Cobaan (seperti kata tiga bujang lapuk)


Bak kata pendekar bujang lapok, Cobaan. cobaan yang diperkatakan oleh tok guru nya untuk menaikkan 'tingkat' mereka dalam pembelajaran silatnya. (bukan nak tekankan isu menurun ye,sama2 jauhkan diri dari segala sifat syirik,besar mahu pun kecil). Dalam filem ini, P.Ramlee ingin mengajar kita supaya setiap kali diuji, tetapkanlah pendirian mu. walau petir,guruh mahupun ribut tetaplah pada yang Satu. Namun usaha perlu ada untuk mengatasinya, jika tidak berjaya buat kali pertama, cuba lagi hingga berjaya.Hupfully dapat teka apa yang ingin saya perkatakanlah :) nak cakap pasal ... bukan mambang... tapi.. cobaan!

Dugaan datang dan pergi,
Membina dan membentuk diri,
Mengukuh iman di hati.

Usah bimbang atau diragui,
Kerana janjinya itu pasti,
Setiap kesusahan sesuai dengan kesanggupan dan upaya diri.

Jika sabar dan redha dengan ujian dari Ilahi,
Pasti beroleh kemanisan di akhirat nanti,
Dan bertemu dengan cinta yang sejati.

Saya amat suka anything that rhymes maka anda semua akan boring dengan kata-kata yang tak la bernas tapi ala-ala pantun eh puisi, apa-apa la,sebab saya pun tak tahu nak gelar apa.Dugaan, sentiasa menemani seorang insan bergelar hamba.

Selesai usrah semalam, selesai berbual dengan mak,E dan adik yang tersayang (eh tak perkenalkan ahli keluarga saya lagi, nama mak saya Jumaah binti Othman, E-ayah saya sebab pelat masa kecik so panggil E je, Abbas bin Sulbi dan adiknya Lailatulain Abbas,3 orang ini merupakan orang yang dikasihi dan disayangi selepas Allah dan Rasulullah saw :) ) semua hasil perbualan tersebut menunjukkan tanda-tanda musim tengkujuh sedang menjelma setiap dari kita.hehe,kiasan je, maksud saya semuanya sedang diuji dengan macam-macam ujian.

Tankala ujian menjelang diri rasa amat lemah, bagai lupa segala tujuan hidup. Namun Allah swt memahami kelemahan dan kemampuan hamba-hambaNYA, percayalah segalanya untuk kebaikan kita. bak seorang ibu, yang melepaskan kita ke oversea ni, macam tu jugalah Si Pemelihara. Ingin agar kita berjaya membawa pulang 'sesuatu' untuk manfaat diri. Ingatlah janji NYA

'Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; ' (Al-Baqarah:155)

'Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). ' (Al-Baqarah:214)

Ujian kesihatan, ujian peperiksaan, ujian tekanan perasaan, ujian kewangan dan lain-lain hanyalah kesusahan yang sementara untuk kebahagiaan abadi.Yakinlah wahai saudaraku, yakinlah dengan janji NYA, takkan pernah menzalimi hamba-hambaNYA.

Walau jalan kebahagiaan itu amat jauh, tetapi ia bakal kekal abadi, bukankah itu impian setiap jiwa?

'Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu. (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).' (At-taubah:42)

Sungguh , Allah Maha Memahami terhadap keadaan hamba-hambaNYA, janganlah kita tergolong dalam golongan munafiq ini.Setiap kali syahadah kita diangkat 9kali sehari, ingatlah! itu bukannya suatu kesaksian yang sekadar di mulut sahaja namun memerlukan kepada tindakan dan perbuatan. bersabarlah, bersabarlah dengan jalan solat

'Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;'(Al-Baqarah:45)

Nah,itu formulanya.Ayuh sahabat, sama-sama tanamkan keyakinan bahawa setiap ujian itu bukti cinta sejati kurniaan Ilahi, bukti kita masih diperhatikan, masih dipayungi kasihNYA.

Jangan sedih2 ye semua, moga Allah permudahkn segala urusan!

Bagi yang bakal menghadapi peperiksaan, moga setiap saat bermanfaat dan diberi kecemerlangan beriring taufiq.

Bagi yang diuji dengan ujian kesihatan, moga menjadi kifarah diri serta mengingatkan diri yang sering lupa untuk memperbanyakkan ibadah dan bekerja ketika masih sihat.

bagi segala bentuk ujian yang mampu datang, moga diberi kekuatan,hidayah dan taufiq agar ia menjadi penghubung menggapaiNYA .ameen ya Rabb

-senyumlah ketika dilanda kesedihan, itulah senyuman yang paling berharga.
-sentiasa berSYUKUR walau apa jua yang datang!
-teruskan gempur walau apa jua halangan menanti kerna Allah bersama sentiasa

:)

wallahu'alam

Jom sama-sama kita berfikir

Comments

  1. salam ema

    terima kasih..walau jauh...sokongan itu dekat sekali...terima kasih

    moga kamu kuat juga..Allah tahu kamu kuat..memang super kuat ema...dikala bertarung dengan emosi dan tanggungjawab

    senyumlah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pena telah diangkat dan dakwat telah kering

Being sick, stressful and thankful at the same time

Being alone