Alhamdulillah,akhirnya

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah,segala puji-pujian hanyalah bagi Allah swt yang senantiasa memelihara hamba-hambaNYA, akhirnya dapat juga saya,Lailatulema Abbas membuka blog yang official ini.Sebelum ni memang ada blog dekat friendster tapi macam sedikit sukar,banyak kali tulis pastu tak dapat upload and hilang. Moga-moga ini lebih baik dari yang sebelum ini,insyaAllah.

Dengan niat untuk buat blog selepas pulang dari Spain sebelum habis cuti, terlaksanalah sudah niat tersebut kerana betul-betul tepat sebelum mulanya hari sekolah ku esok blog ini telah disiapkan walaupun banyak lagi perlu dilakukan tapi takpe,hehe,yang penting telah ada usaha dan tapak untuk membina ye dak?

InsyaAllah,esok hari sekolah bermula,mari ke sekolah! Rasanya sekejap sangat cuti yang diberikan selama dua minggu. Alhamdulillah diberi peluang untuk ke spain selama 10hari yang insyaAllah akan dikongsikan kemudian then hari yang berbaki diberi peluang untuk memberi. Jadinya,dah mula sekolah ni memang kena pulun baik punya untuk jihad mata pena walaupun exam lama lagi(julai) tapi ada assessment every week from onwards. Mohon didoakan.

Sebelum mengakhiri ayat ini, mari ramai-ramai tengok laskar pelangi yuk! masyaAllah movie yang amat bermanfaat,insyaAllah. definitely saya akan cuba kongsi apa yang saya pelajari darinya but u need to watch them first.

Ok sampai di situ sahajalah sebagai pembuka lembaran blog saya ini. InsyaAllah moga dapat dimanfaatkan bersama-sama yek. Terima kasih kerana sudi berkunjung. Moga sahabat semua berada dalam redha dan rahmat Allah swt sentiasa.

Jaga iman ,jaga kesihatan :)

p/s:pada sesiapa yang nak komen,bantu cantikkan blog saya ni silalah berkongsi ye,saya ni buta IT.huhu

Comments

  1. salam ema

    tahniah! moga terus istiqamah! wah wah

    kena tambah shoutbox ni ema..:)

    ReplyDelete
  2. salam ema..


    "p/s:pada sesiapa yang nak komen,bantu cantikkan blog saya ni silalah berkongsi ye,saya ni buta IT.huhu"

    lebih kuranglah kita,hahaha....ape2pun selamat berblogging ema!gunakan bakat menulis kamu untuk menyebarkan keindahan Islam kepada ramai :)

    take care~

    ReplyDelete
  3. Assalamua'laikum wbt

    Emaa..subhanallah, syabas atas momentum & tindakan yang cukup baik! (bilala saya dapat mengikut jejak langkah kamu ni.Ema dah, TGNA pun dah berblog skrg =p..saya tengah mencari kekuatan ni utk mghidupkan balik 'kecintaan' yg telah bertahun saya tinggalkan.kecintaan saya kpd menulis & ngeblog satu ketika dlu. disaat kenangan indah memukar di Bumi bertuah kita kyuem. =)...kdg2 seringkali menjenguk 'blog' tersebut, hati saya sayu. mesti blog tu dah merajuk dgn saya....Maafkan saya!.. Insyaallah, mdhn tercapai hasrat saya suatu hari nanti.saya hanya menunggu masa dan ketika yang sesuai & kekuatan utk terus memberi & berkngsi melalui medan yang baik ini. doakan saya k.. =)

    apepun keep up d good job ema! mg istiqamah slalu & mg tiap2 bait perkongsian di laman kamu ini menjadi butiran2 mutiara hikmah buat semua..

    Erti hidup pada memberi dan berkongsi,
    akhirat tempat terima abadi...insyaallah =)

    Rindu kamu dan shbt2....kenangan terindahku!...=)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pena telah diangkat dan dakwat telah kering

Being sick, stressful and thankful at the same time

Being alone