Aku di Malaysia, namun semangatku masih di UK

Alhamdulillah segala puji-pujian hanyalah kepada Allah swt pemilik seluruh alam semesta, yang tiada berkehendak kepada manusia, namun akulah hambaMu yang senantiasa memerlukan Engkau dalam setiap langkah hidupku.

Aku sudah berada di Malaysia hampir sebulan namun aku rasakan sebahagian dari diriku masih berada di UK; hidup di sini terlalu berbeza dan mungkin kerana aku tidak boleh lagi berharap untuk 'melarikan' diri dari keadaan persekitaran ku ini aku semakin lemas dan kecewa. Ya Allah hanya kepadaMu aku bermohon kekuatan, sungguh tiada kekuatan melainkan denganMu.

Aku diuji fizikal, mental dan spiritual. Dan selayaknya yang paling sukar untuk aku tangani semuanya! Alhamdulillah, aku kira Allah telah mendidik diri untuk mengerti hadith yang Rasulullah saw tekankan kepada sahabat baginda, ingat 5 sebelum 5, sungguh aku rindukan nikmat 5 itu di UK, di sana aku mampu berbuat seupaya diriku tanpa memikirkan batas-batas di sekelilingku kerana aku seorang diri. Namun di sini, aku punya tanggungjawab dan perlu memikirkan mengenai manusia di sekelilingku.

Kini aku kembali sedar, di sana aku bagaikan burung yang bebas terbang,
bisa menentukan nasib ku sendiri,
Hanya DIA yang menjadi peneman setiaku dan hanya DIA yang perlu aku jaga,
Namun di sini,
Aku bagaikan terkurung,
Manusia termasuk mereka yang aku sangkakan 'manusia' berubah menjadi manusia bertopeng yang menabur fitnah dan cuba untuk menjatuhkan semangatku,
Mengapa mereka ini begitu cemburu melihat manusia lain?
Sudah sempurnakah diri mereka mencemuh manusia lain?
Sungguh aku tidak mengerti,
Dan aku kira aku mula memahami mengapa bangsa ini semakin layu dan hancur,
Dimamah usia tua bumi,
Sedangkan bangsa lain menentang arus mencuba menjadi bangsa yang terbaik,
Memperjuangkan apa yang dipercayai,
Kerana bangsa ini disibukkan oleh dunia,
Sikap kita hanya mampu melihat keburukan manusia lain,
Menunjuk-nunjuk kesalahan orang lain,
Sedangkan diri sendiri masih penuh khilaf dan kelemahan.

Wahai anak bangsaku,
Bagaimana harus ku perbuat agar engkau bisa bangun?
Semakin hari aku di sini,
Semakin aku ragui kemampuan ku merubah nasib bangsa ku sendiri,
engkau lebih selesa berada di takuk lama,
zon selesa yang tidak mampu untuk melonjakkan engkau selayak para syuhada,
Teruskan dengan lena mu,
Dan aku akan teruskan dengan rancanganku,
Untuk membangungkan bangsa ku yang semakin musnah di mamah dunia.

Biar seluruh dunia membenci ku,
Biar apa jua kata manusia,
Selagi Allah di sisiku,
Rasul junjungan ku,
Cukuplah itulah pelindungku.

Ya Allah, sungguh aku rasa terbeban, mampukah untuk aku terus menjadi terbaik di hadapanMu? Aku bermohon dengan penuh rendah diri. Bantulah hambaMu ini... tiada apa yang aku inginkan melainkan untuk menggapai redha Mu dan bertemu denganMu.ameen

Comments

Popular posts from this blog

Pena telah diangkat dan dakwat telah kering

Being sick, stressful and thankful at the same time

Being alone