Posts

Showing posts from May, 2009

Pengalaman berharga, menyuntik semangat anak muda

Alhamdulillah, semalam saya telah berpeluang berbual dengan Ustazah Jamilah Ibrahim dan banyak sungguh nasihat dan semangat yang terkesan di hati dan insyaAllah akan cuba saya garapkan di sini. 'Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.' (Al-Baqarah:269) Pengalaman; hikmat kebijaksanaan merupakan hikmat; nikmat dari Allah swt dan hanya bagi mereka yang berfikir maka bergunalah ianya bagi diri mereka. Moga perkongsian ini bermanfaat buat diri saya yang masih mentah dalam dunia ini dan menjadi bekalan sepanjang jalan dalam mencari redha Allah swt ini dan sahabat semua. Tugas dakwah merupakan amanah dan tugas yang mulia dari seorang Tuan kepada hambanya, namun tidak semua hambaNya se

Drama Kahfi

Sila klink link di bawah http://www.iluvislam.com/v1//readarticle.php?article_id=1683 Sama-sama hayati dan ambil iktibar darinya bukan hanya sekadar menonton, namun ber FIKIR yang akan membawa kepada ZIKIR, insyaAllah

An email from my dearest

I cried and nothing else should be said. Sayang Lailatulain, ya Allah Engkau kukuhkan hubungan kami, redha lah dengan kami, lorongkan kami pada jalanMU moga kami menjadi permata hati buat keluarga.ameen The only one that can truly finishes my sentences, reads my mind and gives great advices for the little ol' me. She does not gives me what I want but gives me exactly what I needed because she knows how I am. She has been with me since the day I was born and even though we might not see eye to eye on everything but you sure do know how to make everything less complicated. Her faith in me is beyond this world and that faith of hers makes me feel more guilty than ever if I did anything stupid. I don't fear her, I just don't want her to be disappointed in me. In my eye, she's a role model, the one I had always wanted to be like. She manage to make me cry in seconds without much effort. She wrote a poem for me, once, I cried for the whole night. It was the sweetest thing any

Perjuangan ini

Allah telah arahkan hambaNYA menegakkan amar ma'ruf nahi mungkar Jalan ini pasti sukar untuk ditempuhi Tiada jalan pintas dan pasti ada yang tersungkur berdepan ujian Tetapi itu bukan jalan mudah untuk putus asa dan terus berduka Perlu untuk bangkit, gagahkan kembali diri yang bernama hamba ini. Kononnya menggelar diri seorang dai'e, tetapi betulkan telah dipenuhi semua tanggungjawab yang dipikul ini? Sahabat,ayuh kita renungkan, mengapa kita diturunkan ke bumi ini? 'Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.' (Ad-Dzariyat:56) 'Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani' (Al-Anaam:165) Setiap langkah dan helaan nafas perlu menjadi ib

Kenapa?

Sungguh, hidup ini takkan lepas dari dugaan... bila rasa telah mampu menaiki kembali tangga kehidupan disentak lagi ya Allah sungguh aku rasa tiada upaya kini hanya Engkau satu-satunya tempat pohon berteduh mengapa diri ini begitu lemah... sedang membenci kelemahan dan kekecewaan ini, segalanya telah ditentukan itu hakikat kehidupan lakukan teruskan usahakan jangan berpaling bukan redha manusia yang engkau inginkan MATI juga seditik cuma mampu mengetuk pintu ini bila-bila masa lemas penat keliru ujian ini takkan pernah berakhir hingga aku betul mengerti apa yang cuba disampaikan oleh Ilahi walau tarbiyyah ini amat pedih untuk aku hadapi ya Allah bantulah hambaMU ini mencari kekuatan sebelum pulang bertemu Yang Hakiki dua hijrah ini hadiah paling bernilai pernah diri ini miliki, jangan pernah dirampas kembali, walau akhirnya aku sendiri..... 'Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepa

Untuk adik kakak yang tersayang,Lailatulain Abbas

Together we have grow up, In me there is 23 years worth of life, While with you it consist 19 years of my life, You losing only 4 years of my little life, Hence there is no secret between us. At 20 years I depart from my other half, Leaving her so she will be able to shape her own colors, Seeing her fly while missing her smile, Regret always been a men best friend, But shall we not made that a promise my dear little one? Please do remember, No matter how far I am away from you, My prayer and thoughts will always be near, So please do remember that I am always here. My dear little 'angel', Please take very good care for yourself, Guide HIM so HE will shield you from the world, Find HIS mercy in those who has given the gift of life to you. What I cannot change and has changed can never be undone, That is what's written and nothing I can do apart to ask for forgiveness from you, So please do remember, In whatever you do HE will care for you, And I will be with you when the tim

Kahwin

Image
Berat sungguh sebenarnya hendak menulis berkenaan hati, cinta, suka ataupun hakikat sebenarnya duka? Senang sungguh untuk saya berkata mengenai cinta NYA kerana ianya suatu yang pasti, suatu yang cuba untuk saya kejari dan merupakan matlamat utama kehidupan ini. Suatu hakikat yang haq dan tiada guna untuk menidakkan perasaan 'tunduk' dan 'lemah' kepadaNYA. Namun tidak dinafikan topik inilah yang menjadi topik terhangat masa kini, mungkin kerana kebanyakan sahabat akan menghabiskan pengajaran masing-masing julai ini. Perkahwinan pula merupakan suatu lagi tangga kehidupan selepas itu. Namun,tidak bagi saya,kahwin merupakan perkara asing kerana saya adalah saya. Tetapi bilamana persekitaran sibuk membincangkan isu ini,saya jadi terpanggil, atau mungkin lebih tepat lagi ber FIKIR mengenainya menjadikan saya bukan saya. Atau adakah saya menjadi diri saya sebenarnya? (berjayakah saya membuat sahabat semua keliru? ;) ) Mengapakah Allah menciptakan kita berpasang-pasang

Buat sahabat yang bakal menempuh the FINAL exam

Image
Dedikasi khas buat sahabiah yang akan berdepan dengan ujian peperiksaan sebelum pulang dengan segulung ijazah. Tiada apa yang mampu diberikan hanyalah kata-kata semangat dan doa buat pengganti diri. Masa depan penuh dengan kekaburan dan ketidakpastian, Kadang diri menjadi terlalu takut untuk memikirkan, Dan terkadang bagai ingin berdiam dan membiarkan, Tiada tindakan tiada perubahan, Jika itulah makna kehidupan, Pasti Tuhan tidak menciptakan. Sedarlah, Kitalah hamba yang terpilih dari setitis air mani yang hina dan kemudian diberi keistimewaan, Bermula pabila kaki melangkah ke bumi yang penuh dengan kesedihan, Untuk menuju ke negeri abadi yang penuh kepastian, Jangan pernah lupa kehidupan ini hanyalah sebuah penantian, Maka diri perlu terus melangkah dalam sebuah pencarian, Mencari kekuatan dalam setiap dugaan dan ujian, Menyingkap hikmah dari setiap kejadian. Buat sahabat seperjuangan, hadiah terindah buat hambaNYA dari Tuhan yang tidak pernah meninggalkan, Sejak dari saat penghijraha

