Bersih 3.0

Alhamdulillah,alhamdulillah, alhamdulillah kerana aku masih bernafas menghirup kesegaran nikmat udara yang tidak ternilai.

Alhamdulillah juga kerana aku selamat kembali dari jihad kecil ku pada 28.4.2012.
Satu pengalaman yang membangkitkan semangat dan mengingatkan aku kepada erti kehidupan,hakikat kehambaan. Dan memberikan aku sisi pandangan yang baru untuk kerjaya ku sendiri.Alhamdulillah.

Tiada gambar yang akan aku paparkan kerana aku sukar bercerita melalui gambar yang telah banyak tidak menimbulkan pelbagai kontroversi dan bahan fitnah oleh semua pihak. Cerita aku penulisan tulus dari hati anak muda yang hanya inginkan keadilan dan kebenaran jika bukan untuk diriku untuk generasi hadapan yang bakal berdepan cabaran berkali ganda hebat dariku.

Posisi

Kali ini aku pergi sebagai seorang yang berkecuali menjadi sebahagian daripada 'medic team' yang ditugaskan untuk menjadi 'non-participant' dan membantu semua yang memerlukan berbanding tahun lepas di mana aku menjadi sebahagian dari peserta bersih. Perasaan yang dialami sungguh berlainan, aku mungkin tidak segentar dan sebimbang sewaktu tahun lepas, matlamatku jelas untuk merawat sesiapa jua yang memerlukan dan aku fikir pastinya gol.FRU itu akan memberikan kerjasama.

Terbayang perasaan takut yang aku rasakan ketika berada bersama-sama dengan unit amal mengatur langkah bergerak ke arah FRU,mendengar bunyi siren dan amaran dari mereka untuk bersurai jika tidak pasti akan dileraikan dengan cara paksaan. Allah sahaja yang tahu godaan syaitan ketika itu untuk menyuruh aku berpaling dan melarikan diri. Dan ketika itu juga aku diingatkan oleh ayat-ayatNya:

'Bahawasanya orang-orang yang telah berpaling (melarikan diri) di antara kamu pada hari bertemu dua angkatan tentera (Islam dan kafir dalam perang Uhud) itu, sesungguhnya mereka telah digelincirkan oleh Syaitan dengan sebab sebahagian dari perbuatan-perbuatan (yang salah) yang mereka telah lakukan (pada masa yang lalu); dan demi sesungguhnya Allah telah memaafkan mereka, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.' (Al-Imran:155)

"Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan! Para sahabat bertanya, 'Apa itu, wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab, 'Syirik pada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali kerana alasan yang dibenarkan, memekan riba, memakan harta anak yatim, meninggalkan medan perang dan menuduh wanita Mukminah yang baik-baik telah berzina," [HR Imam Bukhari dan Muslim]

Dan aku bangga dengan semua yang hadir ke Bersih tanpa berpaling dari medan perjuangan mereka! Keberanian dan kentalnya semangat mereka, yang muda apatah lagi yang tua, yang Islam dan bukan Islam, Cina,Melayu, Sikh,India, omputih, orang asli! dll :) semua dari peserta Bersih aku titipkan doa moga ruh kebenaran sentiasa hidup dalam jiwamu. Moga dengan ruh itu jua jiwa-jiwa mereka Allah berikan hidayah untuk kembali dalam kebenaran di penghujung nyawa mereka. ameen ya Rabb.

Dan aku juga 'kagum' dengan Sang polis dan FRU yang begitu tekad dengan tugasan mereka sehingga sanggup berkelakuan melampau ganas tanpa perasaan belas kasihan.... moga Allah berikan hidayah kepada mereka untuk mereka salurkan kepada jalan kebenaran sepertimana keberanian Saidina Umar semakin terselah setelah menerima cahaya keimanan. ameen. Hanya Allah yang tahu niat dan apa di dalam hatimu, dan aku tidak berhak menilai tanggungjawab yang terpikul di bahumu. Jauhkan aku dari buruk sangka kepada mereka.

'Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran).' (Al-Baqarah:18)

Ramai juga yang memerlukan bantuan medik kebanyakannya kerana jatuh dan kesesakan nafas akibat gas pemedih mata. Dan aku sesalkan kerana aku meninggalkan 2 orang pesakit, seorang tua yang cedera mataya dan seorang pemuda Cina yang luka di kakinya, apalah nasib mereka, maafkan kelemahan diri ini, aku berlari menyelamatkan diri dari kepedihan gas pemedih mata yang menyerang semua tanpa mengenal siapa dan apa tujuan mereka di situ. InsyaAllah tahun hadapan jika ada Bersih 4.0 akan aku usahakan membeli gas mask supaya aku tetap di posisi ku.

2K: Kebenaran & keadilan

If you shut up the truth and bury it under the ground, it will but grow, and gather to itself such explosive power that the day it bursts through it will blow up everything in its way.-EMILE ZOLA 

Truth will ultimately prevail where there is pains taken to bring it to light.-GEORGE WASHINGTON

' Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).' (Al-Baqarah:10)

Aku telah penat berhujah dan menjelaskan mengenai perjuangan ini. Memang aku bukan manusia hebat seperti para ulama' dan pimpinan yang tidak pernah lelah memberikan penjelasan dan berterusan memberikan kefahaman mengenai prinsip perjuangan. (how i appreciated their on going effort without fail unlike me :( )

aku juga bukan ingin mendustakan mana-mana pihak yang menyokong atau menentang Bersih dan perjuangannya, masing-masing ada hujah tersendiri namun ingatlah jangan terlalu bertegang lidah hingga berlagak seperti sang munafik, itulah apa yang diinginkan oleh sang munafik yang pastinya ramai di kalangan kita (moga dijauhkan dari nya.ameen).

Ingin aku usahakan untuk menggunakan logik akal 'common sense' namun aku tahu common sense setiap dari kita juga berbeza maka gunakanlah semua pancaindera, hati dan akal dalam menilai dan yang paling utama kembalilah kepada sunnah dan Al-Quran. Jika ilmu belum cukup untuk membicarakan dan berhujjah, carilah dahulu dari orang yang lebih alim bukannya menggunakan emosi dan kedengkelan akalmu yang mudah diperdaya oleh syaitan. Dan bila mana engkau berhujah atas nama Islam pastikan ianya tidak membawamu kedalam kancah azab TuhanMu!

Aku benci mereka yang berhujah dengan nama agamaNya namun akhlaq dan dalil yang digunakan sungguh mengecewakan. Jangan engkau cemari agama ini atas ketaksuban mu terhadap cinta mu kepada dunia dan isinya.
*Buat yang terasa,alhamdulillah, berterusanlah engkau dalam hujahmu tetapi jangan engkau cemarkan Islam yang indah ini.

 'Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.' (Al-Aa'raf:146)

Berlapang dada dalam perbezaan dan bersatu dalam persamaan, sinergi!

Kali ini kita bukan berada di zaman pra-merdeka, kita bukan menentang penjajah British di depan mata.

Kita juga kita bukan berada di zaman rakyat Malaysia dalam kebodohan, ini zaman globalisasi di mana maklumat berada di hujung jari menanti untuk dihadam mereka yang bersifat terbuka.

Masa ini rakyat dunia sibuk memperjuangkan kebebasan mereka kerana hijab kejahilan semakin terangkat  dari hati setiap manusia seperti perancanganNya,

Dan ini adalah detik bila kebenaran dan keadilan menjadi tujuan kehidupan,

Ya, kita ini masyarakat pelbagai bangsa dan warna, mempunyai latarbelakang berbeza yang memungkinkan kita untuk sukar bersama,

Tetapi itu bukan persoalannya kerana kita bersatu bukan atas dasar agama atau bangsa,

Kita bersatu dalam persamaan dan berlapang dalam perbezaan untuk melahirkan sinergi membawa gelombang perubahan dalam menegakkan keadilan dan kebenaran!

To my dear comrades, Yes I am a Muslim and a Malay, I fought this battle because of my religion but for my religion that stood by the principe of truth and justice. I hope the same goes for you and together WE can fight and win this battle, may this sour 'defeat' brings us sweet victories someday if not today!

The butterfly effect in our everyday life made us human being by giving meaning to our life.
So tell me, what is the meaning of your life? I have found mine,insyaAllah.





Comments

Popular posts from this blog

Pena telah diangkat dan dakwat telah kering

Being sick, stressful and thankful at the same time

Being alone