Pena telah diangkat dan dakwat telah kering
Daripada Abu al-’Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a.ﺎﻤﻬﻨﻋ ﷲا ﻲﺿر beliau berkata:
Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran- lembaran telah kering (dakwatnya).
Tiada siapa tahu apa yang tersimpan dalam isi kehidupan mereka,
tiada siapa bisa tahu apa yang akan terjadi esok hari,
Namun sungguh indah hidup ini kerana telah Allah memberikan janji-janjinya yang pasti,
Bahawa Dia tidak pernah menyiakan hambaNya,
Setiap yang terjadi pasti untuk kebaikan hambaNya.
Tika mana engkau merasa lelah,
Ketika mana air mata jatuh bercucuran kerana kecelakaan menimpamu,
Ingatlah Dia pasti dekat,
menghitung setiap kesedihan dan kepayahan mu,
dan ketika mana engkau berada di persimpangan,
ketahuilah bahawa Dia pasti di sisi memberikan pentunjuk tanpa jemu,
Walaupun terkadang engkau yang buta,
Buta hati dan deria,
Walau tampak jelas matamu terbuka.
Antara bahagia dan derita,
Itu adalah hakikat kehidupan di dunia,
Setiap yang tertawa, pasti akan menangis,
Dan roda itu bisa dan pasti akan berputar,
Maka, hanya diri yang perlu untuk mengerti,
Semua hakikat kehidupan yang diberitakanNya.
Maka bukalah mata hati, dan semua deria,
Agar engkau bisa bahagia,
Bukan sahaja di dunia,
Lebih-lebih lagi di akhirat sana.
- indah bukan hadith di atas?
dalam mencari erti kehambaan, hakikat kehidupan
Comments
Post a Comment