Tribute to all 'pencari cintaNYA
Lagu dedikasi untuk sahabat semua, one of my favourite song. Kadang-kadang terfikir, kehidupan kita ini banyak berjalan dengan kita melihat ke belakang. Betapa setiap perkara yang berlaku pada masa lepas mempengaruhi, membentuk dan menyiapkan diri untuk masa depan. Namun, hanya pada mereka yang berfikir dan mengambil pelajaran sahaja sesuatu MUHASABAH itu akan memberikan kesan kepada kehidupan yang menanti di depan.
Dan itulah ajaranNYA. Untuk kita belajar dari setiap kesilapan. Untuk tidak mengulangi kembali segala salah dan silap yang dilakukan. Itulah konsep TAUBAT.
'Home,love,family'... keperluan seorang manusia, tuntuntan dariNYA untuk menjaga hubungan sesama manusia terutamanya ibu dan bapa.Seseorang itu walau jauh mana ditujuinya akan kembali juga kepada asalnya.Itulah FITRAH dan 'home'' bagi seorang muslim itu adalah AKHIRAT yang kekal selamanya.Mulianya kita dan bezanya kita kerana kita ada AL-QURAN & AS-SUNNAH dan itulah yang akan menyelamatkan kita untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.
HATI itu raja bagi manusia, baik hati seseorang itu maka baiklah anggotanya, sabda baginda Rasulullah saw. Ikutlah kata hati dan bukannya nafsu yang durjana lagi menipu. Itulah rahsia kehidupan di dunia ini. Jagalah fitrah yang telah Allah swt titipkan pada setiap hamba-hambaNYA dan jagalah amanah yang dikurniakan itu.
lagu yang bukan nasyid pun dapat mengingatkan kita kepada NYA kan
Sahabat, berkelanalah semua ke mana jua, capailah segala impian dan keinginan yang tersemat dalam hatimu. Namun letaklah Allah di hati walau apa jua keadaannnya. Moga dengannya, tercapailah cita-cita tertinggi seorang hamba untuk bertemu dengan Penciptanya.

Comments
Post a Comment