Jaulah ke Andalusia,suatu pencarian mencari diri serta Pencipta

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, setelah pelbagai dugaan ditempuhi semenjak dari tahun lepas akhirnya dapat jua kaki ini menjejakkan kaki ke negeri sepanyol,pelik pulak,spain la yek. Ceritanya bermula dari tahun lepas, bermula dengan berlima,menjadi empat kemudian menjadi tiga :) hanya mereka yang tahu. Setelah perancangan tahun lepas(dan tahun sebelumnya) tidak menjadi atas kelemahan diri sedangkan diri telah berada di hadapan pintu berlepas,sungguh mengajar diri erti bersabar dan redha dengan ketentuanNYA,alhamdulillah. Boleh ke pautan ini untuk cerita tahun lepas

http://oreo86.blog.friendster.com/2008/04/alhamdulillah-3/

Dan kami berempat,termasuk saya lima orang; Sheeda,Hazirah,Nazue (adik-adik usrah yang disayangi,1st year,muda2 lagi dah g spain tau,bertuah2 nasib baik tak jadi macam akak.hehe) dan khaiirunnisa makmon,sahabat yang dirindui didatangkan khas dari India :) Dalam gambar ada enam,macam mana ya? yang sebelah khairunnisa namanya Zaynab(betul ke korang,akak lupa),kami diberi kesempatan berjumpa semasa makan di kedai as-sirat di granada,masyaAllah seronok benar mereka berjumpa kami macam dah lama kenal,bak kata nazue.


Kami berada di spain selama 10hari dari 6april sehingga 15april 2009. Bermula dari granada bergerak ke malaga,sevilla,cordova dan granada semula.Sempat juga singgah di barcelona beberapa jam. Saya takkan menceritakan sejarah alhambra mahupun Kerajaan Abbasiyyah kerana mahu sahabat usahakan sendiri kerna akan lebih menghargai ilmu yang datang hasil titik peluh sendiri,if saya beritahu nanti mesti cepat lupa,macam apa yang cikgu ajar,tapi if kita susah payah belajar sendiri mesti lagi ingat kan? :)

Alhamdulillah,setiap hari kami akan adakan sesi tazkirah before tidur jadi nak cuba kongsi sesi-sesi tersebut kerana rasa amat relevant dan lebih bernas sebab many-many heads(ada 5kepala) are better than one.hehe.Ken,nazue,sheeda,hazira if ada tambahan jangan segan-segan ye tambah.

Hasil muhasabah bersama sepanjang jaulah ke Andalusia:
1.Masa ni betul2 depan alhambra,melihat dari Mirador San Nicolas. Melihat alhambra dari kejauhan mengingatkan kembali kepada sebuah empayar Islam yang dahulunya pernah mengusai 2/3 dunia namun kini? Kesimpulan yang kami dapat bersama adalah betapa pentingnya seluruh umat bersatu dan pentingnya pemimpin untuk menyatukan dan bersama-sama menegakkan Islam di bumi ini. Pemimpin mestilah seseorang yang tahu,faham dan mahu kepada Islam agar benar dalam setiap tindakannya. Dan mengambil pelajaran kejatuhan mereka, Allah tidak memerlukan kita sedikitpun,bilamana kita tidak menjaga agamaNYA lagi maka Allah akan menggantikan dengan kaum yang mencitaiNYA dan Allah juga mencintai mereka.

2.Dapat berjumpa saudara seislamku di kedai makan As-sirot memang lain, lain dari yang lain kerana ukhwah yg bertaut kerana akidah yang satu.jumpa manusia beribu bangsa tapi yang seakidah juga membuat hati gembira :) belum apa-apa lagi dah tanya macam2,nak ambil gambar la.masyaAllah benarlah kataNYA 'Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara...' (49:10). Allah lah yang menjaga hati-hati orang yang beriman, ayuh percayalah walau apa jua bantuan kita terhadap saudara kita di palestin,di nigeria,di kemboja,di mana jua lakukanlah kerana DIA mendengarnya.Boikotlah, dermalah apa-apalah, laksanakan ye!

