Jaulah Ala-tul PART I

Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah. Hanya ucapan hamdalah yang mampu dituturkan hasil jaulah dari 18-29 disember 2010 ke bumi ardhul kinanah. Walau banyak perkara ditimbang dan dikorbankan sebelum melangkahkan kaki ke bumi anbiya' namun perancanganNya jualah yang terbaik dan mewarnai lagi kehidupan hambaMu yang hina ini. Terima kasih ya Allah. InsyaAllah akan cuba dikongsikan apa yang termampu dan bermanfaat.

Kenapa Sharm El-Sheik?

Kerana kos ke sana paling murah :) terkejut Muslihah mendengar kami akan mendarat ke bumi mesir di sharm el sheik kerana amat jarang yang terbang ke sana namun kerana semangat ingin ke Mesir walau apa juga untuk cuti musim sejuk kali ini kami tekad, walaupun sharm di 'haram' kan kepada pelajar Al-Azhar kerana keliaran kotanya.

Tiba sahaja di Sharm kami diberi peluang mengenali perilaku 'pak arab' di sana, nyaris kami ditipu menaiki teksi untuk ke stesyen bus dengan kos 150genih sedangkan kos menaikinya hanyalah 20genih(dalam tenet). Nasib baik telah buat sedikit home work before bertolak makanya kami tekad kami akan cari sendiri di mana bus stesyen. Rupa-rupanya tiada bus stesyen di mesir!!! Perhentian bus adalah di mana jua yang anda ingin berhenti. Tiada papan tanda yang pastinya bila dengar bunyi hon tramco masuk sahaja! Menakutkan tetapi benar!

Baru sahaja sampai ke bumi Mesir kami diuji namun alhamdulillah pelbagai ibrah yang kami perolehi. Amat menyedihkan keadaan di sharm tiada bezanya dengan UK, mungkin seperti Las Vegas lagaknya, casino berdiri megah, semegah masjid yang kebanyakannya hanya gah pada seni binanya namun tiada ruhnya. Tujuan ia dibina hanyalah untuk menjadi tarikan para pelancong yang ramai ke situ untuk bersidai di tepi pantai.

Kami teruskan perjalanan ke Kaherah pada malam itu. Dalam perjalanan pun sudah ada beberapa check point yang memerlukan kami untuk menunjukkan pasport kami, sedikit rasa gerun terlintas di hati namun alhamdulillah semuanya berjalan baik. Yang kelakarnya, kami tiba sejam awal, menaiki bus superjet, memang super habis sehingga tiba sejam awal.

Perkara pertama yang terlintas di fikiran kami mengapa sebegitu banyak polis dan pemeriksaan ketat dilakukan di mana-mana jua? Jawapannya kerana Mesir masih dalam keadaan darurat maka kawalan ketat sentiasa dilakukan untuk memantau dekat pergerakan penduduknya. Sedih mendengarkan nasib-nasib ikhwah yang bersama ikhwanul muslimin dalam usaha menegakkan Islam di bumi Mesir sedangkan itulah asal kebangkitan jemaah IM. Moga Allah memberikan mereka jalan keluar dan kemenangan. jika tidak mati syahid di jalan Nya.ameen.

p/s: seperti kata Ustaz Muaz, di atas taman tempat bersuka ria tetapi di bawah tanah itulah penjara, tempat penyeksaan tahanan kerajaan Mesir. Seperti janji Allah swt dalam surah al-Anfal ayat ke 30 yang bermaksud, 'Dan ingatlah ketika orang-orang kafir memikirkan tipu daya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu atau mengusirmu.Mereka membuat tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu.Allah adalah sebaik-sebaik pembalas tipu daya.' Dan itulah sunnah berjuang pasti akan diuji sama ada dengan ujian dipenjara, dibunuh, diusir atau dipulau.

