Emosi dan syaitan
Aku tahu musuh utama itu takkan pernah berhenti dari mencuba menjahanamkan diri seorang hamba ke lembah hina, Aku tahu apa jua yang tidak dirasai dan tindakan yang tidak keranaNYA hanya sia-sia, Aku tahu hakikat seorang hamba itu lemah dan sentiasa masuk ke lembah durjana, Akibat sesatnya nafsu dan lemahnya iman menerusuk di jiwa. Ya Allah, Jangan biarkan aku lemas dalam emosi ini, Aku marah, aku sedih, aku kecewa dan aku bahagia, Jadikanlah segalanya hanya kerana Engkau Sang Pemilik Jiwa, Tiada kekuatan melainkan dariMU, Maka kuatkan aku untuk menempuhi ranjau berliku, Agar tidak tersungkut aku di pertengahan jalanMU. Ya Allah, ikhlaskan, ikhlaskan, ikhlaskan kuatkan,kuatkan,kuatkan, Jangan dibuang masa lagi Tolaklah rasa perasaan ini jauh dari diri kerana ia hanya permainan duniawi hidup ini tujuannya pasti hanya untuk bertemu ilahi hanya mencari redha ilahi maka jangan berlengah lagi!