banyak berkeluh kesah. Tapi, jika di hadapan mata telah cukup baik buat diri mengapa masih ingin dipersiakan? Sedikit pun tidak dihargai malah diherdik dan dilukai. Aku pasti hati itu merintih d…

Senandung rindu

Jika senja dah menghilang, Alam pun kelam, Terkenang olehku, Ayah ibu, Kampung dan halaman, Masa aku sedang dalam timangan.
Jika sudah larut malam, Hati tak tenteram, Gelisah merindu, Ayah ibu, Kampung halamanku, Masa lalu, Ku teringat selalu,
Ingin terbang, Sayapku tak ada, Semakin dikenang, Menyesakkan dada, Tanjung kampung, Airnya biru, Semakin ku renung, Semakin terharu.
Jika aku rasa rindu, Risau hatiku, Ku renung selalu, Langit biru, Di sana bertemu, Ayah ibu, Kampung dan halamanku.

Numb

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, I am still breathing, Still standing, Although not as strong as before, I am still is.
It seems like that rainbow we all have been waiting has just disappeared, The colourful shades that make it worthwhile has now turned into black shades, This heart have no more heart to give, All I want is just to run away.
I wish I could go home right now, I wish I have a magic carpet to get me there, But that is all only a wish, In reality, I need to finish this battle that I have started, Have faith that HE will manage the rest, As only HE has the power to make that rainbow re appears, Please do not make me lose hope.
Ameen
Feeling more numb day by day, lamanya lagi nak grad, :( sedangkan perjuangan di rumah semakin memanggil-manggil. Mak suruh fokus belajar rajin2, and that is what I am going to do. Balik nanti kita sama-sama berdepan dengan ujian ni yek mak.
To my sister, Moga Allah berikan kekuatan, moga setiap kesakitan yang ain alami, menjadi penghapus dosa diri da…

Inilah dugaan

Semalam aku kelukaan,kecewa kehampaan,mencalar ketabahan. Mimpi yang sering ku harapkan, menjadi kenyataan,namun tak kesampaian.
ALLAH..inginku hentikan langkah ini,bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,semangat tenggelam,lemah daya, Haruskah aku mengalah, namun hati kuberbisik,inilah dugaan.
Ku kira bagaimanakah perasaan Nabi Ibrahim ketika berkata-kata terhadap ayahnya dan kemudian dihalau oleh ayahnya. Pasti hati insan mulia itu berkecai dan kecewa.
Itu cerita seorang insan yang hebat...
Dan aku, semakin bertambah hidup ini semakin bertambah ujian kehidupan. Terkadang terasa ingin berhenti melangkah. Namun aku tahu, itu bukan suatu penyelesaian namun hanyalah jalan keluar mudah seorang pengecut. Maka, aku akan terus melangkah, walau payah, walau merangkak sekali pun, akan aku pastikan aku akan tiba ke destinasi terakhir pelayaran kehidupan ini.
Ya Allah, berkecai remuk hati ini, tidak akan mungkin dirawat lagi ku kira di waktu ini.
Terasa kaku dan bisu mulut untuk berbicara, menutur madah mer…

Moga ini raya terakhir ku di perantauan

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanyalah kepada Allah swt, pemilik seluruh alam semesta tiada Tuhan yang disembah melainkan Dia.
Salam Aidiladha dari kejauhan, moga setiap amalan dan pengorbanan diterimaNya dan mendapat redha Allah swt buat peneman perjalanan hidup yang masih jauh ini.
InsyaAllah, moga ini adalah raya terakhir aku di sini. Namun kali ini mungkin merupakan tahun yang paling sayu kerana keseorangan untuk raya kali ini, tiada teman peneman bicara memberi kata dorongan dan meniupkan semangat. Allah itu Maha Adil, adil kerana perkiraannya hanya tiba bila tahun ke lima ku di sini maka Dia berikan ujian lebih berat setimpal dengan kesanggupan hambaNya ini. Alhamdulillah.
Sekiranya manusia diberikan ujian yang sama setiap kali, maka pasti mati kebosanan hidup kita, sepertimana kita bermain permainan video, setiap kali kita akan lebih terikat untuk bermain dan melepasi tahapan yang sedia ada untuk ke tahap yang lebih sukar. Namun, kerana sikap gopoh gapah kita sepertimana yang …

