Swine flu?
Apa pun infection yang sedang aku alami, ianya mengajar aku seribu satu erti kehidupan, hakikat kehambaaan, alhamdulillah,alhamdulillah, alhamdulillah di atas segalanya. Aku mohon diberi kekuatan mendepani hari-hari yang mendatang.Ameen.
Tidak tergambar derita Nabi Ayyub as pabila diuji ujian kesakitan dalam jangka masa yang lama sehingga semua sahabat dan ahli keluarganya meninggalkan dirinya kecuali isterinya. Namun akhirnya isterinya juga turut berasa lelah. Kisah lanjut boleh dilihat dalam surah Al-Anbiya'.
Aku hanya jatuh sakit sejak khamis, namun terasa bagai seluruh tenaga direntap dari diriku,tidak mampu berbuat apa dari jumaat hingga sabtu. Bermula dengan rasa mual dan demam sehingga mengginggil,tidak mampu untuk tidur malam khamis itu.Pagi itu aku muntah dengan teruknya. Tiada langsung selera makan.
Tapi sungguh Allah tidak akan menzalimi hambaNya, DIA berikan aku kekuatan untuk berdepan dengan assessment dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar.Aku sendiri keliru bagaimana aku boleh melakukannya, namun semua kekuatan hanyalah dariNya. Sungguh, otakku badanku bagaikan bukan milikku pagi itu.
Sampai sahaja ke rumah tengah hari itu, aku tidur sepanjang hari sehingga sabtu pagi, tiada langsung selera untuk makan, yang ada hanyalah ingatan terhadap kesakitan yang dirasai, pening di kepala hanya Allah yang tahu tidak mampu membuka mata, rasa mual membuat diri tidak makan selama lebih dari 24jam dan pastinya hakikat berada seorang diri tanpa teman sebilik yang mampu membantu tidak membawa ke mana. Di saat itu terkenang ibu di rumah, aku hanya mampu menangis dan tidur kembali. Tidak pernah ku rasa badan selemah ini, sehingga tiada selera makan langsung, memang virus ini bahaya,saya benci winter! huhu, tapi aku masih bersyukur kerana kini selera makan semakin meningkat, setengah roti canai dah selamat masuk, teringin nak makan benda yang masam tapi keadaan di luar amat tebal dengan salji. (takut pula untuk keluar kena tanya mak dulu)
Ibrah sakitku ini
1. Pentingnya nafsu makan! rasanya diri ini boleh berterusan untuk tidak makan selama 2/3 hari jika tidak mengenangkan nasihat ibu dan ayah di rumah. Bersyukurlah di atas selera makan yang dikurniakannya, bersyukurlah dengan jalan yang diluaskan untuk sampai kepada rezeki itu dan dengan kekuatan untuk menghulurkan nasi ke dalam mulut kita, hingga akhirnya dicerna oleh perut kita. Bersyukurlah!!!
2. Meyakinkan diri untuk pulang ke Malaysia lagi :) bersendirian tidak lah molek apatah lagi ketika jatuh sakit, sangat-sangat tidak seronok ye sahabat sekalian. Namun ia mengajar erti pengabdian total hanya kepada Allah swt, but I think I have paid my due here, and it is time for me to go insyaAllah if I pass.ameen. Rindu belaian mak saya!!!!
So, anyone in JCUH who has been unwell anytime at all please do contact me, I am now providing a service to take care those who are unwell, I can cook for you, massage you etc :) ladies only my no 07966617338 (I am serious, do not want to see anyone in the same boat as me)
3. Masa sakitlah masa ingat pada Allah swt. Maka ujian itu hanyalah jalan untuk lebih dekat padaNYA. Masa untuk bersyukur yang lima sebelum lima, supaya hari mendatang lebih baik dari hari sebelumnya. SUpaya masa sihat saya selepas ini akan digunakan dengan lebih baik lagi untuk perkara kebaikan. ameen.
4. Allah nak bagi rehat pada diri juga kan :) being out every weekend with things, program,usrah etc. takde pernah lekat dekat boro ni, jadinya Allah nak suruh rehat if tak sakit tak rehat. Terima kasih ya Hafiz.
'Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku' (26:80)
Comments
Post a Comment