Redha
Alhamdulillah segala puji-pujian hanyalah kepadaNya. Setiap nafas yang dikurniakan, setiap langkah tanpa halangan dan setiap nikmat yang tidak terduga nilainya.
Lupa
Baru sahaja usai assessment paediatric, alhamdulillah walaupun tidak sebaik yang dijangka namun aku sedar ini sapaan dari Yang Maha Esa. Terlalu lalai dengan ilmu dunia terlupa dunia yang lebih hakiki itu. Dugaan ku tidak sebesar mana berbanding sahabat lain pastinya, namun ah, benci dengan hati ini, begitu mudah merasa kecewa, mulut bisa saja berkeluh kesah bagaikan ini penghujung cerita. Astaghfirullah, maafkan aku ya Allah, sering kali aku gagal dalam ujian ini. Sungguh aku hanya hamba yang hina di sisi Mu.
Benar janjiNya, akan diuji setiap makhluk yang bernyawa. Moga aku tidak mengalah kerana ini jihadku bukan semata-mata batu loncatan untuk kejayaan dunia. Ingat itu wahai diri, jangan ingat ini penamat segalanya bahkan ia hanya permulaan dalam hidupmu.
30 September 2010
Tarikh adikku berjumpa doktor pakar. Moga Allah permudahkan semuanya, walau sedikit kecewa kerana tidak dapat menemaninya, namun Ain ingat k, Allah sentiasa bersama. Berfikir-fikir untuk pulang ke Malaysia sekiranya pembedahan waktu cuti nanti, berikan yang terbaik ya Allah.
Amanah yang tidak terlangsai
Begitu banyak amanah yang masih belum aku tunaikan, di mana perlu aku muatkan semuanya? Pening dan penat, namun aku sedar tanggungjawab ini akan bertambah seiring dengan pertambahan umurku. Mungkin jua terpaksa untuk meletakkan jawatan sebagai editor di IluvIslam, walau amat berat untuk melepaskan namun sungguh diri ini perlu meletakkan prioriti dalam semua tugasan yang diberikan. Ya Allah, peliharalah agama ku ya Allah. Kesimpulannya diri perlu lebih bijak mengurus masa, utamakan yang utama.
Sabar dan redha, pastinya akan tersingkap seribu hikmah dalam setiap kejadian.
Yakin dan tawakal, bahawa tiada DIA menzalimi hambaNya.
Hidup ini suatu permusafiran untuk mengenal erti kehambaan, hakikat kehidupan
'Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagaicubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.' (Al-Anbiya':35)
sabar ye. i know, its easy to say it. but i am sure you get the opportunity to know yourself better after assessment tomorrow.
ReplyDeletehilmi, tasmania ..hehe