Selamat tinggal dunia


Wadaan - Izzatul Islam

Selamat tinggal wahai dunia duka

Dan selamat datang wahai dunia iman

burung yang patah sayapnya

Takkan mati karena lukanya

Wahai hatiku yang sedih perangainya

Sungguh kesedian itu telah meninggalkan diriku

‘Kan terbang aku kedunia cinta

Karena aku seorang muslim

yang membumbung dengan iman

Gelarku adalah muslim dan itu cukup bagiku

Aku termasuk kedalam tentara keimanan

Al Qur’an adalah cahaya dan sinar

Islam adalah kecintaan dan kerinduanku

Dekaplah wahai dunia kesucian

Sehingga sentuhan kasihmu menemui perasaanku

Temanku adalah kebersiahan dan kesucian

Pahlawan tentara ar Rahman

Dibawah naungan agama aku hidup

Untuk menebus keislamanku yang nyaris sirna

Sehingga aku menjadi khalifah di dunia

Dan mengibarkan tinggi - tinggi panji Al Qur’an


Wada'an,selamat tinggal wahai duka.
Mengapakah begitu sekali gelaran kepada dunia ini? Sang pujangga agama,wali-waliNYA juga turut duka cita dengan keadaan dunia dan isinya. Saya cuba untuk mengerti alasan disebalik lagu ini yang saya rasa amat dekat sekali dengan keadaan diri ini dan mungkin sahabat sekalian.


'Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?' (Al-Anaam:32)


Begitulah kata sang pencipta seluruh semesta, pemilik setiap jiwa yang lebih memahami hakikat penciptaan manusia. Bahawa hidup di dunia ini hanyalah tidak melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan. Cuba kita ambil obsesi manusia dengan hiburan,contohnya cerita jepun? komik-komik? Setelah melihat satu episod drama yang ditayangkan pasti ingin untuk melihat apa yang berlaku seterusnya. Waktu solat ditunda, bukan itu sahaja makanan juga dijamu bersama cerita yang digilai. Apa sahaja dilakukan untuk mengikuti perkembangan cerita, pelakon malah adat dan cara hidup cerita berkenaan. Kemudian, setelah selesai satu cerita, cerita lain pula dinanti,dicari malah sanggup untuk membelanjakan sejumlah wang untuk memenuhi keinginan nafsu akibat lalai dan lupa natijah dari kerberjayaan hasutan syaitan durjana.

Mungkin itu contoh yang kurang berkesan namun saya rasa terpanggil untuk memberikan contoh tersebut kerana masa ini, rata-rata muda mudi begitu obses dengan hiburan, sehingga lupa diri telah lalai melaksanakan amanah kehidupan dan untuk mengingatkan diri jua yang sering lupa. Tapi jika kita ambil contoh harta yang saya pasti semua arif betapa bahayanya racun harta ini dalam kehidupan manusia. Semakin dikejar semakin rasa tidak cukup. Semakin bertambah wang di kocek, semakin besar perbelanjaannya. Akhirnya, bila ajal memanggil, tiada harta yang dibawa. Hanya dibalut sehelai kain putih tiada nilai di hadapan mata sebelumnya.

Itulah hakikat kehidupan, suatu permainan yang sia-sia. Di dalam liang lahad kelak tiada apa yang akan dibawa dan kematian itu pasti.Tiada siapa yang dapat lari.

Allah swt menyambung 'dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa.'. Itulah janjinya, membenarkan risalah Nabi Muhammad saw mengenai hari akhirat yang menjadi impian hamba-hambaNYA yang ikhlas,tunduk dan patuh pada Raja segala raja. Kepercayaan luar biasa bagi mereka yang mendapat karunia NYA. Rasulullah saw sering kali memberitakan mengenai hari abadi itu kepada sahabat-sahabatnya untuk memberi semangat dan meneguhkan iman dalam hati-hati mereka. Untuk mengingatkan jiwa yang mudah lupa bahawa kita di dunia biarlah tiada apa, korbanlah seluruh harta dan jiwa kerana di akhirat nanti ada 'dunia' yang lebih kekal dan indah. Agar dunia diletakkan di tangan mereka dan akhirat terpahat kuat dalam hati.