Notes from my most awesomeeee sister

Lailatulema binti Abbas.My elder and only sister. The only one I feel week for. I can put on a strong act with anyone but her. Even with just a few words, I'd be teary-eyed and emotional. It's been different for the last five years, ever since you left home to further you education. At the time, I was young and I hated the fact that you're no longer beside me. I was with mom and dad but no one I can really talk to. Had my fair share of identity crisis and teenage rebel when you were gone. But now that I'm much older and hopefully I've grown wiser, I miss us spending time together like when we were kids. Going to our spot in Melaka, dad just driving around everywhere for hours and we'd be sitting at the back fighting or sleeping. I miss the old us, the old E. But no worries, I'm sure everything will be alright and we'll soon be a complete happy family when you get back. Thank you for putting some sense in me when I'm shopping, thank you for always, a…

Mak

Alhamdulillah di atas segala nikmat yang telah dikurniakan olehNya. Alhamdulillah selesai menghantar Nad dan ibunya ke stesen kereta api aku terus masuk ke dalam gerabak untuk bergerak pulang ke Middlesbrough.
Hati berbolak balik, antara perasan sedih kerana sahabat baik ku dan ibunya pulang ke tanah air dan bersemangat untuk pulang menelaah pelajaran. Namun, akhirnya perasaan sedih lebih menguasai diri dan hati ini amat merindui, mak!
Di kala hati rasa sunyi, aku akan merenung kasih sayang mak yang bisa meleburkan rasa kesunyian diri. Lebih-lebih lagi tinggal seorang diri di desa kecil ini, amat senang untuk aku merasa sedih dan sunyi. Dan sempat juga menonton cerita Aku ingin ke syurga (yang amat menarik untuk dilihat, link untuk menonton cerekarama tersebut) bagaimana kasih seorang ibu takkan pernah berhenti walau apa jua situasinya.
'Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. J…

Angry

I do feel that I am not as smart as before, very angry with myself.I do feel that I am unable to cope with things as good as before, very angry with myself, I do feel as I grew older, I forget things more and cried over things easily, very angry with myself, I do feel that I am more emotional and sometimes illogical, very angry with my self, All the things just made me realised, I am an adult, Who has started to learn about the meaning of life, The path that HE has put me on, Is never going to be an easy task! Although I am angry with myself I should not give up, I shall rise to the top, To reach for the moon so that if I fall at least I will reach the stars, So my weak heart of mine, Don't you ever put me down, Remember HE will never leave you alone in the dark, Remember you will be tested only within your limits, Hence, be strong, Strong as the wind that blew you during this winter, this final winter, bi'iznillah It's 'them' talking to you, To be strong, Just hold on...
Just hold …

Lailatulain Abbas- at your side

She is the one who can make me sad,really sad, worried, angry but she is also the one who make me happy, who will be there for me no matter what, who knows me more than anyone else, who make my day every day, tomorrow would be one of the historical day in her life, and I am not there by her side.
so sad....
O Allah, please make ease of everything, alhamdulillah YOU have make everything so easy so far, may her OP goes well. Ameen.
So many things had happened this 5 years that I have been away, that make me more confident with my decision to come home. I know what is important and that is what I want. So help me O Allah, keep me steadfast in this road and give Your blessings.
She tells me to make the best of everything, so I shall will, I hope I could be there now, I could imagine how worried and scared you are, Since small, we always share everything together, including our fair share of being sick, do you remember how we used to have our asthmatic attack one after another? unfortunately, not this one…

Rindu

Mampukah diri berada dekat dengan mu?Sedangkan setiap hari penuh dengan dosa dan kelemahan, Hati disaluti seribu satu titik kekotoran, Tingkah laku penuh dengan kecacatan.
Sedangkan engkau, Insan paling sempurna pernah diciptakan, Akhlaq mu sebanding al-quran, Kasih sayang mu pada umat terpancar dalam kelembutan tindakan, Hati mu hanya mendambakan redha Tuhan.
Sungguh aku tidak layak berdepan dengan mu, Ya maulana ya habibi, Namun akan aku kerahkan semampu ku, Seluruh tenaga, masa dan harta ku, Untuk menjadi bukti kasihku yang tiada sebanding dengan mu.
Ya Allah, rindu sungguh pada kekasihMu, Moga dibukakan jalan-jalan kebaikan, Moga dilorongkan tulang empat kerat ini untuk mengikut sunnah nya, Moga kelak dapat kami bertemu dengannya, Ameen ya Rabb

Despicable me!