Ujian hadiah dari Tuhan

Alhamdulillah segala puji-pujian hanyalah bagiNYA. Apabila diri rasa seperti telah memberikan sebaiknya, ketika itulah ujian menimpa, Diri terasa kaku dan lemah, bagai jantung ditusuk panah, Semangat terasa luntur,ku cuba untuk mengambilnya kembali namun tidak berjaya, Diri cuba untuk lari dari kenyataan tetapi aku tetap kalah, Hakikat ini perlu aku terima, bahawa keadaan telah berubah, Tiada yang akan kekal selamanya, kerana masa sentiasa berjalan, Wahai diri, inilah hakikat kehambaan, hakikat kehidupan, Semakin cuba untuk engkau dekati semakin kuat ujian perlu ditempuhi, Itu suatu janji yang pasti! engkau tidak akan mampu lari! Tangis dan tawa, keluh dan kesah semuanya bukti kelemahan, Agar aku sedar bahawa aku hanyalah hamba kepada 'seorang' Tuan. Nanti bila aku melihat kembali semua ini, Bila mana aku bermuhasabah detik kehidupan ini, Pastinya aku bersyukur atas kurniaan indah Ilahi, Kerana Allah tidak akan menzalimi hamba-hambaNYA, Dan setiap kejadian ada hikmahnya tersend

Tribute to all 'pencari cintaNYA

Lagu dedikasi untuk sahabat semua, one of my favourite song. Kadang-kadang terfikir, kehidupan kita ini banyak berjalan dengan kita melihat ke belakang. Betapa setiap perkara yang berlaku pada masa lepas mempengaruhi, membentuk dan menyiapkan diri untuk masa depan. Namun, hanya pada mereka yang berfikir dan mengambil pelajaran sahaja sesuatu MUHASABAH itu akan memberikan kesan kepada kehidupan yang menanti di depan. Dan itulah ajaranNYA. Untuk kita belajar dari setiap kesilapan. Untuk tidak mengulangi kembali segala salah dan silap yang dilakukan. Itulah konsep TAUBAT. 'Home,love,family'... keperluan seorang manusia, tuntuntan dariNYA untuk menjaga hubungan sesama manusia terutamanya ibu dan bapa.Seseorang itu walau jauh mana ditujuinya akan kembali juga kepada asalnya.Itulah FITRAH dan 'home'' bagi seorang muslim itu adalah AKHIRAT yang kekal selamanya.Mulianya kita dan bezanya kita kerana kita ada AL-QURAN & AS-SUNNAH dan itulah yang akan menyelamatkan kita

Perak,Palliative care dan ....

'Katakanlah: Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara) dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Dia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya)' (Al-Araf:29) Adil itu lawannya zalim. Zalim bermakna meletakkan sesuatu itu pada tempat yang tidak sepatutnya yakni berlawanan dengan adil. Saya lebih gemar memberi definisi adil itu sepertimana di atas kerana ia amat jelas, terang lagi bersuluh apakah itu adil,harap-harapnya sahabat semua faham. Seorang pemimpin itu perlu sentiasa adil. Pemimpin bukanlah tertakluk bilamana saya dan anda memegang jawatan 'pengarah' sebuah persatuan mahupun perdana menteri sebuah negara tetapi setiap dari diri adalah pemimpin sepertimana baginda Rasulullah saw telah bersabda: 'Kamu semua adalah pemimpin dan kamu

Selamat tinggal dunia

Image
Wadaan - Izzatul Islam Selamat tinggal wahai dunia duka Dan selamat datang wahai dunia iman burung yang patah sayapnya Takkan mati karena lukanya Wahai hatiku yang sedih perangainya Sungguh kesedian itu telah meninggalkan diriku ‘Kan terbang aku kedunia cinta Karena aku seorang muslim yang membumbung dengan iman Gelarku adalah muslim dan itu cukup bagiku Aku termasuk kedalam tentara keimanan Al Qur’an adalah cahaya dan sinar Islam adalah kecintaan dan kerinduanku Dekaplah wahai dunia kesucian Sehingga sentuhan kasihmu menemui perasaanku Temanku adalah kebersiahan dan kesucian Pahlawan tentara ar Rahman Dibawah naungan agama aku hidup Untuk menebus keislamanku yang nyaris sirna Sehingga aku menjadi khalifah di dunia Dan mengibarkan tinggi - tinggi panji Al Qur’an Wada'an,selamat tinggal wahai duka. Mengapakah begitu sekali gelaran kepada dunia ini? Sang pujangga agama,wali-waliNYA juga turut duka cita dengan keadaan