Tersenyumlah

Walau betapa berat beban yang dipikul namun hidup akan terus berjalan, masa akan terus berlalu dan jantung takkan berhenti berdenyut. Itulah hakikat kehidupan. Maka seorang hamba perlu sentiasa mengukuhkan keimanan sejajar dengan tuntutan kehidupan

Sepertimana seorang pendaki gunung, setelah mendaki gunung ledang pasti berazam untuk mendaki gunung everest pula.Persediaan rapi dan teliti, kekuatan mental,fizikal dan emosi dibentuk untuk menjadi bekalan dalam pendakian nanti kerana pelbagai rintangan bakal ditempuhi. Mungkin juga dia jatuh namun akan bangun semula kerana tiada siapa yang dapat membantu melainkan dirnya jua. (kecuali pergi ramai2,but then it is still up to that person to decide whether should I continue or stop in the middle of the hike)

Aku akan terus melangkah, biarpun payah
kerana jalan dakwah memang susah
penuh onak dan duri
terpenjara, dipulau atau terkorban diri
itu pasti.

Senyumlah, walau badai melanda kerana Allah itu Maha Adil. Oleh itu, adillah diri!jagalah hak pada manusia lain,hamba ciptaannya, jangan engkau hukum mereka kerana kelemahan dirimu menghadapi ujian yang tiba.

InsyaAllah hari ni transformasi diri diperlukan, usrah di Newcastle nanti dengan adik2 yang dirindui,moga mendapat kekuatan. Ku tinggalkan bumi ini sementara mencari 'ruh' perjuangan'...

ya Allah kuatkan

-terima kasih ya Allah atas kurniaan MU sahabat-sahabat sebgai peneman di sisi. terima kasih zaffan!

Comments

Popular posts from this blog

Pena telah diangkat dan dakwat telah kering

Being sick, stressful and thankful at the same time

Being alone