Usaha bukan menghukum-Ustaz Hasrizal
"dan hendaklah engkau merendahkan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: 'Wahai tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil" (al isra' :24) Biar kejam seorang bapa, biar cuai seorang ibu Mahupun busuk seorang bapa biar kafir atau sundal sekalipun seorang ibu bukan anak yang bertindak menghukum mereka. Segala dosa ibu bapa, kecuaian mereka dan serba-serbi kesalahan dan kekurangan mereka, ibu bapa itulah yang akan bersoal jawab dengan Allah tentang peranan dan tanggungjawab mereka terhadap kita. Namun bagi seorang anak, tugas kita adalah untuk tetap menghormati, menjaga kebajikan,memelihara dan memenuhi keperluan mereka tatkala mereka dalam hajat yang diwajarkan syariat. "ibu bapa adalah pintu syurga paling tengah. Terserlah kepada kamu sama ada mahu mensia siakan pintu itu atau memeliharanya" (hadis riwayat Ahmad, At Tarmizi da...