Perak,Palliative care dan ....
'Katakanlah: Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara) dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Dia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya)' (Al-Araf:29)
Adil itu lawannya zalim. Zalim bermakna meletakkan sesuatu itu pada tempat yang tidak sepatutnya yakni berlawanan dengan adil. Saya lebih gemar memberi definisi adil itu sepertimana di atas kerana ia amat jelas, terang lagi bersuluh apakah itu adil,harap-harapnya sahabat semua faham.
Seorang pemimpin itu perlu sentiasa adil. Pemimpin bukanlah tertakluk bilamana saya dan anda memegang jawatan 'pengarah' sebuah persatuan mahupun perdana menteri sebuah negara tetapi setiap dari diri adalah pemimpin sepertimana baginda Rasulullah saw telah bersabda:
'Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin.' (Riwayat Muslim)
Oleh kerana kita adalah hamba ciptaanNYA maka kita kelak akan dipersoalkan mengenai segala 'pinjaman dan amanah' yang diberikan oleh Tuan kita.
Namun, itu bukan persoalan utama yang ingin saya utarakan. Khamis lepas menyaksikan peristiwa yang mungkin boleh saya sifatkan sebagai paling memalukan dalam sejarah politik malaysia,berlaku dalam dewan undangan negeri sendiri! Persidangan DUN Perak diserang dan dicabul kehormatannya. Saya bukanlah seorang ahli politik dan tidak berniat untuk memihak kepada mana-mana pihak melainkan kerana semangat keadilan dan kebenaran. Mengapa perlu begitu sekali tindakan sesetengah pihak untuk merampas kembali kuasa di Perak? Ianya bukan baru bermula,sejak PR berjaya memerintah Perak pelbagai berita sensasi dan sarat dengan penipuan terjadi.
Betapa menyedihkan. Kecewa saya jadi orang melayu.Memperjuangkan prinsip bersatu padu, berkempen mengenai konsep ketuanan melayu dan membuat 'anjakan paradigma' Islam kepada Islam hadhari namun tiada langsung bukti penghayatan terhadap semuanya. Hanya cakap-cakap kosong untuk mendapatkan sokongan umum. Mengapa tidak diadunkan semua itu dalam diri setiap pemimipin dan individu, pastinya akan menghasilkan modal insan yang amat tinggi harganya. Menghormati hak orang lain, berpegang pada paksi agamaNYA (jangan salah faham saya tidak sedikit pun menyokong islam hadhari, islam itu syumul,cukup segalanya tiada perlu kepada 're-branding') dan tidak ada hasad dan dengki sesama bangsa.
Cukup menyedihkan, politik dikotorkan oleh tangan-tangan manusia yang gila pada kuasa dan dunia. Berapa ramai jiwa-jiwa yang tertipu kerana tersungkur di pertengahan jalan. Moga dijauhkan kita darinya. Ingat politik itu tidak kotor namun jiwa-jiwa inilah yang memberi nama buruk pada politik. Rasulullah saw merupakan seorang ahli politik paling berjaya, berjaya mempengaruhi manusia sehingga sanggup mengorbankan nyawa, harta segalanya demi Allah dan Rasul tercinta. Maka, kita semua harus ber politik dan tidak semestinya menjadi orang politik.
Semua kita harus berpolitik untuk menegakkan keadilan kerana kuasa yang diberikan adalah amanah yang akan dipersoalkan di akhirat sana. Tiada yang dapat lari! maka bersiap siagalah kita kelak bila ditanya. Sepertimana Rasulullah saw berpolitik untuk menegakkan agama Islam maka kita juga perlu berusaha untuk bersama baginda. Kuasa adalah alat untuk menegakkan keadilan, sinar kebenaran dan untuk membela mereka yang lemah dan membantu mereka yang susah.
Janganlah kerana setitik nila rosak susu sebelanga. Janganlah kerana segelintir dari mereka berhati jahat ini kita memandang penuh hina pada konsep negara ie politik dan apa yang merangkuminya. Adilli (ada ke ayat ni?huhu) lah ianya dengan mata hati. Percayalah kepada dunia yang lebih indah sekiranya kita semua berusaha ke arahnya,insyaAllah. Dan pada mereka yang percaya dan berusaha untuk mengembalikan sirna itu, moga Allah tetapkan dan redha dengannya.
Palliative care? apa mendanya tu?melainkan anda buat medic definitely you shall not know bout it. Palliative care adalah alamak,bahasa melayu hancur, xpasti apa.siapa tahu bolehlah bagitahu,hehe. MasyaAllah, walau setengah hari sahaja berada di St.Benedict's Hospice namun it was very valuable. TIdak semestinya seorang doktor akan berjaya merawat dan mengubati setiap penyakit itu dan pastinya kesilapan sering dilakukan kerana namanya juga manusia. Dan inilah masanya palliative care mengambil peranan cuba untuk memastikan 'symptoms' (apa bm nya?) dikawal dan membantu sepanjang terma pesakit berdepan dengan penyakit yang tiada peluang untuk dirawat.
Terasa tiada gunanya jadi doktor.huhu. Pada masa yang sama, mengingatkan saya kepada hakikat seorang hamba, hamba yang lemah dan ada batasan tertentu yang tidak mampu dilangkauinya. Hidup dan mati, sihat mahupun sakit semuanya di luar batasan kuasa seorang manusia. Namun, kita tidak boleh berhenti dari berusaha. Walaupun tidak mampu untuk merawat pesakit tersebut, usaha untuk 'symptoms relieve' dan 'prolonged life as much as possible' merupakan usaha,usaha seorang hamba sebelum dipanggil kembali selama-lamanya.
Masa yang sedikit itulah merupakan peluang untuk muhasabah diri sedalam-dalamnya. Melihat kepada kehidupan yang telah dilalui, menghitung amalan kebaikan, kesalahan , memohon kemaafan, menyayangi ahli keluarga,sahabat handai buat sekelian kalinya. Agar apabila kelak Izrail datang, diharapkan jiwa pergi dengan penuh ketenangan. Itulah keadilan yang cuba ditegakkan.
Dahulunya ingin menjadi dermatologist,pakar kulit, kini ingin menjadi paedatrician, pakar kanak-kanak dan hari ini berkira-kira untuk menjadi pakar dalam palliative care. Mengapa? sedangkan tiada apa yang mampu dilakukan malah sering berdepan dengan kematian.pada saya itulah alasannya. bersama-sama pesakit untuk muhasabah segala tindakan, sama-sama menambah amalan di hari-hari terakhir kehidupan agar kelak bila dipanggil, jiwa pergi dalam redha dan ketenangan.
Ibn Mas’ud berkata, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Siapakah Mukmin utama? Jawab Nabi SAW: Yang terbaik budi akhlaknya. Dan Mukmin yang manakah yang terkaya? Jawab baginda: Yang banyak ingat mati, dan baik pula persediaannya.”
p/s: memang serius nak jadi menteri pendidikan, maybe menteri kesihatan, either or I want to be on the top to change the world by changing the people. but still, em... nak juga jadi isteri dan ibu yang mithali. gi mana ni?
'Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.' (An-Nahl:90)

Comments
Post a Comment