Redha
Alhamdulillah segala puji-pujian hanyalah kepadaNya. Setiap nafas yang dikurniakan, setiap langkah tanpa halangan dan setiap nikmat yang tidak terduga nilainya. Lupa Baru sahaja usai assessment paediatric, alhamdulillah walaupun tidak sebaik yang dijangka namun aku sedar ini sapaan dari Yang Maha Esa. Terlalu lalai dengan ilmu dunia terlupa dunia yang lebih hakiki itu. Dugaan ku tidak sebesar mana berbanding sahabat lain pastinya, namun ah, benci dengan hati ini, begitu mudah merasa kecewa, mulut bisa saja berkeluh kesah bagaikan ini penghujung cerita. Astaghfirullah, maafkan aku ya Allah, sering kali aku gagal dalam ujian ini. Sungguh aku hanya hamba yang hina di sisi Mu. Benar janjiNya, akan diuji setiap makhluk yang bernyawa. Moga aku tidak mengalah kerana ini jihadku bukan semata-mata batu loncatan untuk kejayaan dunia. Ingat itu wahai diri, jangan ingat ini penamat segalanya bahkan ia hanya permulaan dalam hidupmu. 30 September 2010 Tarikh adikku berjumpa doktor pakar. Moga Allah ...