Kami juga pulang dengan kefahaman yang lebih mengenai akhlaq umat Islam. Jaulah ke Mesir membuka mata bahawa keadaannya tidak jauh berbeza dengan mana-mana negara Islam yang lain termasuklah Malaysia bahawa dengan mandat negara islam itu tidak bermakna bahawa ciri-ciri Islam itu larut dalam diri masyarakat Islam itu sendiri seperti mana yang dikatakan oleh Ibn Tamiyyah.

Pengajaran 1

Pentingnya tampuk pemerintahan dikuasai oleh golongan yang benar-benar faham dan mampu meletakkan Islam di tempat yang selayaknya, bukan semata seorang muslim pada nama bahkan benar dalam ilmu dan amalannya juga! Kuasa penting untuk mendidik masyarakat dan melahirkan umat yang cemerlang. Tambahan pula akhlaq adalah buah dari akar dan dahan yang kukuh;yakni akidah yang benar bersama iman, dan menjaga syariat yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Makanya tidak pelik mengapa kebersihan di Mesir amat mengecewakan kerana mungkin sahaja pada nama itu terlihat muslimnya namun iman dan ehsan yang membawa kepada kezahiran akhlaq yang mulia gagal terpancar kerana goyahnya ilmu dan amal dek kegersangan tarbiyyah, nak cerita pun malu tidak kurang juga dengan akhlaq mereka yang kasar dan suka mengambil kesempatan. (nak tambah gatal juga! ) langsung tidak memperlihatkan akhlaq seorang Muslim (don't get me wrong, not every one is like that but the majority are).

Makanya untuk tegakkan Islam dalam diri ia bukan hanya dengan menjaga diri bahkan perlu kepada amar maa'ruf nahi mungkar seperti mana sabda Allah swt yang bermaksud:

'Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh. ' (3:114)

Dan ingatlah bahawa kambing seekor senang untuk dibaham oleh serigala tetapi segerombolan kambing akan sukar dibaham oleh serigala. Usaha dari SEMUA pihak perlu dilakukan untuk memastikan Islam diletakkan di tempat yang selayaknya.

Ayuh bersama-sama kita rapatkan saff kita bersama,
kerja dakwah bukan kerja mudah,
perlu perancangan dan strategi,
jadi apa lagi, kita pemuda wajib bangun dari dunia mimpi,
sahut seruan para Nabi.

Sebelum tamat part 1, ingin dikongsikan keadaan trafik di Mesir hasil rakaman sendiri, walaupun ia tidak mampu menggambarkan keadaan sebenar namun moga dapat merasa 'thrill' nya.hehe.

Perkara paling utama yang tidak mungkin ibu lupakan untuk hari pertama kita adalah betapa anak-anak ibu tidak merungut sedikit pun untuk bersama-sama mencari masjid menemani sahabat lain yang belum lagi solat. Amat bangga dan bersyukur dapat menjadi teman permusafiran adik2 semua :) jadi ibu akhiri coretan ini dengan

apa yang penting? KERJASAMA! :)

Wallahu'alam


Comments

  1. Salam'alaiki habeebati kak ema =) !
    masyaAllah, hajar suka nukilan akak nih..
    semoga kita sentiasa tsabat di jalanNya ye. amin.
    ZERBAEK LAH KAK EMA!!!!!!! ^^
    harap pengalaman n perkongsian akak di Mesir, diselami RahimNya membawa akak lebih teguh melangkah, membawa Islam walau dimanapun akak berada.. amin!!
    Allah Maha Adil, Dia xpernah lupakan hambaNya dan mendengar doa2 hambaNya..
    perit, jatuh, sedih n duka kita.. demi berada di landasanNya, Allah tahu semua itu..
    Allah.. penyayangnya Dia... rasa kerdil n hina diri ni.. ^^,
    smg berjumpa lagi.. ma'as salam =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pena telah diangkat dan dakwat telah kering

Being sick, stressful and thankful at the same time

Being alone