Jaulah Ala-tul PART II


Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Segala puji-pujian hanyalah kepada Allah swt pemilik seluruh alam semesta. Tiada satu makhluq pun yang tidak bertasbih kepadaNya malah tiada satu daun pun yang gugur di luar pengetahuanNya. SubhanaAllah.

Anak-anak ibu ingat lagi kisah Nabi Ayyub? Alhamdulillah kita berkesempatan ke perkampungan baginda, tetapi tak sempat nak diskusi ibrah dari kisah Nabi Ayyub kan? Sama-sama fikirkan ok dan pada masa yang sama, semua ingat lagi kehidupan di Mesir? Betapa mencabarnya hidup di sana, nak ke sekolah pun ada kemungkinan untuk dilanggar oleh kereta jika tak cekap nak melintas jalan (ibu la tu kan,hehe) atau ketika ingin menaiki tramco/bus, belum lagi buka cerita pasal ketabahan graduan azhar dan pelajar2 Malaysia di sana.

Dan ibu pasti semua pulang dengan semangat akhawat-akhawat di bumi ardhul kinanah yang mujahadah dalam medan jihad menuntut ilmu mereka kan kan??? Bagaimana semangat itu kini? Di kala kita semua bakal bertempur di medan jihad itu. Sudahkah persiapan untuk menuju medan tempur kita sediakan?

Ibu sengaja memilih pengajaran yang akan dikongsikan supaya dapat meniup kembali semangat kita semua yang telah kita peroleh 2minggu lepas (cepat sungguh masa berlalu rindu dengan semua !!)

Pengajaran 2

Segala-galanya bermula dengan niat, keikhlasan niat akan menentukan natijah hasil perbuatan kita. Sepanjang permusafiran kita, akak amat bersyukur yang Allah berikan apa yang akak niatkan. Tidak sedikit pun DIA menganiaya hamba-hambaNya, setiap langkah kita DIA permudahkan dan dilindungi. Bila kita tersekat selama lebih dari 4jam di atas jalan raya semasa dalam perjalanan ke Matruh, DIA selitkan pelbagai hikmah kemudiannya, especially pergi safari dengan jip!!! merasa MANIS nya Siwa :) Bila akak fikir-fikir balik, DIA nak bagi kita berehat lebih untuk persediaan nak daki Sinai :) Alhamdulillah, insyaAllah niat yang kita tanamkan DIA permudahkan jalan-jalan nya untuk kita.

Untuk pengetahuan semua, trip k.farihah tak dapat naik ke Sinai. Ingat tak kita balik hari hujan? Malam itulah mereka patut naik ke Sinai tapi hujan tak berhenti maka mereka tak dapat naik. (sedangkan kita punya yakin bumi Mesir sedih nak lepaskan kita pergi.hehe orang lain pula sedih tak dapat naik Sinai.huhu) Besarnya ujian mereka. Jadi perlu ditambah-tambahkan kesyukuran kita semua ok!

Anyway, tersasar dari tajuk asal. Hadis pertama menekankan lagi kepentingan niat (jom hafal hadis pertama???) maka mari kita muhasabah kenapa kita belajar?? Disebabkan kita ni memang makhluq yang pelupa maka kita senantiasa perlu memperbaharui niat kita. Jadi sebelum masuk dewan peperiksaan, bersihkan dulu hati dan ikhlaskan niat kita yuk! Moga setiap langkah yang kita ambil dalam redhaNya.

Pengajaran 3

Pengajaran ini senang nak huraikan sebab Ustaz Amri dah bagi banyak dalil(rujuk FB yek,akak dah kongsikan), yakni setelah kita pasakkan niat, usaha termasuklah berdoa diakhirnya yang tinggal untuk kita sebagai hamba hanyalah untuk ber TAWAKAL kepadaNya. Seperti yang kak long nyatakan masa usrah hari tu(eh IC.hehe,nnt kena tangkap dengan polisss ) kita hanyalah 'SLAVE' dan bukannya 'SERVANT', apa beza dia? haaa fikir dan zikir kan sendiri nanti boleh diskusi ramai-ramai insyaAllah. Disebabkan kita hanyalah seorang hamba, maka kita perlu redha baik atau pun buruk hasil usaha kita itu. Apa jua yang tersurat, moga kita semua diberi kekuatan untuk menerimanya. Ameen.

Dan mungkin semua dah maklum kecintaan akak pada hadis Rasululllah yang berikut (ini azam bday akak tahun ini :) )

“Sangat mengagumkan kepada seorang mukmin, sebab segala keadaannya untuk ia sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin: jika mendapat nikmat ia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan bila menderita kesusahan ia bersabar, maka sabar itu lebih baik baginya.” (Hadis riwayat Muslim)

Inilah indahnya menjadi MUKMIN (bukan muslim sahaja tapi MUKMIN,apa itu mukmin? mukhlis? cari2 jangan tak cari) apa jua dirasa indah. Hidup ini sentiasa positif supaya jika tersadung dek batu-batu kecil/besar atau cerun yang curam masa nak daki Sinai , kita tak terus berputus asa namun kita teruskan walau pun terpaksa berehat sekejap, sapu habautus sauda oinment :) atau minum air tambah energy atau bersama-sama bekerjasama, bantu membantu sesama kita, yang pastinya kita tidak berputus asa! kan??? Itulah kehidupan seorang mukmin, ujian atau nikmat semuanya diterima dengan redha dan bersederhana dalam kesedihan dan kegembiraan kerana konsep TAWAKAL lillah ta'ala.

Jadi???

Anak-anak ibu, akhawat di zagazig dan cairo dan di mana-mana jua,

Medan jihad kini terbentang luas,
Bersihkan hati dan bulatkan niat,
Bukan hanya untuk kebahagiaan di dunia tetapi yang pentingnya di akhirat,
Giatkan usaha dan amalan yang mampu mendekatkan diri kepada empunya segala nikmat,
Dan kemudian berserahlah kepada pemilik kepada apa yang telah tersurat.

Derapkanlah langkah mu terus maju!
Jangan lemah jangan bersedih,
apa jua di hadapanmu teruskan melangkah,
Kerana destinasi perjalanan mu adalah saat kematian datang menjemput.

Dan mari kita mencari kekuatan dari surat cintaNya kepada kita, Allah telah berfirman yang bermaksud:

'Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).' (At-taubah:122)

Jom kita tempur! Takbir!

Moga Allah ikhlaskan niat kita di jalan ini, diberi kefahaman dan kekuatan ingatan, dan diberi kejayaan bersama taufiq dariNya.ameen ya Rabb.

p/s: adik kakak, Lailatulain abbas, this is dedicated especially for you,kakak xsempat nak kol ain :( soriiii

Comments

  1. ema...rindunya saat itu :) salam rindu dari imarah hijau :) syukran atas perkongsian ruhiyah dan pengalaman yang cukup baik..mg Allah mbls dgn lebih byk lagi..

    -muslihah-
    egypt

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pena telah diangkat dan dakwat telah kering

Being sick, stressful and thankful at the same time

Being alone