Perjuangan ini

Allah telah arahkan hambaNYA menegakkan amar ma'ruf nahi mungkar
Jalan ini pasti sukar untuk ditempuhi
Tiada jalan pintas dan pasti ada yang tersungkur berdepan ujian
Tetapi itu bukan jalan mudah untuk putus asa dan terus berduka
Perlu untuk bangkit, gagahkan kembali diri yang bernama hamba ini.

Kononnya menggelar diri seorang dai'e, tetapi betulkan telah dipenuhi semua tanggungjawab yang dipikul ini? Sahabat,ayuh kita renungkan, mengapa kita diturunkan ke bumi ini?

'Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.' (Ad-Dzariyat:56)

'Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani' (Al-Anaam:165)

Setiap langkah dan helaan nafas perlu menjadi ibadat kerana itu tujuan manusai diciptakan. Bukan hanya ketika berdepan denganNYA ketika solat,puasa dsbnya kerana itu hanyalah 'ritual' nya, tindakan langsung yang wajib dari seorang hamba kepada Tuannya. Hak kepada pemilik diri ini perlu ditunaikan setiap saat dengan sentiasa mengamati jiwa kehambaan. Dalam setiap perbuatan, perkataan dan niat hanyalah keranaNYA.

Khalifah... pemimpin gelaran yang bukan calang-calang diberikan kepada manusia. Bukan hanya bila digelar pengarah, perdana menteri, ketua kelas sahaja tetapi setiap saat kita adalah pemimpin kepada diri sendiri. Memimpin diri memilih dan membuat keputusan yang terbaik untuk membuktikan cinta seorang kekasih. Memandu diri dalam setiap tindakan agar tidak jauh dari kebenaran kerana seorang pemimpin perlu benar dan adil. Pemimpin mempunyai keputusan 'veto' mutlak dalam hidupnya dan boleh berbuat apa sahaja yang dingini.

Seorang pemandu kereta yang ingin ke Johor tidak akan ditumpangi oleh penumpang yang ingin ke Sabah bukan? Jika ianya berlaku pasti berlaku pergaduhan besar, tengking menengking dan mungkin kemalangan akan terjadi akibat hilangnya fokus pemandu. Begitulah juga dengan jasad ini, dipandu oleh hati. Namun jika hati bertindak bertentangan dengan kehendak dan ketentuan atau fitrah yang ditetapkan oleh pencipta pastinya akan terjadi konflik diri. Jiwa menjadi resah,hidup tiada ketenangan dan mungkin 'mencederakan' pemandu lain.

Sebuah kereta Mercedes tidak boleh menggunakan manual atau bahan gantian jenama kereta Honda,jika ia berlaku punahlah segalanya, bukan enjinnya sahaja! Manusia, manualnya al-quran dan as-sunnah dari Yang Mencipta. Sunnatullah dan syariatullah adalah panduan kehidupan yang perlu dijaga kedua-duanya bukan hanya menjaga keadaan kereta sahaja tetapi perlu dielakkan dari melanggar lubang-lubang di jalan ketika pemanduan.

Bilamana diri telah terpimpin bersuluhkan cahaya kehidupan dari pemilik rahsianya dan ibadah merupakan tunjang perjuangan maka lahirlah rasa untuk memberi, memberi dalam definisi sebenar kerana faham makna kehidupan dan erti kehambaan. Memberi dengan tidak mengharapkan balasan.

'Dan di antara orang-orang yang Kami ciptakan itu, ada satu umat yang memberi petunjuk dengan kebenaran dan dengannya mereka menjalankan keadilan.' (Al-Araf:181)

Ingin memberikan tumpangan kepada penonton-penonton di luar,sama-sama rasa naik kereta 'mercedes' yang dipandu. Upahnya di penghujung jalan bila kereta ini telah karat dan tidak mampu lagi berjalan, hanya yang menginginkan kereta ini kembali adalah penciptanya,pemilik modulnya, yang lain tidak akan melihat walau dengan sebelah mata. haisyh... analogi nya tidak seindah diharapakan bukan?

tetapi Allah, tiada apa yang luput dariNYA, bila dikembalikan akan Allah adili sebagai Pemimpin Yang Maha Agung di atas segala tindakan makhluk ciptaan NYA ini.

'Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.' (Al-Imran:185)

Tiada hak bagi seorang dai'e memilih mad'u nya, menghukum mahupun bersangka buruk kerana setiap 'modul' kereta yang dibuat ada motifnya tidak akan dicipta hanya untuk diletakkan dalam kilang bukan? Setiap manusia dilahirkan ada tujuannya, namun kerana fitrah manusia itu mudah lupa maka pemandu kereta yang nampak ada kereta yang tersadai di tepi jalan akan datang membantu membaiki apa yang termampu, kemudian jika tidak mampu akan dibawa ke bengkel, melihat kepada manual tadi untuk cuba dibaiki. Begitulah juga seorang dai'e perlu berhenti membantu mereka yang terlupa ini, namun perlu ingat yang membaikinya akhirnya adalah 'manual' yang arif mengenai modul kereta itu.

Dan kemudian,si mekanik akan memberikan nasihat, 'Wahai pemandu, jagalah kereta ini dengan baik, elakkan perkara yang boleh merosakkan, kalau minyak diesel terbaik jangan diletak minyak masak!' Dan akhirnya, 'pemandu' (yakni hati) juga yang akan menentukan hala tujuan dan cara pembawaan. Bukan salah pencipta kereta jika pemandu memandunya secara tidak berhemah dan mengakibatkan pelbagai masalah di kemudian hari. Manual telah disediakan(al-quran,as-sunnah), mekanik ada jika diperlukan(dai'e,ulama,ilmu), panduan sering terlihat sepanjang perjalanan(ujian,ingatan dari Allah) dan minyak telah penuh diisi sebelum bermulanya perjalanan (segala nikmat yang diamahkan olehNYA-fizikal,akal dsbnya) dan yang tinggal hanyalah si pemandu untuk memulakan dan menentukan pemanduannya.

Comments

Popular posts from this blog

Pena telah diangkat dan dakwat telah kering

Being sick, stressful and thankful at the same time

Being alone