Posts

Showing posts with the label isu semasa

Perak,Palliative care dan ....

'Katakanlah: Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara) dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Dia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya)' (Al-Araf:29) Adil itu lawannya zalim. Zalim bermakna meletakkan sesuatu itu pada tempat yang tidak sepatutnya yakni berlawanan dengan adil. Saya lebih gemar memberi definisi adil itu sepertimana di atas kerana ia amat jelas, terang lagi bersuluh apakah itu adil,harap-harapnya sahabat semua faham. Seorang pemimpin itu perlu sentiasa adil. Pemimpin bukanlah tertakluk bilamana saya dan anda memegang jawatan 'pengarah' sebuah persatuan mahupun perdana menteri sebuah negara tetapi setiap dari diri adalah pemimpin sepertimana baginda Rasulullah saw telah bersabda: 'Kamu semua adalah pemimpin dan kamu...