Apa erti perkahwinan?

Aku bukan orang terbaik untuk berkata mengenai perkahwinan kerana aku sendiri belum pernah berkahwin dan aku bukan ahli agama untuk berhujah mengenai isu ini. Namun semakin hari aku semakin sedih melihat nasib wanita zaman kini yang dilayan kembali seperti zaman jahiliyyah. Media massa dan hiburan telah cukup mengekploitasi wanita sebagai hanya hamba nafsu rakus jantan durjana tetapi lebih menyedihkan realiti kehidupan jua tidak banyak kurangnya!

Wanita diperguna dan dimanfaatkan oleh lelaki, aku sendiri semakin hari semakin hilang kepercayaan kepada spesis ini. Di sekelilingku lelaki hilang pertimbangan kerana wanita, wanita yang menjadi mangsa hanya mampu berdiam diri tanpa berbuat apa. Ya Rasulullah, mereka lupa akan pesanan terakhir mu.... aku sungguh kecewa, seperlunya aku rasa dilindungi tetapi aku merasa takut terhadap 'saudara' ku sendiri.

Di manakah letaknya rasa takut kepada hukumMu? tidakkah mereka ingat pesanan terakhir mu itu;

'...Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina....'

Ketahuilah wahai lelaki, engkaulah pemimpin kami, pelindung kami,
Membimbing kami untuk mencari sinar kebahagiaan di dunia dan akhirat,
Aku merayu, mainkanlah perananmu dan buktikan kelakianmu!

-jika semua ayah, abang, adik setiap dari pemuda lelaki faham amanah berat yang terpikul di bahu mu indahnya dunia ini!!! engkau berperanan menjadi khalifah dalam keluargamu.

dan aku sendiri tidak akan bergelumang dengan masalah ini, aku hanya seorang wanita yang letak duduknya tidak setinggi mu! aku pernah menginginkan menjadi seorang pemuda, yang mampu mengubah dunia, namun aku tahu aku hanyalah wanita, yang di akhirnya tempatku di sisi suami tercinta, maka aku bermohon moga aku ditemukan dengan pemimpin yang bakal menggoncang duniaku dan menjadikan aku wanita syurga. ameen ya Rabb.

-maaf entri ini ditulis hasil pemerhatian hidupku sendiri, mungkin antum amat beruntung dikelilingi lelaki yang hebat-hebat, alhamdulillah, banyak-banyakkan bersyukur percayalah itu suatu nikmat yang mesti dimanfaatkan sebaiknya, bantulah membentuk lebih ramai lagi pemimpin pemuda, ar-rijal yang hebat-hebat jua!

-ya Rasulullah saw aku sangat merinduimu ....

Comments

Popular posts from this blog

Pena telah diangkat dan dakwat telah kering

Being sick, stressful and thankful at the same time

Being alone