Kecewa ,sedih

Aku kecewa mengapa kita masih berbalah?
Bukan hal harta atau kereta,
Tetapi hal agama,
Asas kehidupan dan matlamat penciptaan!

Nasib baik DIA telah menceritakan,
Tiada guna Islam jika tidak mengerti dan berilmu,
Seperti wahyu pertamaNya kepada baginda,
Iqra'- bacalah ,
Dan membaca perlu dengan nama Tuhan mu!
Bukan pembacaan melulu tiada terarah,
Kerana itu mampu menjadi racun dalam darah,
Mengaburi hati yang lemah jika tiada hidayah.

Dan kerana kita masih lagi lemah,
Beramal dengan ilmu yang masih goyah,
Yang berilmu pula tidak mengamalkan,
Maka kita menjadi bahan ketawa masyarakat,
Bertegang lidah mengenai soalan yang telah ada jawapannya!

Sungguh kecewa,
Selagi mana umat ini membelakangkan agamaNya,
Selagi itu masyarakat lain akan memandang hina,
Dan semuanya disebabkan fitnah yang kita sendiri bawa!
Sungguh sedih :(

ya Allah, Engkau bukakan jalan-jalan kebaikan kepada kami,moga kami dapat menyumbang dengan seluruh kudrat yang ada,memberi kefahaman yang sahih mengenai agamaMu yang tiada cacat celanya, lagi Maha Sempurna bukan hanya kepada saudara seagama ku namun juga bagi mereka yang tidak langsung mengerti mengenaiMu. Moga dapat dikongsikan keindahan hidup ini bersamaMu.

tak sabar nak balik nak jadi muslim doktor aka pendakwah bebas :) that's why I want to do family medicine, saya ingin dekat dengan masyarakat! my patient is my life. ya Allah permudahkan.

Mohon doa semua, sungguh tanggungjawab lebih banyak dari masa yang ada. Mohon dengan sangat padaMu ya Allah.

wahai anak bangsaku, jangan terus lalai dan lena dalam tidurmu,
bangun! bangun!
jangan tunggu hingga Allah menurunkan balanya baru ingin terjaga,
jika kita sendiri tidak tegakkan agama dalam diri kita,
mana mungkin orang lain akan tergerak padanya!

:( sedihnyaaaaaaaa tensen!!!

Comments

Popular posts from this blog

Pena telah diangkat dan dakwat telah kering

Being sick, stressful and thankful at the same time

Being alone