Kasih sayang

Semasa berbual dengan Ain di telefon tadi, adik saya kongsikan video ini yang amat menyentuh jiwa dan raga :) masyaAllah bagaimana seekor binatang binatang buas tunduk kepada fitrah yang Allah berikan, mampu berkasih dan sayang dengan manusia yang berlainan spesies dan berbeza fizikalnya.

Berkali melihat video ini, berkali juga air mata tertitis.

Mungkin kerana merindui ibu dan ayah nun jauh di sana.
Mungkin merasakan kuatnya kasih sayang di antara 3 ciptaan Allah ini.
Mungkin merinduikan pertemuan seperti yang pertama...

'Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya' (Al-Kahfi:110).

Comments

Popular posts from this blog

Pena telah diangkat dan dakwat telah kering

Being sick, stressful and thankful at the same time

Being alone