Kita diciptakan dengan kasih sayang
Alhamdulillah, segala puji-pujian hanyalah kepadaNya Pencipta seluruh alam raya yang tiada cacat celanya. Langit tertegak dengan izinNya dan setiap makhluk sentiasa bertasbih memuji kebesaranNya. Alhamdulillah, diberikan aku penglihatan melihat seisi alam tanpa kekaburan, pendengaran dan kesihatan untuk terus bersyukur padaNya. MasyaAllah banyak sungguh telah dilalui dalam bulan ini, walau terasa lelah dan terkadang jemu dengan dunia namun pasti semuanya tiada yang sia-sia. Moga setiap lelah yang dirasa, kekangan mata hingga dinihari dan sakit ini menjadi hujjah untuk bertemu denganNya di sana nanti.Ameen. Kasih sayang Baru ketemu lagu yang didendangkan oleh Opick, Allah hu Ya Salam. Dan terus menusuk ke kalbu seorang hamba yang sering melupakan. Astaghfirullah, ampunkan aku hambaMu yang hina ini ya Allah. 'Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Amat melimpah belas kasih anNya, (tentulah kamu aka...