Posts

Showing posts from July, 2010

Usaha bukan menghukum-Ustaz Hasrizal

"dan hendaklah engkau merendahkan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: 'Wahai tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil" (al isra' :24) Biar kejam seorang bapa, biar cuai seorang ibu Mahupun busuk seorang bapa biar kafir atau sundal sekalipun seorang ibu bukan anak yang bertindak menghukum mereka. Segala dosa ibu bapa, kecuaian mereka dan serba-serbi kesalahan dan kekurangan mereka, ibu bapa itulah yang akan bersoal jawab dengan Allah tentang peranan dan tanggungjawab mereka terhadap kita. Namun bagi seorang anak, tugas kita adalah untuk tetap menghormati, menjaga kebajikan,memelihara dan memenuhi keperluan mereka tatkala mereka dalam hajat yang diwajarkan syariat. "ibu bapa adalah pintu syurga paling tengah. Terserlah kepada kamu sama ada mahu mensia siakan pintu itu atau memeliharanya" (hadis riwayat Ahmad, At Tarmizi da

Semakin tersungkur

Assalamualaikum wbt buat blog yang telah lama tidak dikemas kini. Alhamdulillah,segala puji-pujian hanyalah pada pemilik seluruh alam yang Maha Sempurna. Walau hakikat diri ini hamba yang lemah dan penuh dosa, namun tidak sesekali DIA menarik nikmat-nikmat yang diberikan. Alhamdulillah. Beberapa hari lagi genap 2 bulan aku berada di tanah air. Peluang menghirup udara di bumi Malaysia amat menyegarkan, membuka minda kepada nikmatnya sinaran terik sang matahari, indahnya rintik-rintik hujan menimpa bumi yang hijau seluas mata memandang. SubhanaAllah, Maha Suci Tuhan Yang Mencipta. Ku kira, hati ini amat dekat pada sesuatu yang tetap, statik ... tiada keperluan memikirkan mengenai musim yang bakal berganti, kerana setiap perubahan musim pasti membawa kepada keperluan yang berbeza termasuklah pakaian, makanan, jadual waktu solat dan aktiviti lain. Berbeza dengan kehidupan di sini, semuanya kekal seperti hari sebelumnya, hanya diri bertindak sebaiknya menjadikan setiap waktu lebih baik dari