3. Bilamana Islam jatuh masjid kita diubah menjadi gereja,sedih dan marah.tetapi amat setuju dengan nazue, di Malaysia walau tiada penjajahan yang jelas dan nyata sebenarnya kita telah di 'invade'/ kita di jajah, dijajah pemikirannya! dijajah dengan jahiliyyah dalam jiwa secara halus tanpa kita sedari. Apa bezanya dengan bumi andalusia dan kita? astagfirullah. Setuju juga dengan adik2 bila kata kat malaysia banyak masjid tapi tiada isinya.megahnya bangunan-bangunan yang dibina,kubah gah dinaikkan namun tiada 'ruh' dalamnya. malunya! malu pada Yang Menyaksikan sentiasa kerana menggunakan agamaNYA untuk mendapatkan dunia. Ayuh sahabat, mari ramai-ramai hidupkan kembali masjid-masjid di mana jua,bila solat subuh di masjid dipenuhi sepertimana solat sunat syawal ketika itulah Islam akan kembali tertegak di dunia.

4. Belajar mengambil risiko,ni point nazue,akak amik yek.hehe. Awak belajar ambil risiko,akak belajar supaya lebih berhati-hati sebab tahu awk tak biasa, so mendidik diri saya untuk bersederhana dalam 'berjalan',bertimbang rasa dalam tindakan mengikut keadaan. Jalan-jalan dengan adik-adik ber3 memang mengajar akak banyak benda. dah la saya dengan ken dah tua,kami sentiasa di belakang sebab perlahan sangat jalan kan ken?hehe,tapi adik2 tak pernah tinggalkan kita, marah2 kita siap offer nak bawa barang2,masyaAllah moga ditautkan hati-hati kami keranaMU.ameen. mengajar diri bersabar juga kan semua?hehe,masing-masing ada perangai masing-masing, sheeda pula diuji dengan kesakitan,adik sy sorang ni demam masa di sevilla,kesiannnn tak dapat masuk ke al-alcazar sebab kitorang tertinggal sheeda,maaf kan kami!!! :|

5. Seerah perjuangan Nabi Muhammad saw hingga lah turki uthmaniyyah rasanya tak pernah perjuangan dilakukan seorang diri. Baginda saw yang mampu jika Allah inginkan juga tak sedemikian, apatah lagi kita.Jika ingin berjuang maka perlu kepada sahabat perjuangan yang satu matlamat dan tujuan,perlu kepada organisasi yang mampu merancang(strategi) mengikut al-quran dan as-sunnah. Belajar dari sejarah!

6.Sememangnya seni bina islam lebih menyentuh di jiwa dan memberikan ketenangan.rom ke apa ke merunsingkan jiwa saya.huhu. setuju dengan ken, apabila si hamba berhubung dengan Sang Pencipta maka lahirlah karya teragung yang mampu menyentuh jiwa manusia(ayat fave saya :) sebab saya nak hasilkan sebuah karya teragung untuk menyentuh jiwa2 manusia,ameen). Oleh itu, if nak jadi doktor jadilah a muslim doctor, yang menegakkan agamanya supaya amanah dalam tugasan dan dalam redhaNYA.apa2 juga kerja lah kesimpulannya.

em,apa lagi ye? insyaAllah akan tambah lagi if datang idea.khas pengajaran buat diri, saya memang kena asah skill bersabar lagi especially bila orang ajak ambil gambar.Tak suka ambil gambar jadi asyik menolak je bila diajak bergambar.Jadi nak minta maaf banyak-banyak pada adik2 dan ken jika ada terkasar bahasa dan perbuatan.

Alhamdulillah, berkat kesabaran jaulah ini memang istimewa,
Kurniaan Pencipta yang Maha Sempurna,
Dengan ditemani adik bertiga,
Dan Sahabat yang dulu dirindui jauh di mata.

Memberi kesan pada jiwa yang sering leka,
Dengan izinNYA memakbulkan niat di hati untuk mengenal diri dan Sang Pencipta.

Terima kasih ya Allah. tidak pernah akan aku cukup bersyukur. Sahabat, bilamana apa yang diingini tidak tercapai, bersabarlah,redhalah... kerna bila tiba masanya, insyaAllah DIA akan memakbulkannya dan diri akan merasai nikmatnya.

p/s:kalau rasa sedih2 ingat cerita saya ni, 3kali tu nak gi spain xjadi,akhirnya sampai juga walau 3tahun menanti dan masyaAllah memang nikmat.hehe :)

Terima kasih Ken,nazue,sheeda dan hazira! sayang semua!Saya dan ken,cuba teka saya yang mana satu?

Comments

  1. Salam, ingat nak jadi orang pertama letak komen. tapi x berjaya. takpelah. kira firts runner up. erm, maybe leh letak shoutbox gak. huhu.

    salam dari pesisir sungai Tyne.

    ReplyDelete
  2. Kembara Menuju Ilahi~ =) Subhanallah walhamdulillah....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pena telah diangkat dan dakwat telah kering

Being sick, stressful and thankful at the same time

Being alone