Bersih 3.0
Alhamdulillah,alhamdulillah, alhamdulillah kerana aku masih bernafas menghirup kesegaran nikmat udara yang tidak ternilai. Alhamdulillah juga kerana aku selamat kembali dari jihad kecil ku pada 28.4.2012. Satu pengalaman yang membangkitkan semangat dan mengingatkan aku kepada erti kehidupan,hakikat kehambaan. Dan memberikan aku sisi pandangan yang baru untuk kerjaya ku sendiri.Alhamdulillah. Tiada gambar yang akan aku paparkan kerana aku sukar bercerita melalui gambar yang telah banyak tidak menimbulkan pelbagai kontroversi dan bahan fitnah oleh semua pihak. Cerita aku penulisan tulus dari hati anak muda yang hanya inginkan keadilan dan kebenaran jika bukan untuk diriku untuk generasi hadapan yang bakal berdepan cabaran berkali ganda hebat dariku. Posisi Kali ini aku pergi sebagai seorang yang berkecuali menjadi sebahagian daripada 'medic team' yang ditugaskan untuk menjadi 'non-participant' dan membantu semua yang memerlukan berbanding tahun lepas di mana aku ...