Posts

Showing posts from August, 2011

Indahnya di sana

Aku tahu di sana menanti, Kebahagiaan abadi, Bukan di sini, Kerana ini tempat kita semua diuji, Cobaan demi cobaan sebagai bukti untuk melayakkan diri, Menjejakkan kaki ke syurga yang dijanji Nya. Setiap hari aku melihat wajah-wajah suci, Yang terpancar jelas cahaya keimanan, Setiap anggota selayaknya tunduk sujud menyembah, kepada pemilik jiwa, Setiap tindakan dipandu selari kehendakNya, Dan hatiku berdetik setiap kali melihat jiwa-jiwa bersih ini, Aku jua ingin menjadi sebahagian dari saff mereka, Namun mampukah aku? HambaMu yang penuh noda, Hati yang penuh dengan titik-titik hitam, Akal ku sering alpa dengan dunia.... Allahu Allah, Mampukah aku pergi bertemu denganMu? Aku begitu mencemburui mereka, Selayaknya mereka dijagaMu, Penuh kasih dan belai, Dan aku jua ingin seperti mereka, Meninggalkan dunia hanya bertemankan, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Hanya padaMu aku serahkan seluruh hidupku, Aku gusar apa bakal berlaku pada diriku, Namun aku yakin ya Allah, Engkau ta...

Apa erti perkahwinan?

Aku bukan orang terbaik untuk berkata mengenai perkahwinan kerana aku sendiri belum pernah berkahwin dan aku bukan ahli agama untuk berhujah mengenai isu ini. Namun semakin hari aku semakin sedih melihat nasib wanita zaman kini yang dilayan kembali seperti zaman jahiliyyah. Media massa dan hiburan telah cukup mengekploitasi wanita sebagai hanya hamba nafsu rakus jantan durjana tetapi lebih menyedihkan realiti kehidupan jua tidak banyak kurangnya! Wanita diperguna dan dimanfaatkan oleh lelaki, aku sendiri semakin hari semakin hilang kepercayaan kepada spesis ini. Di sekelilingku lelaki hilang pertimbangan kerana wanita, wanita yang menjadi mangsa hanya mampu berdiam diri tanpa berbuat apa. Ya Rasulullah, mereka lupa akan pesanan terakhir mu.... aku sungguh kecewa, seperlunya aku rasa dilindungi tetapi aku merasa takut terhadap 'saudara' ku sendiri. Di manakah letaknya rasa takut kepada hukumMu? tidakkah mereka ingat pesanan terakhir mu itu; '...Wahai manusia,sebagaiman...

Aku di Malaysia, namun semangatku masih di UK

Alhamdulillah segala puji-pujian hanyalah kepada Allah swt pemilik seluruh alam semesta, yang tiada berkehendak kepada manusia, namun akulah hambaMu yang senantiasa memerlukan Engkau dalam setiap langkah hidupku. Aku sudah berada di Malaysia hampir sebulan namun aku rasakan sebahagian dari diriku masih berada di UK; hidup di sini terlalu berbeza dan mungkin kerana aku tidak boleh lagi berharap untuk 'melarikan' diri dari keadaan persekitaran ku ini aku semakin lemas dan kecewa. Ya Allah hanya kepadaMu aku bermohon kekuatan, sungguh tiada kekuatan melainkan denganMu. Aku diuji fizikal, mental dan spiritual. Dan selayaknya yang paling sukar untuk aku tangani semuanya! Alhamdulillah, aku kira Allah telah mendidik diri untuk mengerti hadith yang Rasulullah saw tekankan kepada sahabat baginda, ingat 5 sebelum 5, sungguh aku rindukan nikmat 5 itu di UK, di sana aku mampu berbuat seupaya diriku tanpa memikirkan batas-batas di sekelilingku kerana aku seorang diri. Namun di sini, ak...