Hari ini bank holiday
Alhamdulillah, niat di hati ingin merasa sakit ditunaikan olehNYA setelah berbulan lamanya hidup sihat ceria sentiasa. Moga menjadi kifarah diri.Ameen.
Tempat: Dalam perjalanan pulang ke Sunderland drp Newcastle menggunakan metro
Watak: 2 budak perempuan,adik beradik dan seorang ibu
Cerita: Metro penuh hari ini kerana cuti umum di seluruh UK atau 'Bank Holiday' kenapa digelar begitu saya tidak begitu pasti kerana banyak versi cerita yang didengari tapi itu tidak penting. Fokus kita kepada keluarga ini.
Hanya ada dua tempat duduk, satu diberikan kepada ibunya dan satu lagi adiknya. Kemudian... 'Kakak marilah duduk dengan adik' si adik bergerak ke tepi,meribakan kotak patung yang dibelikan ibunya, masing-masing mendapat satu. Si kakak duduk di sebelah adiknya, saling mengecilkan diri untuk keselesaan masing-masing.
'Siapa nak makan coklat?' tanya si ibu. 'Saya!' Saya!' Jawab dua anaknya, si ibu membuka plastik yang membaluti coklat tersebut dan memberikan dahulu kepada anaknya dan kemudian si ibu memasukkan tiga baris coklat ke dalam mulutnya. Barangkali kepenatan membeli belah bersama-sama anaknya. Kemudian si ibu meninggalkan sebaris lagi coklat yang masih ada untuk dua anaknya walaupun si anak sudah cukup senyap kerana kekenyangan. Namun kerana fitrah seorang ibu itu, 'Tidak mengapa jika perutku masih kosong asalkan anak-anakku penuh diisi buat tumbesaran mereka.Biarlah tiap lelah dan payah ku memberikan kebahagiaan kepada mereka walaupun diri ku diselubungi kesedihan dan seribu pengorbanan.'
'Ibu, saya nak buka patung tu nak main,jauh lagi nak sampai ke rumah,boleh tak? tolonglah ibu!' kata si kakak. Walau ibu cuba memujuk namun dia tahu hakikat seorang anak, sentiasa ingin diturut semua keinginannya. 'Bukalah.' jawab si ibu walau penat melayan kerenah si anak sehari suntuk. 'Ibu, bolehkah kita beli baju lain pula?nak tukar-tukarkan bajunya biar cantik'. 'Sudah tentu, nanti bila kita 'lapang' kita pergi ye.' Walau si ibu tahu wang bulan ini tinggal sedikit lagi untuk dibelanjakan namun ibu akan cuba. Ibu akan sentiasa mencuba untuk menggembirakan dan memberikan apa yang termampu kepada anak-anak ibu.Walaupun ibu terpaksa bekerja lebih masa dan bersengkang mata untuk anak-anak tercinta.
'Patung saya lebih cantik dari kamu!' kata si kakak. 'Tidak! saya punya lebih cantik.' bangkang si adik. Sudah! pertelingkahan kecil pula terjadi antara dua anak kecil ini.Si ibu tersenyum dan hanya mampu mengiyakan. Sabar. Tekun. Ikhlas. Kasih sayang. Adil. Itulah sifat seorang ibu tidak pernah melatah walau dunia seperti mahu pecah di hadapan matanya.
'Ayuh! dah nak sampai, mari simpan patung-patungnya!' Si anak tergesa-gesa menyimpan kembali patung yang dikeluarkan.Walaupun si adik cuba memujuk si ibu untuk terus memegang patungnya, namun ibu berjaya memujuk untuk mengelakkan perkara tidak diingini terjadi (budak kecil bisa saja untuk kehilangan barang yang dibeli). Itulah hikmahnya seorang ibu, memikirkan kemudahan jangka masa panjang untuk anak-anaknya. Biarlah pada pandangan anak-anaknya perbuatannya seperti dibenci dan tidak disukai namun akhirnya lihatlah! si anak pasti berterima kasih senantiasa pada ketegasan dan kebijaksanaan si ibu. Biar dibenci dan dipandang jelek oleh anaknya asalkan di akhir nanti mereka bahagia.
'the next station is sunderland'
'Pegang tangan ibu, nanti jatuh'. Walau tangan si ibu penuh dengan beg plastik barang-barang pilihan si anaknya. 'Ok, mari!'
-Tamat-
6 Mei 1950 - 6 Mei 2009 Sudah 59 tahun emak saya, Jumaah binti Othman dikurniakan nikmat kehidupan oleh Allah swt dan mengerah tenaga dan berpeluh menjaga dua orang anaknya
7 Mei 2009- Adik saya, Lailatulain binti Abbas bakal mengambil peperiksaan akhir di kolej persediaannya, University of Notts, Semenyih
Dua tarikh penting dalam kehidupan dua manusia yang penting dalam kehidupan saya. Namun atas kelemahan diri dan kekangan masa saya tidak mampu mengirimkan kad sepertimana tahun sebelumnya kepada mereka. Maka saya tujukan coretan ini khas untuk mereka, dua insan yang saya sayangi anugerah Ilahi kerana cerita di atas mengingatkan saya kepada mereka.
Ain, adik kakak. Penawar duka, peneman sejati sejak dari kecil hingga kini kakak berlepas ke bumi asing ini. 23 tahun kehidupan kakak, adik kakak yang sorang ni sentiasa di sisi. Percayalah tiada rahsia antara kita :) Everyday i miss you!
Sedih,tawa,gembira dan benci bersama.Namun tiada apa yang kekal di dunia ini. Kakak pergi meninggalkan adiknya demi untuk membela nasib keluarga,agama dan negara.Aku sedar bila mana diri rasa diperlukan aku tiada untuk mengubat luka.Kadangkala rasa 'selfish' melepaskan tanggungjawab menjaga ke dua ibu dan bapa padanya.Namun percayalah perginya kakak untuk manfaat kita semua, bukan hanya di dunia namun di akhirat sana dengan izin NYA. Hanya doa dan pengharapan sepenuhnya kepada Sang Pencipta mampu kakak berikan. Kerana aku yakin DIA lah yang Maha Melindungi lagi Kaya. Kakak harap, Allah permudahkan semua urusan adik kakak, menjawab soalan dengan penuh ketenangan, diberi kefahaman dan diberkati setiap usaha Ain. Kakak sayang Ain. Moga Allah sampaikan semangat ini pada adik kakak nun jauh di sana.Ameen.
Mak! sayang mak.
Setiap pengorbananmu tidak mungkin anakmu ini balas. Doaku moga Allah membalas setiap titis usaha dan pengorbanan mak setimpalnya. Moga ema dapat menjadi anak yang soleh permata keluarga. Ameen. Mak, rindu sangat dengan mak, belaian seorang ibu, nasihat bernilai seorang mak. Kata-kata sokongan seorang 'peminat' yang tidak pernah jemu memberi sepenuh perhatian.Moga Allah mengurniakan syurga dan pertemuan denganNYA berkat kesabaran seorang ibu itu.ameen
Marilah semua, sayangilah insan-insan yang telah Allah kurniakan dalam hidupmu, kerna pasti dan pasti mereka melengkapkan hidupmu dan cahayaNYA dipancarkan kepadamu melalui kehadiran mereka. Hargailah selagi hayatnya ada, kenangilah pengorbanannya dengan menjadi hamba-hamba yang soleh di bumi Tuhan.
P/s : sayang E juga! :)

Comments
Post a Comment