Kahwin

Berat sungguh sebenarnya hendak menulis berkenaan hati, cinta, suka ataupun hakikat sebenarnya duka?

Senang sungguh untuk saya berkata mengenai cinta NYA kerana ianya suatu yang pasti, suatu yang cuba untuk saya kejari dan merupakan matlamat utama kehidupan ini. Suatu hakikat yang haq dan tiada guna untuk menidakkan perasaan 'tunduk' dan 'lemah' kepadaNYA. Namun tidak dinafikan topik inilah yang menjadi topik terhangat masa kini, mungkin kerana kebanyakan sahabat akan menghabiskan pengajaran masing-masing julai ini. Perkahwinan pula merupakan suatu lagi tangga kehidupan selepas itu. Namun,tidak bagi saya,kahwin merupakan perkara asing kerana saya adalah saya. Tetapi bilamana persekitaran sibuk membincangkan isu ini,saya jadi terpanggil, atau mungkin lebih tepat lagi ber FIKIR mengenainya menjadikan saya bukan saya. Atau adakah saya menjadi diri saya sebenarnya? (berjayakah saya membuat sahabat semua keliru? ;) )

Mengapakah Allah menciptakan kita berpasang-pasangan? Dulu saya pernah berfikir tidak mengapa sekiranya saya tidak berkahwin sehingga tua, kata orang-orang tua akan digelar andartu. Saya dapat menyumbang lebih banyak kepada mak,ayah yang banyak berkorban, untuk agama dan saya juga insyaAllah berhajat untuk menjadi doktor sukarela dan mengembara ke Palestine,Sri Lanka, Nigeria dsbnya untuk membantu saudara kita di sana. Telah cukup baik rancangan saya, kiranya, tetapi kemudian terdetik fitrah yang Allah tetapkan, yakni tidak inginkah diri mempunyai teman di sisi? berjuang bersama-sama dan saling menguatkan. Allah juga telah bersabda yang bermaksud:

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu suami-isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan".
(Surah Ar-Rum 30:21)

'Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur' (Al-Araf:189)

Lengkap dan tepat sekali jawapan Sang Pencipta kepada mengapa kita diciptakan berpasang-pasangan agar tenteram hati dan mewujudkan zuriat dari keturunan yang suci. Untuk memenuhi fitrah yang telah Allah berikan kepada setiap hamba-hambaNYA, berkasih sayang, yang juga merupakan kunci kepada sebuah keluarga bahagia.

Imam Al-Ghazali berpendapat bahawa dengan berkahwin seseorang itu dapat menjaga agama dan akhlaqnya. Pelbagai lagi hujjah yang boleh digunakan mengenai tuntutan berkahwin, Rasulullah saw juga telah bersabda, "Seseorang yang menikah telah menenangkan separuh agamanya. Maka hendaklah ia bertakwa kepada Allah dengan menjaga separuh yang lain."

Ya, memang tiada guna menafikan kahwin itu penting. Tetapi bila,siapa mahupun di mana itulah yang menjadi suatu 'hukuman' buat diri, penantian itu memang suatu penyiksaan. Namun, yakinlah Allah takkan pernah menzalimi hamba-hambaNYA, DIA akan memberikannya bilamana telah sampai waktunya, dengan orang yang terbaik untuk diri kita dan ketika itulah penantian itu dirasakan suatu nikmat.

Setiap hambaNYA telah ditetapkan pasangannya oleh Yang Mengetahui dan kita semua percaya dengannya bukan? Semua juga yakin atau mungkin sekurang-kurangnya berharap agar akan ada 'seseorang' yang ditakdirkan untuk kita.Saya juga begitu. Namun, sekiranya kita tidak mampu bersabar dan terburu-buru mencari pasangan yang tidak sah, dipandang hina di sisi Tuhan dan dicela makhluk ciptaanNYA mungkinkah Allah akan mengubah ketentuanNYA yang terbaik itu menjadi kurang baik, atau mungkin paling buruk? Kerana Allah telah berjanji dalam surat cintaNYA yang bermaksud:

'(Azab seksa) yang demikian itu ialah disebabkan perbuatan yang telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri dan (ingatlah), sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya.' (Al-Imran:182)

'Kebahagiaan yang sementara' yang kita inginkan lantaran terpedaya dengan nafsu dan tipu daya syaitan telah mengorbankan kebahagiaan hakiki yang mungkin kita miliki sekiranya kita mampu bersabar. Allah tidak pernah menzalimi hambaNYA maka telah DIA beritakan apakah caranya untuk bersabar,

'Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; oleh itu, sembahlah engkau akan Dia dan bersabarlah dengan tekun tetap dalam beribadat kepadaNya; adakah engkau mengetahui sesiapapun yang senama dan sebanding denganNya?' (Maryam:65)

... bersabarlah dengan tekun tetap dalam beribadat kepadanya, be it through solat,puasa,jihad ilmu ini malah apa jua dalam seluruh kehidupan mu. InsyaAllah akan dikurniakan bantuan Allah sepertimana janjinya yang bermaksud:

'Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar' (Al-Baqarah:153)

Wahai sahabat, adik-adik yang saya sayangi, kitalah wanita yang Allah berikan pelbagai keistimewaan dan juga nilaian yang tinggi harganya di hadapanNYA. Kitalah yang mempunyai jalan paling mudah untuk ke syurga sekiranya kita berIMAN dan berAMAL dengan AGAMA dan UNDANG-UNDANG Allah swt. Akankah kita menolak sekiranya diberikan promosi 2 in 1 di kedai-kedai? Bayangkan 'promosi' yang Allah kurniakan ini adalah 'promosi' paling hebat yang pernah diberikan, dan ianya diberikan kepada wanita,kita!
" … seandainya salah seorang wanita penduduk Syurga menengok penduduk bumi niscaya dia akan menyinari antara keduanya (penduduk Surga dan penduduk bumi) dan akan memenuhinya bau wangi-wangian. Dan setengah dari kerudung wanita Syurga yang ada di kepalanya itu lebih baik daripada dunia dan isinya." (HR. Bukhari dari Anas bin Malik radliyallahu 'anhu

Maka jagalah 'nilai harga' mu yang tinggi itu. Jadilah seperti mawar berduri yang indah,wangi dan menjadi rebutan ramai manusia tetapi awas durinya yang tajam mampu membuatkan si pemetiknya cedera. Hanya bagi mereka yang cukup layak sahaja akan diberikan mawar ini, hanya pemetik yang mempunyai 'alat' yang betul (gunting ke, apa2 la.hehe) yang mampu memetiknya. Jadikanlah iman dan akhlaq bajanya, ilmu dan amalan airnya untuk memastikan pokok mawar itu segar bugar. Jangan biarkan ianya mati kerana tidak dibajai atau disiram,atau mungkin juga hanya disiram tidak dibajai dan sebaliknya kerana ia tidak akan mampu menghidupkan pokok mawar yang indah berseri lagi segar bugar menjadi pujaan hati.

Dan sekiranya,wujud rasa tidak mampu menjadi mawar berduri seorang diri, yakinlah ada pagar yang mengelilingi, pagar bertahap 'laser' (macam cite detektif2 tu,d laser dlm bank smua) ,tingkat sekuriti paling tinggi, yang tidak mampu kita nampak tetapi pastinya ada, yakni Allah swt. Mohonlah kekuatan dan perlindungan dariNYA kerana DIA lah pelindung yang mutlak. Yakinlah! yakinlah wahai saudara sekaum ku, bahawa engkau hanyalah sekuntum mawar berduri, sekiranya layu mawar itu, tiada lagi nilaian hargamu dipasaran. Tiada siapa yang akan memetik mawar yang layu bukan? Dan sekiranya kita inginkan mawar yang sihat,ia memerlukan masa,usaha dengan dibajai dan disirami dan perlu kepada kesabaran. Begitulah juga kehidupan ini,

'Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.' (Al-Baqarah:164)

Saya juga wanita biasa, inginkan seorang insan yang boleh digelar suami, walau tiada kepastian mengenainya, mungkin ada mungkin tiada jodoh saya. Tidak sekali ingin menidakkan rasa ingin berpasangan itu, cuma satu pohon ku sebagai sahabat yang menginginkan kebaikan kepada teman-temannya, ber SABAR lah, jauhilah jalan-jalan terlarang kerana setiap tindakan kita akan diadili di hari akhirat yang pasti dan tiada yang dapat disembunyi.

Oleh itu,mari semua, mari kita jadi mawar berduri yang menantikan sang pemilik yang layak sahaja untuk memetiknya.Ayuh! demi untuk sebuah kehidupan yang abadi bersama pemilik cinta yang hakiki , insyaAllah.

p/s: jangan sensasikan mengapa saya tulis tajuk ini, sekadar muhasabah diri ;)
tak sabar nak jadi seorang ibu... do miss muhammad imran daniel dan sarah hana balqis

Comments

  1. ana uhibbuki fillah, ukhti.
    p/s jangan sensasikan mengapa saya tulis komen ini.lol;P

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pena telah diangkat dan dakwat telah kering

Being sick, stressful and thankful at the same time

Being alone