Semakin tersungkur
Assalamualaikum wbt buat blog yang telah lama tidak dikemas kini.
Alhamdulillah,segala puji-pujian hanyalah pada pemilik seluruh alam yang Maha Sempurna. Walau hakikat diri ini hamba yang lemah dan penuh dosa, namun tidak sesekali DIA menarik nikmat-nikmat yang diberikan. Alhamdulillah.
Beberapa hari lagi genap 2 bulan aku berada di tanah air. Peluang menghirup udara di bumi Malaysia amat menyegarkan, membuka minda kepada nikmatnya sinaran terik sang matahari, indahnya rintik-rintik hujan menimpa bumi yang hijau seluas mata memandang. SubhanaAllah, Maha Suci Tuhan Yang Mencipta.
Ku kira, hati ini amat dekat pada sesuatu yang tetap, statik ... tiada keperluan memikirkan mengenai musim yang bakal berganti, kerana setiap perubahan musim pasti membawa kepada keperluan yang berbeza termasuklah pakaian, makanan, jadual waktu solat dan aktiviti lain. Berbeza dengan kehidupan di sini, semuanya kekal seperti hari sebelumnya, hanya diri bertindak sebaiknya menjadikan setiap waktu lebih baik dari sebelumnya.
Namun semuanya berbeza kini. Semakin dewasa diri ini semakin berat rasanya beban yang terpikul. Dan, semakin jauh jua aku rasakan dari penghujung jalan ini. Tiada lagi peneman yang setia di sisi, menjadi pendengar setia, memberi kata-kata penguat semangat berdepan dunia yang penuh kekecewaan ini. Rindu, amat rindu ... namun aku sedar aku perlu berjuang seorang diri berbekalkan kekuatan yang telah dikumpulkan.
Jangan biarkan aku terus tersungkur ya Allah,
hanya padaMu aku memohon,
Penuh pengharapan,
Kerana diri ini hanyalah hambaMu yang hina dan lemah,
yang tulus mengharapkan hikmah dalam berdakwah,
Dalam dan pedih sungguh luka ini,
dan aku hanya mampu membalutnya tanpa merawat luka lama,
Jangan biarkan aku berputus asa,
Jangan biarkan aku terus dalam dilema,
Berikan aku kekuatan,
Jangan biarkan aku semakin tersungkur.
terus kuat ye ema, dambakan cinta ALlah, pasti ia tak bertepi. kehadiran manusia sebagai teman sepanjang jalan, pasti ada had nya.
ReplyDelete=) selamat berjuang.
Allah selalu ada