Namun itu semua hanya bisa terlaksana sekiranya kita menjadi hambaNYA yang bertaqwa. ya sahabat! sepertimana jika kita menginginkan apa juga di dunia ini, harta, bahagia? perlu ada usaha bukan. Maka itu jugalah sunnatullah NYA. Bagi mereka yang inginkan kebahagiaan akhirat yang abadi perlu ada usaha,pengorbanan, jual beli dan bukti kita berhak untuknya.

Apa itu taqwa? Pernah suatu ketika Saidina Umar Al-Khattab bertanya pada Ubay bin Kaab mengenai apa itu taqwa. Lalu Ubai bertanya kepada Umar : “Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri ? Jawab Umar: “Ya”. Tanya Ubai lagi: “Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?”.Jawab Umar : “Aku melangkah dengan waspada dan berhati-hati”. Balas Ubai : “Itulah yang dikatakan taqwa”

Rasulullah s.a.w. pernah menjelaskan hakikat taqwa dengan sabda baginda :


أَنْ يُطَاَع فَلا يُعْصَى وَ أَنْ يُذْكَرَ فَلا يُنْسَى وَ أَنْ يُشْكَرَ فَلا يُكْفَرَ
“Mentaati Allah dan tidak mengingkari perintahNya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupainya, bersyukur kepadaNya dan tidak mengkufuri nikmatNya”.

( Riwayat Imam Bukhari dari Abdullah bin Abbas rha. )

Itulah taqwa. Mungkin pemahaman saya, ia juga bermaksud berjiwa kehambaan senantiasa lantaran yakinnya Allah swt sentiasa bersama-sama hamba-hambaNYA. Kenal erti kehambaan memupuk ketaqwaan! :) insyaAllah.

'Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?' sekelompok manusia yang hanya menurut sahaja apa yang dikata seperti lembu dicucuk hidung akan sentiasa berada dalam kerugian,kesesatan dan akhirnya keletihan dan berhenti dari berfungsi. Mengapa saya katakan sebegitu rupa? Mereka ini sentiasa rugi dan sesat kerana akan sering kali tertipu dan dijadikan mangsa keadaan. Akhirnya mereka letih dipermainkan oleh dunia dan membuat keputusan untuk menjadi pemerhati dan 'dungu' .

Contohnya sebuah syarikat yang mempunyai seorang pengarah yang amatlah hebat mempunyai pengikut yang amatlah hebat dengan kesetiaannya. Disuruh lompat,dia lompat, disuruh makan dia makan, disuruh menipu dia tipu juga walau tahu itu dosa. Apabila syarikat hampir muflis akibat kerja penipuan yang dilakukan diketahui pelanggannya, masing-masing hanya tertunduk. Pengikut setia hanya menanti arahan dari si pengarah yang kononnya cerdik pandai. Si pengarah yang cerdik pandai pula melarikan diri melesapkan semua wang syarikat dan si pengikut setia hanya mampu menepuk-nepuk tangannya dan menangisi nasib diri. Akhirnya hilang kerja,hilang keyakinan diri, hilang maruah di mata masyarakat dan terperap dalam rumah menyesali apa yang terjadi.

Itulah kebergantungan yang amat pada manusia yang banyak cacat celanya. Sedangkan Allah menggalakkan manusia berfikir! berfikir bahawa kebergantungan yang mutlak hanyalah kepada yang Maha Sempurna, Maha Kuasa! tiada memerlukan sesiapa, hanya satu tiada dua! Dan hanya kepada orang yang berfikir akan diberikan jalan-jalan menujuNYA kerana mereka yang bagai lembu dicucuk hidung biasanya tidak tetap pendirian dan goyah pegangan kerana tiada hujah yang meyakinkan setiap tindakan.

Oleh itu, marilah sahabat, kita hayati lagu ini, lagu yang memberi seribu makna bagi hamba-hambaNYA yang inginkan redhaNYA. Marilah, tinggalkan dunia yang penuh kedukaan, sambutlah dunia keimanan

Gelarku adalah muslim dan itu cukup bagiku
Aku termasuk kedalam tentara keimanan
Al Qur’an adalah cahaya dan sinar
Islam adalah kecintaan dan kerinduanku

Comments

Popular posts from this blog

Pena telah diangkat dan dakwat telah kering

Being sick, stressful and thankful at the same time

Being alone