Alhamdulillah
Alhamdulillah, insyaAllah minggu yang bakal tiba merupakan minggu terakhir berada dalam 'rotation paediatrics' dan Alhamdulillah juga Allah kukuhkan keyakinan dan semangat yang sebelum ini sedikit luntur lantaran dugaan yang dihadapi. Sepenuh puji-pujian hanyalah kepadaNYA pemilik alam semesta, saya amat menggemari 'rotation' ini dan insyaAllah niat untuk menjadi soerang pakar kanak-kanak telah tertanam di hati dan akan cuba untuk direalisasikan dengan izinNYA. 3 minggu yang berlalu, banyak sungguh yang telah saya pelajari hanya dengan bersama-sama kanak-kanak yang masih bersih ini. Rakan sekerja, konsultan,doktor dan nurse di wad amat membantu pelajaran saya, walaupun setiap hari terpaksa melakukan perjalanan selama 2+jam ke hospital South Tyneside District Hospital semuanya dirasakan berbaloi. Alhamdulillah.
Moga impian besar ini bakal menjadi kenyataan suatu hari nanti.Amin.
Genap seminggu rasanya saya tidak mencoret sebarang perkongsian di blog ini, keperluan dan fokus yang diberikan sebagai seorang pelajar perubatan amat menekan diri. Tidak kurang pengrbanan yang diperlukan, masa di telefon bersama mak,E dan Ain yang jauh di perantauan, masa bersama sahabat-sahabat,adik-adik mahupun untuk diri sendiri terpaksa diberikan demi usaha murni ini. Belum lagi menjejakkan kaki ke alam perkerjaan sebagai seorang doktor yang saya pasti lebih memerlukan pengorbanan yang seribu kali gandanya.
Saya kembali mencari punca untuk membina kekuatan diri agar tidak jatuh tersungkur di pertengahan jalan. Mengapa saya memilih jalan ini? Dari situlah datangnya KUAT itu, SEMANGAT dan keYAKINan yang diperlukan oleh diri ini untuk bangkit. Bilamana kita rasa seperti kehilangan,sesat arah dan tujunya, kembalilah kepada puncanya, kembalilah kepada PENCIPTA.

'Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.' (At-Taubah:105)
Kedatangan NurAin Jailani ke Sunderland
Alhamdulillah, lawatan Ain amat bermakna. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Walaupun agak mengejut perkhabaran kedatangan sahabiah saya sorang ni :) namun amat dihargai.
Mari sama-sama kita IKHLAS kan NIAT ini hanya kerana NYA,untuk REDHA Allah swt. Moga setiap saat kita bernafas adalah bukti kehambaan kepada TuanNya. Jom Ain,sama-sama kita tingkatkan usaha, jadi mukmin sejati, mukmin berTAQWA. InsyaAllah Ain,saya ingat pesanan kamu... belajar bukan hanya kerana peperiksaan namun kerana diri ini bakal menjadi seorang doktor yang tanggungjawabnya bukan ringan, bermain dengan nyawa manusia,ya! amanah yang terpikul adalah dengan nyawa manusia, maka layaklah dengan initiatif dan kepayahan yang perlu dilepasi sebelum memegang amanah ini.
Allah swt telah menetapkan peraturan-peraturan Nya dalam dunia ini, maka ber SABAR lah, REDHA lah dan ber SYUKUR lah.
Sungguh dengan sabar itu datang kemenangan dan berkat sabar yang benar akan ada kurniaan yang indah dan setimpal dengan derita yang dirasai,insyaAllah..Yakinlah Allah tidak pernah menZALIMI hamba-hambaNya.

'Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayat petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayat yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayatNya itu dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.' (An-Nur:35)
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Comments
Post a Comment