Jalan ini
Lemah rasa jiwa
Mengenang nasib diri
Beserta dosa lepas yang sentiasa menghantui
Namun akan aku gagahkan jua kerna Allah Maha Memahami
Dan aku yakin dengan ketentuan Ilahi
Bahawa sinar cahayanya menyinari hati hamba-hambaNYA
yang mengimpikan pertemuan yang abadi
bersama kekasih sejati.

Ya Allah, sungguh aku merasakan beban dakwah ini. Ya Allah,aku sedar hidayah adalah hak milik mutlak MU. Namun, keluhan ini keluhan hambaMU yang lemah dan penuh cacat dan cela, yang mengharapkan kekuatan dariMU. Sungguh, tiada pengharapan yang haq melainkan hanya kepadaNYA. Semuanya bakal hilang, luput dari diri melainkan DIA yang sentiasa di sisi walau diri sering melupai hakikat ini.
Ya Allah, kuatkan hati ini, moga thabat dan istiqamah pada jalanMU. Hanya redhaMU aku ingini buat peneman kehidupan sementara ini. Engkau lembutkanlah hati-hati mereka, yang amat aku sayangi sebagaimana baginda berkata 'tidak sempurna iman seseorang melainkan mencintai saudaranya sepertimana mencintai diri sendiri.' Ikhlaskan setiap tindakan ku hanya untukMU.
Amat merindui sahabat seperjuangan... lebih merindui sentuhan kasih Ilahi.
hamba yang hina

Comments
Post a Comment