Demi nyawaku dalam tanganMu
Ku rasa bagai ingin untuk tunduk sujud di saat itu jua,
Aku sedar dalam beberapa minggu ini ujian yang datang dariNya adalah ujian nikmat,
Moga aku tidak lupa untuk bersyukur dan terus menambah amal soleh sebagai bukti kesyukuranku,
Ingin ke Mesir, DIA sampaikan,
Ingin belajar dalam bidang perubatan, kini telah tercapai,
Ingin ke negera omputih pun telah menjadi realiti!
Dan tadi aku terdetik semasa menuggu bus untuk ke bandar; 'Bestnya jika ada orang yang nak tumpangkan, duit dah kering badan pun penat,esok nak on call lagi.' keluhan itu aku ketepikan, namun... sungguh DIA Maha Pengasih lagi Penyayang,
'Ema, I thought I saw you, where are you going? I'll give you a lifft!'
:) Ingin aku tunduk bersujud padaMu.
Terima kasih ya Allah.
Moga aku tidak lalai dalam ujian nikmat ini,
Kejutkan aku jika aku tertidur lena,
Jangan Engkau biarkan aku sendiri,
Walau hanya sesaat.
Genap 6 bulan sahaja lagi sebelum aku melangkah pulang,
Kembali ke medan juang,
Telah 4 tahun 3 bulan aku berkelana,
Dan pemusafiran itu juga yang membuktikan bahawa,
Tiada pergantungan yang lebih hebat melainkan hanya pergantungan kepada Yang Maha Esa!
Dan tiada tarbiyyah yang lebih baik melainkan ujian kehidupan,
Terima kasih ya Allah,
Moga aku akan pulang dengan seribu kekuatan,
Dan tiada kekuatan melainkan hanya dengan Mu.
jangan pernah tinggalkan hambaMu ini :)
betapa aku mencintaiMu,
dan moga Engkau temukan aku dengan insan yang mencintaiMu jua.
Ameen ya rabb
Comments
Post a Comment