Alhamdulillah 24 at last :)

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanyalah kepada Allah swt yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sesungguhnya Dialah yang Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu dan demi zat yang di dalam tanganNya, Engkau memberi hambaMu yang hina ini peluang untuk menyambut ulang tahun kelahiran kali ke-24. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Lain dari yang lain

Walau tahun ini tiada ucapan, hadiah mahupun kad dari sesiapa jua kerana keberadaanku di bumi boro ini, namun aku bersyukur. Bersyukur kerana diberi peluang untuk menyambut ulang tahun ku seorang diri untuk bermuhasabah sedalamnya kehidupan aku selama 24 tahun ini.

Terima kasih buat mak, Jumaah binti Othman dan E,Abbas bin Sulbi yang telah melahirkan, menjaga dan mendidik diri ku sehingga menjadi insan yang bernama Lailatulema Abbas. Tidak akan mampu anak mu ini membalas semunya namun moga jika tidak banyak sedikit pun diharapkan ema dapat menyenangkan hati mak dan E. InsyaAllah, moga kepulangan ema pada tahun hadapan menjadi suatu nafas baru seorang anak yang insyaAllah kembali untuk berbakti kepada mak dan E.ameen

Hidup perlu positif

Tahun ini tema hidup saya, Lailatulema Abbas adalah hidup perlu positif namun masih membawa tema syukur :) kerana itu adalah kelemahan diri saya, hambaNya yang sering lupa untuk bersyukur.

Bezanya ada 'added value' pada tema hidup tahun ini bersempena hadis berikut:

“Sangat mengagumkan kepada seorang mukmin, sebab segala keadaannya untuk ia sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin: jika mendapat nikmat ia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan bila menderita kesusahan ia bersabar, maka sabar itu lebih baik baginya.” (Hadis riwayat Muslim)

Hadis ini menunjukkan bahawa hidup ini perlu sentiasa positif, apa jua keadaan yang menimpa seorang MUKMIN. Rasulullah menyebut MUKMIN dan bukan muslim, kerana mukmin itu definisnya seseorang yang beriman manakala muslim hanyalah seorang Islam. Hanya dengan iman dan izinNyalah hati akan tenang dan terus positif walau apa jua ujian yang diberikan, ujian nikmat dan kesusahan. Dan itulah keistimewaan dan rahsia hidup seorang mukmin untuk bahagia di dunia dan akhirat!

Jadi insyaAllah, saya mengajak diri saya terutamanya dan sahabat semua, mari sama-sama menghidupakan hadis ini.

Mari kita positif selalu!!!

My wishes :)

Hajat hati setelah hidup 24tahun semakin lama semakin kecil skopnya. Saya masih ingat ketika berumur 10 tahun, begitu banyak impian yang ingin dicapai, bahkan jika bulan boleh dijejaki itupun akan saya hajati. Namun setelah 24 tahun hidup, alhamdulillah saya semakin mengerti hakikat kehidupan, erti kehambaan. Disebabkan itu, impian saya juga terarah dan fokus kepada beberapa perkara, namun yang pasti impian yang paling utama adalah:

Mencari redha Allah swt agar dapat bertemu dengan Allah swt kelak di akhirat nanti.

Senarai impian hidup (valid until 6dec2011)

1. Moga dapat lulus peperiksaan tahun akhir dan menjadi doktor
2. Kembali ke tanah air dan menjadi doktor muslimah (bukan semata merawat fizikal namun jiwa pesakit)
3. Menjaga mak, E dan Ain dengan rezeki yang halal
4. Moga ditemukan jodoh dengan bakal suami sebelum mula bekerja

Thank you all

Thank you all, is all I can say, ia mungkin hanya sebutan biasa namun ia lahir dari hati yang ikhlas lillah ta'ala, moga diri ini bermanfaat buat insan-insan yang mengenali diri ini. Maafkan diri di atas kelemahan dan kekasaran sepanjang perkenalan ini. Moga Allah membalas jasa sahabat semua dengan yang lebih baik lagi. Terima kasih di atas segalanya.

I love you all....

Manusia takkan mampu untuk hidup seorang diri,
Setiap diri ditemukan pasti ada peranan yang perlu dimainkan,
Dan ketahuilah sebaik-baik pertemuan,
Adalah dua pemuda yang bertemu dan berpisah hanya kerana Allah swt.

Moga pertemuan saya dan setiap diri sahabat saling mengingatkan kita kepada Allah swt sentiasa.

Ameen ya Rabb.

Finally... my other half

Adik kakak, Lailatulain Abbas, of course I will not forget you! No words can describe what you meant to me! Thank you for being my other half. Kakak sayang Ain, lillah ta'ala. Sama-sama kita usaha jadi anak yang solehah ok!

I hope, no matter how old I get, I will always have you.

Comments

  1. Ema, harapnya belum terlambat utk akak ucapkan selamat hari lahir yg ke-24, semoga segala urusan Ema dipermudahkan dan moga berjaya menjadi doktor muslimah yg akan berbakti kepada agama, bangsa dan negara....

    Ukhuwwah Fillah Abadan Abada :-)

    Love you always :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pena telah diangkat dan dakwat telah kering

Being alone

2 weeks back to memory lane