Ombak
Mengapa hidup dipenuhi ujian?
Untuk mengembalikan manusia yang mudah lupa kepada hakikat kejadian,
Untuk mengenal erti kehambaan.
Seperti mana kita bermain di tepian pantai,
Di kala leka dibuai alunan ombak,
Di basahi lembutnya buih air lautan,
Tanpa gelombang itu pastinya kita akan terus dibuai dan leka dan akan lemas,
itulah manusia,
gelombang yakni ujian itulah penyedar diri yang leka.
Indahnya ciptaan Yang Maha Esa,
Yang Maha Memahami keadaan hamba-hambaNya,
Tidak dibiarkan bersendiri kerana kita hambaNya yang mudah lupa.
Teringat kata-kata seorang sahabat, di kala diri makin tersungkur mungkin itulah masa untuk sujud dan bermunajat kepadaNya

Comments
Post a Comment