Posts

Showing posts from June, 2009

Two extremes

I wasn't looking forward for today's on call, as i was quite tired myself, although I am hoping I'll manage to learn new things, and guess what? Alhamdulillah, I have. The two extremes that I've seen today taught me a lot and reflected just what I want to do in the near future insyaAllah. Let me set up the scene, the 1st scenario; A 21 y/o patient, full time housewife. Having her partner and mother by the side during her delivery was just perfect. She delivered a healthy baby boy by normal vaginal delivery/NVD. I cried,it's too beautiful and overwhelming! and at the same time it made me think, is this what I want in my life? A full time housewife, with a lovely husband,children and parent by my side? Second scenario, well it is actually not a story to tell, just that most of the consultant/STs' are very committed to their work, they stayed till night, and they are so good at what they do. Each of them is so inspiring that they helps me build my interest in obs n...

Menentang arus, melangkau badai

Minggu ini minggu pembersihan jiwa, alhamdulillah jiwa terisi, alhamdulillah diri makin mengerti peri liku kehidupan yang tidak pernah sepi dari cabaran. Apabila diri diuji ada yang perlu untuk dimuhasabah kembali, ada yang perlu untuk direnung kerana mungkin diri dizalimi, oleh noda-noda nafsu dan akal yang tidak mampu berdiri sendiri. Kadang-kadang bila kita melakukan sesuatu perkara walau pun ianya betul, ia bukan semestinya diterima,terutamanya di pandangan mata umum. Rasulullah saw (tak dapat cari mantan hadisnya) pernah bersabda yang bermaksud lebih kurang begini, bilamana kita masuk ke dalam suatu masyarakat,ikutlah kebiasaan mereka selagi mana tidak bertentang dengan hukumNya. Pepatah Melayu juga ada menyebut, masuk kadang kambing mengembek, masuk kadang harimau mengaum (maaf jika salah :) ). Saya kena berhenti dari memikirkan apa yang betul sahaja di mata ini,perlu menerima bahawa pelbagai manusia datang dalam pelbagai ragam dan pandangan. Persekitaran setiap dari kita yang be...

Demi jiwaku yang menjadi milikNya

Alhamdulillah minggu ini,setelah lama memerap di rumah (setelah lama asyik tiada di rumah.huhu) saya telah diizinNya untuk ke Dundee,Scotland. K.azra seperti biasa menerima kedatangan saya dengan tangan terbuka, bersama 'bibi' barunya,hehe, maaf husna,gurau2 sahaja bersama-sama dan malam keduanya, sahabiah dari Glasgow menyertai kami. Walau baru berjumpa bagai sudah lama kenal! Moga berjumpa lagi insyaAllah :) Tujuan utama ke Dundee adalah kerana Kursus Kewangan Islam,UZAR.Alhamdulillah kursus selama sehari itu amat membuka minda dan membantu diri berAMAL dengan ILMU yang benar, insyaAllah, walau masih banyak lagi yang perlu dipelajari. InsyaAllah akan saya cuba kongsikan pada masa lain. (banyaknya nak kongsi!) Allah Maha Merancang, saya dapat lebih dari apa yang saya ingini. Berbicara bersama-sama k.azra dan k.syiqin, keduanya merupakan Dr. dan telah berjaya menempuh zaman HO mereka dengan selamatnya,alhamdulillah(trust me,it's an achievement!) telah membuka minda,hati dan...

Jangan terlalu gembira,jalan di depan masih tiada kepastian

Image
Alhamdulillah, ucapan tahniah buat semua graduan walau apa jua bidang yang anda kuasai,tahniah! tahniah kerana telah berjaya melangkah ke alam baru yang akan lebih dalam jurang dan penuh duri berliku. Namun pastinya,anda akan berjaya menempuhinya kerana Dia tidak akan menduga hambaNYA melainkan sesuai dengan kesanggupan mereka. Moga Allah sentiasa menemani sahabat semua dalam setiap langkah.Ameen. Walau diri rasa sedikit sedih untuk melepaskan namun jangan gusar, Allah ada menjaganya, ya Allah hanya dari Mu segala kekuatan dan pertolongan. Pastinya ada pengajaran untuk diri ini terutamanya akan melangkah ke tahun ke-empat tahun hadapan,insyaAllah. Lagu ini untuk kalian Sebiru Hari Ini Album : Sepotong Episode Munsyid : Edcoustic http://liriknasyid.com Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang Sebiru hati kita, bersama di sini Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga Seindah hati kita, walau kita kan terpisah reff: Bukankah hati kita telah lama menyatu Dal...

