Kenapa?

Sungguh, hidup ini takkan lepas dari dugaan...

bila rasa telah mampu menaiki kembali tangga kehidupan

disentak lagi

ya Allah sungguh aku rasa tiada upaya

kini

hanya Engkau satu-satunya

tempat pohon berteduh

mengapa diri ini begitu lemah...

sedang membenci kelemahan dan kekecewaan ini, segalanya telah ditentukan

itu hakikat kehidupan

lakukan
teruskan
usahakan
jangan berpaling

bukan redha manusia yang engkau inginkan

MATI juga seditik cuma
mampu mengetuk pintu ini bila-bila masa

lemas
penat
keliru

ujian ini takkan pernah berakhir hingga aku betul mengerti
apa yang cuba disampaikan oleh Ilahi
walau tarbiyyah ini amat pedih untuk aku hadapi

ya Allah bantulah hambaMU ini
mencari kekuatan
sebelum pulang bertemu Yang Hakiki

dua hijrah ini hadiah paling bernilai pernah diri ini miliki,
jangan pernah dirampas kembali,
walau akhirnya aku sendiri.....

'Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).' (2:214)

Comments

Popular posts from this blog

me amazing roommate

Pena telah diangkat dan dakwat telah kering

Sederhana itu kunci kebahagiaan