Ujian hadiah dari Tuhan

Alhamdulillah segala puji-pujian hanyalah bagiNYA.

Apabila diri rasa seperti telah memberikan sebaiknya, ketika itulah ujian menimpa,
Diri terasa kaku dan lemah, bagai jantung ditusuk panah,
Semangat terasa luntur,ku cuba untuk mengambilnya kembali namun tidak berjaya,
Diri cuba untuk lari dari kenyataan tetapi aku tetap kalah,
Hakikat ini perlu aku terima, bahawa keadaan telah berubah,
Tiada yang akan kekal selamanya, kerana masa sentiasa berjalan,
Wahai diri, inilah hakikat kehambaan, hakikat kehidupan,
Semakin cuba untuk engkau dekati semakin kuat ujian perlu ditempuhi,
Itu suatu janji yang pasti! engkau tidak akan mampu lari!
Tangis dan tawa, keluh dan kesah semuanya bukti kelemahan,
Agar aku sedar bahawa aku hanyalah hamba kepada 'seorang' Tuan.

Nanti bila aku melihat kembali semua ini,
Bila mana aku bermuhasabah detik kehidupan ini,
Pastinya aku bersyukur atas kurniaan indah Ilahi,
Kerana Allah tidak akan menzalimi hamba-hambaNYA,
Dan setiap kejadian ada hikmahnya tersendiri,
Malah tidak akan pernah hidup ini sunyi dari sebarang dugaan mahupun ujian,
Sama ada bila aku kehilangan atau bertemu matlamat pencarian,
Percayalah wahai diri,
Itulah sebahagian hadiah dari Tuhan,
Jika engkau bersabar dan bersyukur di atas segala nikmat* kehidupan.

*nikmat-segala limpah kurniaNYA,bukan kesenangan sahaja namun segalanya.

Mohon doa sahabat agar diberi kekuatan dan kemudahan dalam menempuh mehnah kehidupan.

Comments

Popular posts from this blog

Pena telah diangkat dan dakwat telah kering

Being sick, stressful and thankful at the same time

Being alone