Rahsia

Sedikit tertekan hari ini kerana rasa dilayan seperti kanak-kanak. Namun seperti kata Zaffan, mereka tidak ingin untuk saya risau. Ibu dan bapa takkan pernah mengaggap anak mereka cukup dewasa untuk menghadapi dunia yang penuh dugaan,kekejaman dan cabaran ini. Tetapi, si anak akan sentiasa merasa bahawa mereka sudah cukup pandai untuk keluar ke dunia yang penuh tipu daya itu. Oleh kerana percanggahan pendapat ini, different horizontal view(huhu,ada ke?) menyebabkan pasti ada hati yang terluka. Berlapang dada,bersangka baik terhadap ibu dan bapa yang telah banyak berkorban, menjaga sejak dari lahir hingga ke saat ini. Tiada ibu dan bapa yang ingin melihat anaknya bersedih. Maka, korbankanlah ego seorang anak itu.jika rasa lebih tahu dan bersedia berdepan dengan dunia,ber SABAR lah. tunggulah saat yang sesuai, berikan masa kepada ibu dan bapa menyedari bahawa anaknya bukan lagi seorang anak-anak kecil. Pengorbanan mereka memberikan mereka hak kepada kita. Time is the essence of everythin...

Hari penuh dengan pengajaran

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah tiada apa yang mampu saya ucapkan selain zikir hamdalah ini. seperti status YM saya hari ini itulah apa yang saya rasakan. 'Alhamdulillah ,Allah Maha Besar. Walau hamba ini banyak berdosa dan sering lupa,namun Engkau tidak pernah berputus asa,terus memberi bila diminta malah tidak mengharap balasan apa jua.' Dan ku kira ada baiknya untuk berkongsi rasa ini bersama kalian semua.Bismillah Pelajaran 1- Kita adalah HAMBA Hamba itu tidak pernah sempurna,penuh cacat dan cela serta kelemahan yang memerlukan kepada DIA yang lebih sempurna dan berkuasa. Menjaga dan memelihara walau dalam apa keadaan sekali pun. Apabila diri berkelumang dosa dan noda, bagai jatuh ditimpa tangga, itu adalah peringatan dariNYA mengenai hakikat kehambaan. Diri ini tidak sempurna, perlu sentiasa bermunajat dan bertaubat memohon keampunan. 'Never give up!' Carilah REDHA Nya walau dalam kegelapan itu kerana DIA mengetahui sesungguhnya hambaNya lemah dan sifat...

Kasih sayang

Semasa berbual dengan Ain di telefon tadi, adik saya kongsikan video ini yang amat menyentuh jiwa dan raga :) masyaAllah bagaimana seekor binatang binatang buas tunduk kepada fitrah yang Allah berikan, mampu berkasih dan sayang dengan manusia yang berlainan spesies dan berbeza fizikalnya. Berkali melihat video ini, berkali juga air mata tertitis. Mungkin kerana merindui ibu dan ayah nun jauh di sana. Mungkin merasakan kuatnya kasih sayang di antara 3 ciptaan Allah ini. Mungkin merinduikan pertemuan seperti yang pertama... 'Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya' (Al-Kahfi:110).

Kursus Kewangan Dundee,20 Jun 2009

Assalamualaikum w.b.t Masih ingat lagi isu Swiss Cash, Dinar Iraq dan lain-lainnya di Malaysia? Pernahkah anda menyertai mana-mana syarikat MLM? Atau melibatkan diri dengan perniagaan matawang seperti Forex? Atau apa-apa skim pelaburan seperti ASB? Menggunakan Islamic Loan atau memiliki Credit Card dan Charge Card? Atau menyertai peraduan-peraduan dan memenangi hadiah-hadiahnya ? KURSUS KEFAHAMAN KEWANGAN ISLAM KONTEMPORARI "Mencari Keberkatan Hidup Menerusi Kewangan Islam" Anjuran Komuniti Melayu Dundee (KMD) 2009 Metod : Sesi-sesi interaktif menerusi modul-modul tersusun Tempat : University Of Dundee Tarikh : Sabtu 20 Jun 2009 Yuran : £5 (Kudapan pagi, tengahari dan petang disediakan) Kursus ini bakal membantu anda memahami asas-asas Kewangan Islam Kontemporari dalam struktur ekonomi dan perbankan moden, seterus...

Alhamdulillah

Image
Alhamdulillah, insyaAllah minggu yang bakal tiba merupakan minggu terakhir berada dalam 'rotation paediatrics' dan Alhamdulillah juga Allah kukuhkan keyakinan dan semangat yang sebelum ini sedikit luntur lantaran dugaan yang dihadapi. Sepenuh puji-pujian hanyalah kepadaNYA pemilik alam semesta, saya amat menggemari 'rotation' ini dan insyaAllah niat untuk menjadi soerang pakar kanak-kanak telah tertanam di hati dan akan cuba untuk direalisasikan dengan izinNYA. 3 minggu yang berlalu, banyak sungguh yang telah saya pelajari hanya dengan bersama-sama kanak-kanak yang masih bersih ini. Rakan sekerja, konsultan,doktor dan nurse di wad amat membantu pelajaran saya, walaupun setiap hari terpaksa melakukan perjalanan selama 2+jam ke hospital South Tyneside District Hospital semuanya dirasakan berbaloi. Alhamdulillah. Moga impian besar ini bakal menjadi kenyataan suatu hari nanti.Amin. Genap seminggu rasanya saya tidak mencoret sebarang perkongsian di blog ini, keperluan dan fo...