Image
Fitrah kejadian
Alhamdulillah baru menonton despicable me bersama k.nurul, aina, mia dan 9 orang anak-anak kecil yang amat disayangi :) fatin, sha-b, adam, aeyna, aeyda, hakim, haikal, sufi dan afrina (maaf lupa yang lain2 fitrah kejadian manusia selalu lupa.hehe. jangan marah k.ema k insyaAllah next time kita pergi jalan-jalan tempat lain)
Ini kali kedua menonton cerita ni jadi tergerak hati dan jari-jari untuk menekan punat-punat di laptop walaupun report untuk mental health tak siap lagi. Ingin mempraktikkan untuk memastikan ada kebaikan yang lebih hasil dari perbuatan yang sama ini seperti mana kita perlu pastikan hari esok lebih baik dari hari ini,insyaAllah.
Filem ini berkisar mengenai seorang yang bercita-cita tinggi untuk menjadi penjahat paling berjaya di dunia. Ya,penjahat! Pelbagai kisah lucu berlaku dan menyentuh hati hingga berjaya menitiskan air mata (memang saya seorang yang beremosi,lihat artikel sebelum ini :) )
Namun, akhirnya 3 orang budak kecil (yang amat comel) berjay…

Syukur

Image
'Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi dan Kami jadikan untuk kamu padanya pelbagai jalan penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi)amatlah sedikit kamu bersyukur.' (Al-A'raf:10)
Penjara dunia
Hati berdebar mengetahui bahawa hari ini kaki ini akan melangkah ke penjara. Dari hari sebelumnya lagi perasaan di hati bercampur baur antara takut, mungkin gerun dan gembira kerana berpeluang untuk menjejakkan kaki ke penjara. Sungguh, dari luar lagaknya seperti suatu penjara besi yang tiada penghujungnya namun apabila masuk ke dalam, sunyi dan sepi. Tiada kelihatan susuk tubuh yang menggerunkan yang puas dibayangkan di malam harinya. Sedikit rasa kecewa terdetik di hati namun niat utama masih belum terlangsai, untuk bertemu pesakit mental di dalam penjara dunia ini.
Suasana di hospital penjara amat berbeza dengan di hospital umum, tidak sibuk dan semuanya seperti tahu bahawa ini bukan tempat 'main-main'. Mata mereka melilau melihat perempuan…

Sederhana itu kunci kebahagiaan

Alhamdulillah segala puji-pujian hanyalah kepada Allah swt, yang Maha Sempurna lagi Maha Pengasih.

Ujian itu memang dugaan

Kadangkala kita tertanya kenapa kita diuji sedangkan kita mencuba sedaya upaya menjaga hak-hakNya dan pada manusia lain, namun kita lupa bahawa Allah swt telah jelas berjanji kepada hamba-hambaNya bahawa kita WAJIB untuk diuji untuk melayakkan diri ke syurga yang mahar harganya tidak mampu dibayar tanpa sebarang pengorbanan.

Disebabkan hakikat inilah kita perlu benar-benar arif dan menghayati kisah hidup Nabi Muhammad saw kerana di situlah diri akan terasa betapa kecil dan kerdilnya diri ini berbanding si dia, kekasih hati Maha Pencipta. Hidup baginda penuh ujian dan cobaan yang tidak mampu untuk didepani makhluk biasa-biasa. Apatah lagi baginda juga merasakan lelah hasil dari ujian yang diturunkan oleh Allah swt, hingga baginda berdoa dengan penuh penyerahan diri di Taif berikutan penolakan dakwah baginda,

" Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tena…