Syukur
'Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi dan Kami jadikan untuk kamu padanya pelbagai jalan penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur .' (Al-A'raf:10) Penjara dunia Hati berdebar mengetahui bahawa hari ini kaki ini akan melangkah ke penjara. Dari hari sebelumnya lagi perasaan di hati bercampur baur antara takut, mungkin gerun dan gembira kerana berpeluang untuk menjejakkan kaki ke penjara. Sungguh, dari luar lagaknya seperti suatu penjara besi yang tiada penghujungnya namun apabila masuk ke dalam, sunyi dan sepi. Tiada kelihatan susuk tubuh yang menggerunkan yang puas dibayangkan di malam harinya. Sedikit rasa kecewa terdetik di hati namun niat utama masih belum terlangsai, untuk bertemu pesakit mental di dalam penjara dunia ini. Suasana di hospital penjara amat berbeza dengan di hospital umum, tidak sibuk dan semuanya seperti tahu bahawa ini bukan tempat 'main-main'. Mata mereka melilau melihat perem...