Cita-cita dan pengorbanan

'Sudahkah anda bersedia sekiranya anda belajar di luar negara dan ayah/ibu anda ditakdirkan meninggal dunia?' soalan yang tidak mungkin saya lupakan ketika kem persediaan kolej,MOC 3tahun lepas. Ustaz Hasrizal menanyakan persoalan yang sehingga kini saya masih ragu dengan keputusan diri, hanya Allah yang memberi kekuatan.

'E tak sihat, sakit perut lagi, mak pun baru baik.Adik di kolej tidur di rumah kawan sebab minggu depan nak exam final dah.' ...

Ya Allah, Engkaulah yang Maha Melindungi lagi Maha Lembut. Engkau peliharalah mereka ya Allah. Sungguh, banyak sudah ditempuhi mereka, kesusahan membesarkan dan mendidik diri ini. Kami bukan dari keluarga yang senang, mak sentias berkorban dan bersabar dengan kerenah kami yang mengecewakan. E tidak pernah mengeluh,tak pernah jemu menghantar dan mengambil dari sekolah hingga ke kolej... dan akhirnya saya ke UK, meninggalkan mereka berdua. Kali ini memang hanya mereka berdua di rumah... tanpa ada menjaga makan dan minum mereka,sakit mereka.....

Hati ini rasa sayu, rasa ingin saja pulang sekarang juga. Kesihatan mak dan E makin lama makin menurun, mak berumur 59 tahun dan E 65tahun. Pengalaman menjaga E semasa dia terlantar di katil semasa tahun pertama dahulu memberi seribu makna dalam hidup ini. Membuktikan bahawa sememangnya susah untuk seorang anak memberikan sepenuh kasih sayang sepertimana mereka melakukannya.

Cita-cita dan pengorbanan

Kadangkala dalam usaha mencapai cita-cita diri, pengorbanan tidak dapat tidak pasti dilakukan. Namun, bukan hanya pengorbanan diri malah orang di sekeliling.

Kadangkala kegembiraan diri bermakna kesedihan orang lain.

Kadangkala kesedihan diri bermakna kegembiraan orang lain.

Di manakah letak diri?

Kembara ke benua eropah demi sebuah cita-cita menjadi doktor melibatkan pengorbanan seorang ibu dan ayah. Ibu dan ayah yang dengan sepenuh kasih dan sayang, tanpa keluh kesah dan ikhlas memberi dan memberi tanpa henti terpaksa melepaskan anak yang dibelai dan dijaga dari kecil pergi.Penuh rela, penuh pengharapan mengharapkan agar anak ini pulang dengan jaya bukan untuk kebahagiaan mereka namun manfaat anaknya.

'Mak sentiasa doakan anak mak berjaya, dunia dan akhirat.usaha ye,mak doakan tapi jika bukan rezeki tidak mengapa'. Tidak pernah mak berkata 'mak tak sabar nak dapat kereta besar, rumah besar atau tunggu ema balik jaga mak.' Walau hati mereka sentiasa mengenangkan anak-anaknya, berdoa dan berserah hanya pada Yang Esa untuk keselamatan mereka.Tidak sekali pun ia dizahirkan.

'Ain tak bgtau mak sakit sebab E suruh,nanti Ema risau'

Astagfirullah,astagfirullah,astagfirullah

Ya Allah, sungguh aku tidak mampu membalas jasa mereka, berlapar, bersusah payah sentiasa untuk kebahagiaan anaknya. Moga setiap titis air mata mereka,kesedihan mereka menjadi penghapus dosa mereka, bekalan ke syurga bertemu Mu di sana. Dan aku, aku takkan pernah berhenti mencuba,mencuba menjadi anak yang memimpin mak,E ke istana terbina indah di sana.

Sahabatku, adikku,
sahutlah rayuan hati seorang ibu dan ayah yang tidak pernah meminta-minta dari anaknya.Jauh sekali menginginkan kata-kata pujian dan harta.Yang sentiasa ikhlas dalam menjalankan amanah seorang bapa dan tekun mendidik dan membelai penuh kesabaran seusai seorang wanita. Ingatlah keredhaan Allah terletak pd keredhaan mereka. Amanahlah dalam memikul beban yang engkau galas itu, bukan untuk kebagiaan yang sementara namun selama-lamanya.

Jangan menipu diri mu, menidakkan seribu pengorbanan seorang ayah,terutamanya ibu.Jangan engkau perlekehkan dan pergunakan kepercayaan mereka demi dunia yang hanyalah sebuah permainan ini. Ayuh, jangan membuang masa

jadilah permata dalam keluarga untuk ibu dan ayah tercinta!

Comments

Popular posts from this blog

Pena telah diangkat dan dakwat telah kering

Being sick, stressful and thankful at the same time

Being alone