Hari penuh dengan pengajaran
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah
tiada apa yang mampu saya ucapkan selain zikir hamdalah ini. seperti status YM saya hari ini itulah apa yang saya rasakan.
'Alhamdulillah ,Allah Maha Besar. Walau hamba ini banyak berdosa dan sering lupa,namun Engkau tidak pernah berputus asa,terus memberi bila diminta malah tidak mengharap balasan apa jua.'
Dan ku kira ada baiknya untuk berkongsi rasa ini bersama kalian semua.Bismillah
Pelajaran 1- Kita adalah HAMBA
Hamba itu tidak pernah sempurna,penuh cacat dan cela serta kelemahan yang memerlukan kepada DIA yang lebih sempurna dan berkuasa. Menjaga dan memelihara walau dalam apa keadaan sekali pun. Apabila diri berkelumang dosa dan noda, bagai jatuh ditimpa tangga, itu adalah peringatan dariNYA mengenai hakikat kehambaan. Diri ini tidak sempurna, perlu sentiasa bermunajat dan bertaubat memohon keampunan. 'Never give up!' Carilah REDHA Nya walau dalam kegelapan itu kerana DIA mengetahui sesungguhnya hambaNya lemah dan sifatnya pada At-Tawwab itu pelengkap kepada seorang hamba.
Pelajaran 2- I can never be on my own and will never be alone
Keluarga, sahabat, rakan handai, rakan sekerja siapa pun jua kamu,kamu melengkapkan diri saya. Tanpa mereka saya mungkin 'mati kutu'. Allah sendiri menciptakan setiap manusia berpasangan tidak keseorangan. Sekiranya mereka ini tiada pun, DIA, Yang Mencipta akan sentiasa ada, dekat dengan hamba-hambaNya, lebih dekat dari urat sarafnya. I will never be alone! These shall be my strength especially Him.
Dan suatu hari nanti, seseorang yang akan saya gelar suami itu bakal menemani diri. Sedikit menakutkan kepada saya namun perlu untuk saya bersedia, kerana seorang wanita itu mampu menggoncang dunia dengan anak-anaknya dan menjadi sayap kiri kepada suami dan perjuangannya untuk menggapai redha Allah swt. Moga kami saling menguatkan dalam perjuangan menegakkan kebenaran sebagai khalifah di bumi Nya ini. Ameen.
Saya inginkan, bermohon dengan penuh harap agar si dia seorang yang tertaut hatinya kepada masjid, tidak tahu mengapa tetapi hanya itu pinta saya. Mungkin kerana di rumah Allah itu (to be more specific, surau as-Saad ,rindu bangat!) saya dihadiahkan olehNya hidayah dan taufiq yang tidak tertanding nilainya ini.
Namun kerana pelajaran pertama itu; betapa lemahnya seorang hamba, tidak akan pernah sempurna, membuka jendela hati berlapang dada walau apa jua yang tiba nanti. Mungkin akan mendapat seseorang yang amat suka berlawak(which i dislike) sebagai dugaan dariNya, maka berlapang dadalah kerana Yang Maha Sempurna itu amat dekat. Never alone!
Pelajaran 3- Syukur
Mohsin, berumur 13tahun menghidap penyakit 'ganjil' (tak ingat, some uncommon,weird syndrome, so don't blame me.hehe) dan hanya mampu berkata 'Oh dear',with learning disabilities,dysmorphic features and other difficulties memberi seribu satu pengajaran kepada diri.
Kerana hari ini saya dan Hamid mengadakan lawatan ke 'special school' di ___, Jarrow (confidentiality please).
Ya Allah,bertuahnya diri ini. Cukup segala sifat, mampu berjalan, menjelajah dan mengembara di muka bumi Nya tanpa kekangan. Diberi akal yang sempurna tanpa ada cacat celanya. Namun, masih selalu merungut, 'tak cantik la pakai tudung ni, hidung besar sangat la, kulit gelap sangat la, terang sangat' astagfirullah, malunya di hadapanNya. Merungut pada benda yang tiada nilai dihadapanNya, dan juga di hadapan mereka ini!
Tudung tujuannya hanyalah nilaian ibadah, menutup aurat sepertimana kehendakNya bukan untuk mencantikkan diri. Fizikal ini hanyalah pinjaman sementara, bila-bila juga mampu ditarik kembali. Yang kekal hanyalah amal yang ikhlas tanpa mengharapkan belas mahu pun balasan.
Jika sebelum ini tiada cadangan bagaimana untuk membantu masyarakat secara efektif. alhamdulillah Allah telah mengilhamkan. InsyaAllah, saya ingin membuka 'special school' yang sama konsepnya seperti sekolah yang saya lawati ini.insyaAllah juga, berbekalkan ilmu sebagai pakar kanak-kanak nanti akan amat berguna untuk membantu merealisasikan impian saya ni :) we need to change how we perceives this special children! lend a helping hand and stop being a big mouth. Orang melayu tahu cakap tapi bila kerja malas.adeh, marilah ubah sikap ni sama-sama ye.Moga tercapai impian ini.Ameen.
Pelajaran 4 - Sabar, semua yang berlaku ada hikmahnya
Rasanya tak perlu penjelasan :) Allah tidak akan menzalimi hamba-hambaNya.
Allahu akbar!
Wallahu'alam

Comments
Post a Comment